BAB 28

980 30 31
                                    

“aku tak pernah minta perkahwinan ni. Kau lupa ke? Kita terpaksa. Aku terpaksa!”

◑ ◑ ◑

CLANG! Cling! Tung!

Segala barang di atas meja jatuh bertaburan kerana di langgar oleh seorang lelaki kacak.

"Sorry! Tumpang lalu!" Farhan terus berlari sehingga sampai di satu wad. Pintu wad yang tertulis 'VVVI&DP - Mawar Adella' diterjah begitu saja.

"Adella!"

Belum sempat masuk ke mulut, isi ayam di sudu Adella sudah jatuh tergolek. Mungkin terkejut dengan kedatangan si sepupu. Perlahan-lahan dia memusing kepala ke arah Farhan yang sudah melutut di lantai. Lelaki itu menekup mulutnya.

"Adella!!!" Setelah beberapa saat bertentang mata, dia berlari mahu memeluk Adella. Air mata yang sekian lama bertakung akhirnya berlumba-lumba turun membasahi pipi.

"Waaa! Ba... Bangun juga ka... Kau eh? Rin... Ugh!"

Adella menyumbat sudu ke mulut Farhan menyebabkan lelaki itu kembali melutut di lantai. Dia sudah rimas mendengar tangisan manusia. Minggu lepas Abah dan Asadel. Hari ni Farhan pula. Ingat dia bangun koma ni nak jadi tempat takung air mata ke apa?

Adella sambung makan seperti biasa menggunakan sudu baru yang entah muncul dari mana. Farhan menarik nafas lega setelah hampir menemui ayah pin. Dia duduk di tepi katil Adella dan makanan Adella dia ambil begitu saja.

"Nak cikit. Aku pun lapar. Sampai je kat airport aku terus datang sini tau? Pfftt! Tawarnya. Ambillah balik." Orang cakap makanan member lagi sedap. Tapi dia silap. Ni kan hospital.

"Itu padahnya ambil makanan aku tanpa izin," ujar Adella dengan riak wajah kosong.

"Oh my gawd! Aku rindu suara kau. Waaa!" Farhan ingin memeluk Adella buat kali kedua tapi cubaannya gagal lagi. Kali ini bukan di mulut tapi pipinya pula yang hampir berlubang akibat dicucuk dengan garpu.

"Sekali lagi kau cuba peluk aku, aku humban kau dari tingkap."

Farhan memuncung setelah mendengar kata-kata dingin Adella. Peluk aje pun. Dia betul-betul rindu sepupu segilanya itu tapi dia pun tak nak mati awal. Wad Adella ni tingkat 17 mak!

"Alaa, sekaliii aje... Rindu ni..." Farhan tunjuk satu jari bersama matanya yang bulat dan bersinar-sinar. Adella memandang Farhan dengan penuh kesabaran. Beberapa saat kemudian terdengar dia mengeluh. Farhan terus tersengih. Hehe! Dia tahu, sesiapa saja pasti kalah dengan serangan 'puppy eyes'nya. Musuh pun fikir dua kali nak bunuh dia atau tak bila dah lihat mata comelnya itu.

"Yeay..." Bahu Adella pun dipeluk erat. Dagunya direhatkan di atas kepala Adella. Keadaan menjadi sunyi selama beberapa minit. Farhan dengan melayan perasaannya. Dulu, saat dia hampir hilang semangat untuk hidup, Adella lah yang sentiasa berada di sisinya selain ibu, Fattah dan daddy. Adella tak pernah menghakimi dia. Adella sambut tangannya semasa dia hampir tenggelam dalam peristiwa hitam yang menyelubungi dirinya.

"Mhm! Oit! Far-farhan!" Adella tersentak. Dia sukar bernafas apabila Farhan mengetatkan pelukan secara tiba-tiba. Mukanya terbenam di dada bidang lelaki itu. Dasar! Farhan tidak peduli biarpun tangan Adella memukul-mukul lengannya.

"Ehem!" Tiba-tiba terdengar seseorang berdehem. Serentak mereka berdua berpaling melihat gerangan itu.

"Eh, Aiden. Err... Apa khabar?" Adella menarik nafas panjang setelah Farhan melepaskannya. Farhan tersengih. Rasa bersalah pula bila dia nampak riak wajah Aiden. Mesti lelaki itu salah faham. Suami mana yang tak marah bila isterinya dipeluk lelaki lain kan?

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now