BAB 15

1.1K 36 0
                                    

Aiden, kau taknak cium dia ke?”

◑ ⁠◑⁠ ◑

“AWAK masih nak pergi pejabat ke? Saya risau la dekat awak.” Sudah berbelas kali Aiden berkata begitu. Mereka baru saja pulang dari hospital merawat luka di dahi Adella sekaligus menghantar wanita yang hampir mereka langgar tadi.

“Yes.” Dan berbelas kali jugalah begitu jawapan Adella. Aiden diam seketika. Memandang jalan raya yang sedikit lenggang di hadapan. Dia risau akan keadaan wanita itu tapi dia tahu Adella juga perlu datang ke pejabat. Mesti banyak kerja yang dia perlu selesaikan. Lagipun mereka sudah hampir tiba di lokasi Deltha Holding.

“Kalau awak dah cakap macam tu, saya tak boleh halang.” Aiden tersenyum sekilas. Dia cuba mengurangkan rasa risaunya terhadap Adella.

“Don't worry about me, I'm fine. Lagipun aku dah biasa macam ni.” Biarpun Adella sebenarnya tidak kisah apa yang Aiden fikirkan, tapi dia cuba menenang hati lelaki itu.

“Dah biasa? Maksud awak dah terbiasa dengan luka macam tu ke?” Aiden sedikit tersentak. Memikirkan yang Adella sudah terbiasa dengan luka yang baginya agak teruk seperti di dahi wanita itu membuatkan dia bertambah risau. Apa yang buat dia cedera sampai begitu sekali?

“Huh? Eh... Eh tak, maksud aku... Eh, dah sampailah.” Adella terkebil-kebil cuba mencari jawapan. Mujur mereka sampai di Deltha Holding tepat pada waktunya. Tak perlu dia menipu bagai.

Aiden memasuki bangunan Deltha Holding menuju ke kawasan tempat letak kereta.

“Jaga diri. Kalau awak rasa pening atau nak apa-apa ke, just call je saya eh? Nanti saya datang ambil awak,” pesan Aiden.

“Kay...” Adella keluar dari kereta dan berjalan ke arah pintu masuk bangunan gah itu. Aiden hanya memerhati Adella sehingga seorang lelaki menghalang jalan wanita itu. Dia lihat mereka berbual seketika sebelum Adella cuba melepasi lelaki itu tetapi pergerakannya di halang. Aiden sudah membuka seatbelt dan bersedia mahu keluar dari kereta. Dia tidak akan benarkan sesiapa pun mengganggu isterinya. Namun dia terhenti apabila melihat lelaki itu menolak badan Adella menuju ke arah keretanya semula.

“Hai,” tegur Farhan itu sebaik sahaja dia menolak masuk Adella ke dalam kereta semula. Aiden hanya diam kerana dia cuba mengingat siapa lelaki itu. Macam pernah nampak tapi di mana ya?

“Kau!” Adella cuba mencapai rambut Farhan tetapi lelaki itu sempat mengelak. Farhan menolak bahu Adella. Menyuruhnya melakukan sesuatu. Aiden hanya diam memerhati gelagat mereka berdua dan cuba menganalisis situasi yang sedang berlaku sekarang.

Adella menjeling Farhan lalu dia menghadap Aiden dan menghulurkan tangannya kepada lelaki itu.

“Huh?”

“Dia nak salam. Malu-malu pulak dia.” Farhan sekali lagi menolak bahu Adella. Adella mengetap giginya cuba menahan diri daripada mematahkan tengkuk sepupu sendiri di hadapan suaminya.

“Oh...” Aiden pun menghulurkan tangannya perlahan-lahan. Dia menahan senyum sewaktu Adella tunduk dan mencium jejarinya. Lembut saja pegangan wanita itu.

“Cium la lama sikit. Dapat pahala tau, kan Aiden?” Adella sudah mengangkat kepalanya namun ditolak kembali oleh Farhan sehingga hidung dan dahinya menyentuh semula tangan Aiden.

Aish... Kau tunggu Farhan. Kau tunggu. Kejaaap lagi.

“Aiden, kau taknak cium dia ke?” tanya Farhan. Belum sempat Aiden menjawab, Adella terlebih dahulu keluar dari kereta.

“Bye.” Dia menutup pintu kereta dan berdiri di sisi kereta menunggu Aiden untuk beredar.

Seketika keadaan menjadi sunyi di antara mereka bertiga. Mereka saling bertukar tatapan selama hampir seminit.

“Awak jalan dulu.”

“Kau jalan dulu.” serentak Aiden dan Adella berkata.

“Err...”

“Takpe... Kau jalan dulu.”

“Err... Ok, bye.” Aiden melambai Adella dan mula meninggalkan kawasan parking itu. Dia sempat tersenyum kepada Farhan dan berterima kasih dalam diam kepada lelaki itu. Farhan juga sempat mengenyit mata kepada Aiden.

Man understand man.

Apabila kereta Aiden sudah tidak kelihatan, Adella dan Farhan saling bertentang mata. Farhan senyum, Adella pun senyum.

Satu, dua, tiga, Lari!

Farhan membuka langkah melarikan diri sebelum menjadi mangsa si raja.

“Qays Farhan!” Suara Adella bergema di seluruh kawasan parking itu. Dia mengejar Farhan yang sudah berlari masuk ke dalam lift.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now