“Adella! Aw... Awak ok tak?”
◑ ◑ ◑
“SIAPA yang hantar awak semalam tu?” tanya Aiden.
“Err... Pak Su,” jawab Adella sepatah. Dia kemudian kembali fokus membaca emel di tablet.
Aiden hanya mengangguk faham. Sejak semalam lagi dia tertanya-tanya akan gerangan lelaki yang menghantar Adella pulang semalam. Tapi dia tahu wanita itu penat, jadi dia batalkan niatnya untuk bertanya malam itu juga.
Aiden mahu bertanya lebih tetapi niatnya tenggelam dengan pemikiran yang merendah diri. Dia juga tidak begitu yakin.
Berhak ke aku tanya macam-macam dekat dia? Dia baru je kenal aku sebulan lebih. Mungkin nak tahu lebih tentang aku pun dia tak ingin. Mungkin diam lebih baik.
Semua itu bermain di fikiran Aiden. Dia kekal bisu sehingga tidak perasan Adella merenungnya.
Adella perasan perubahan air muka Aiden. Tadi pagi ceria je, sekarang macam berduka pula dia tengok. Dan entah kenapa dia rasa tidak senang dengan perubahan itu.
“Sedap nasi lemak tadi. Pandai kau masak.” Adella menutup tabletnya dan memulakan perbualan. Nasi lemak yang disediakan oleh Aiden sebagai sarapan pagi tadi menjadi topik pilihan. Boleh tahan juga air tangan lelaki itu.
Fikiran negatif yang mengganggu Aiden tadi hilang begitu saja setelah mendengar suara Adella. Lelaki itu sedikit terkejut kerana tidak menyangka akan teguran wanita itu. Adella memulakan perbualan. Selalunya jika bukan Aiden yang memulakan perbualan, tiadalah mereka bercakap pada hari itu dan Adella juga tidak akan berbicara dengannya. Tapi hari ini...
“Thank you. I'm glad it suits your taste.” Aiden tersenyum begitu manis. Wajahnya mula membahang apabila teringat apa yang berlaku sewaktu mereka bersarapan di rumah tadi. Kerana tidak mahu wajah wanita itu comot, dia mengelap sambal nasi lemak yang melekat di hujung bibir Adella. Jarinya yang nakal sempat mengelus lembut pipi wanita itu. Matanya juga tidak terlepas daripada merenung bibir isterinya. Kalau tidak kerana telefon Adella yang berdering, pasti dia sudah hanyut lebih jauh.
“Err... Awak suka ke?” tanyanya perlahan. Dia menggigit bibirnya cuba menghilangkan semua bayangan itu.
“Hmm... Hari-hari makan pun ok rasanya,” jawab Adella. Dia membetulkan sedikit kolar suit kelabu dipadankan dengan t-shirt hitam yang dipakainya. Haa... Barulah cool.
Aiden cuba menahan senyuman yang semakin melebar di bibir. Hatinya terusik suka dengan jawapan Adella itu.
“Kalau macam tu, hari-hari la saya masak nasi lemak. Khas untuk awak,” ujar Aiden. Teruja pula dia mahu menunggu hari esok. Nanti boleh masak untuk Adella.
“Tak payahlah. Nanti aku gemuk pula kalau makan nasi lemak tiap-tiap pagi,” gurau Adella. Dia dan Aiden serentak tertawa.
“Takpe... Awak gemuk ke kurus ke saya tetap suka awak,” tutur Aiden. Dia tidak sedar yang dia baru saja mengungkapkan perasaannya terhadap Adella. Dia mula gelabah apabila sedar apa yang baru saja dia katakan. Dia menoleh ke arah Adella. Wanita itu kelihatan sedikit terkejut.
“Err... Maksud saya...”
Firasat Adella menyuruhnya memandang ke hadapan dan...
“Aiden!”
Aiden lantas menoleh ke hadapan apabila Adella menyebut namanya dengan kuat. Dia terkejut melihat seseorang muncul di hadapan secara tiba-tiba. Kakinya spontan menekan break kereta membuatkan kereta berhenti mengejut.
Alamak! Dia langgar orang ke? Aiden betul-betul terkejut dan takut tapi perkara yang lebih menakutkan ialah...
“Adella! Aw... Awak ok tak?” dia segera mendekati Adella. Cuba memastikan wanita itu tidak apa-apa. Namun, matanya membuntang apabila melihat darah yang mengalir di dahi Adella. Mesti dia terhantuk di dashboard masa kereta berhenti secara mendadak tadi.
Aiden semakin cuak apabila darah semakin banyak membasahi tangan dan dahi Adella. Eh, jap. Dia baru perasan sesuatu. Adella tak pakai seatbelt? Aiden semakin rasa bersalah. Macam mana dia boleh tak perasan.
“Tskk...” Adella mendesis. Mukanya berkerut menahan sakit yang dia rasakan di kepala. Berdenyut. Dia melihat darah di tangannya. Biarpun banyak tapi dia tetap tenang kerana sudah terbiasa dengan situasi berdarah sebegitu.
“Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja,” tutur Aiden. Raut wajahnya jelas menunjukkan kerisauan dan rasa bersalah. Tangannya juga bergetar kerana tidak sanggup melihat keadaan Adella.
“Sokey... Apa tadi tu?”
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...