BAB 30

971 20 3
                                    

“Adella, jangan sampai saya bagi awak sebaldi, sayang,”

◑ ◑ ◑

"KAKI awak sakit lagi?" Tanya Aiden. Dia duduk di atas katil bersebelahan Adella yang sedang merenung ubat di tangan yang Aiden berikan tadi.

"Kena makan lagi ke? Tadi siang kan dah makan."

Aiden tertawa mendengar pertanyaan polos Adella itu. Ohh... Tak suka makan ubat rupanya. Anak siapalah ni...

"Kenalah. Biar awak cepat sihat." Jawabnya mudah. Tangannya mengusap kepala Adella. Seperti biasa, dia mendapat jelingan maut sebelum Adella alihkan tangannya. Ok, lepasni dia akan buat nota "Adella's do and don't". Nota yang pertama ialah,

Adella's don't

1... Dia tak suka bila orang pegang kepala dia.

Adella mengeluh perlahan sebelum menelan ubat itu laju-laju dengan air. Berkerut mukanya apabila pahit ubat itu terasa di lidah. Gelas diberikan semula kepada Aiden setelah air habis diminum.

Aiden tersenyum.

"Kaki awak sakit lagi ke?" Tanyanya semula. Kali ini pertanyaannya lebih lembut. Begitu juga tatapan matanya yang redup memandang wajah Adella.

Adella gerakkan kakinya sedikit sebelum mengangguk perlahan.

"Tak sakit sangat macam siang tadi," jelasnya ringkas.

Aiden mengambil sesuatu dari dalam laci, meja sebelah katil. Kemudian dia naik ke atas katil semula dan duduk bersila di sebelah kaki Adella.

"Kau nak buat apa ni?" Tanya Adella apabila Aiden menyentuh kakinya. Terperanjat dia. Mujur kakinya tak terbang ke kepala lelaki itu.

"Saya nak urut kaki awak. Redakan sakit." Ujar Aiden. Minyak urut yang diambil tadi di angkat bagi Adella nampak.

"Memandai je kau kan. Tak pasal-pasal tambah teruk pulak nanti."

"Auch!" Aiden meletakkan tangannya di dada. Mukanya berkerut. Acah-acah tersakiti dengan kata-kata Adella. Dia ketawa apabila melihat reaksi Adella yang langsung tidak berminat dengan dramanya.

"Sampai hati awak cakap macam tu. Takkanlah saya nak sakitkan awak. Saya nak tolong awak je..."

"Tak payahlah. Aku nak tidur."  Adella menolak niat Aiden.

"Eh, awak nak ke mana?" Tanya Aiden apabila melihat Adella turun dari katil. Kata nak tidur.

"Bilik sebelah."

Terdiam Aiden mendengarnya. Dia turun dari katil dan cepat-cepat mendapatkan Adella. Tangan wanita itu ditahan daripada keluar bilik. Hatinya terasa nyilu melihat pandangan dingin yang Adella berikan.

Adella memusing badan apabila tangannya dipegang oleh Aiden.

"Kenapa... Awak nak pergi bilik sebelah? Ada barang nak ambil ke? Biar saya ambilkan." Aiden sudah dapat tebak apa jawapan Adella. Tapi dia masih menidakkan fikirannya.

Adella mendengus, "Kau jangan buat-buat tak tahu."

Jeda.

"Haa, betul tu. Barang apa awak nak ambil?"  Aiden menayangkan wajah polos. Selagi dia boleh elak, dia akan elak daripada bercakap tentang hal itu.

"Lepaslah..." Tekan Adella sebelum dia tarik tangannya dari pegangan Aiden. Dia rimas betul dengan keadaan sekarang ini. Dia malas mahu menerangkan dan dia tahu Aiden sebenarnya faham apa yang dia maksudkan.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now