BAB 31

959 20 0
                                    

“... let's just cut their tongues. So, it's not such a big problem, don't you think?”

◑ ◑ ◑

Ting! Tong! Ting! Tong!

"Haih... Siapa pulak datang ni? Fattah tolong tengok, please!" Farhan yang sedang bergelut dengan bantal di ruang tamu, memanggil Fattah dengan suara manja. Tengah layan game, member malas nak bangun.

Fattah tengah membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain apabila dia dengar suara Farhan dari ruang tamu. Dia mengeluh kecil sebelum mengeringkan tangannya menggunakan kain kering yang tergantung di bahu. Sebelum dia berjalan ke ruang tamu, dia mencapai senduk kayu panjang. Bersedia kalau-kalau Si Kembar cuma bergurau.

"Dia kat ruang tamu, aku yang kat dapur dia suruh tengok. Entah betul ke, tak, ada orang. Kalau dia sendiri yang tekan loceng tu, memang pecah kepala budak ni." Sempat dia membebel dalam perjalan ke depan. Sempat dia jeling Farhan yang serupa ulat beluncas itu. Farhan memberikan senyuman lebar lalu matanya kembali fokus pada TV di depan.

"Sengih, sengih... Ketuk senduk baru tahu!" Fattah tunjuk senduk panjang itu ke arah Farhan. Tapi Farhan tak perasan.

Sebaik saja pintu dibuka, angin kuat menyapa wajah Fattah. Seperti sonic baru saja limpas di situ. Tak sempat dia melihat siapa yang masuk tadi.

"Aarrghh!!!" Terdengar jeritan Farhan. Kepalanya terus berpaling ke belakang.

"Lahh, anak Tan Sri Althaf rupanya." Setelah memastikan gerangan tetamu tak diundang tadi, dia menutup pintu kembali. Kelihatan Adella berlari ke arah Farhan. Nampak gaya macam nak membelasah anak orang saja.

Fattah kembali ke dapur dengan selamba untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Jeritan Farhan yang semakin kuat dia abaikan saja. Malas dia mahu layan kalau dua ketul tu dah bertemu. Tiada lain, tiada bukan, satu rumah kecoh dan barang-barang di ruang tamu akan bersepah. Siapa yang kemas nanti?

"Ad-adella! Sakitlah!" Farhan mengadu sakit di bahagian kepalanya kerana tiba-tiba kasut Adidaz terbang di kepalanya.

"Sakit ke? Sorry," kata Adella selamba, "Aku cuma nak praktis tadi."

"Praktis apa benda!" Suara Farhan kedengaran marah.

Adella tidak menjawab persoalan mudah itu. Sebaliknya dia berlari ke arah Farhan. Farhan pun melarikan diri apabila Adella menuju ke arahnya. Mereka berdua berpusing-pusing mengelilingi sofa panjang di ruang tamu itu. Tidak cukup ruang, Farhan lari ke dapur pula. Fattah dijadikan penghalang supaya Adella tak dapat capai dia. Mereka berhenti bermain di dapur apabila masing-masing dapat satu ketukan senduk di kepala.

"Setop, setop!" Farhan berhenti untuk mengambil nafas. Dia tertunduk, "dah 10 minit kita main kejar-kejar. Kau nak apa sebenarnya?"

"Kau... Jumpa Aiden... Kan?" Tanya Adella. Dia juga cuba mengawal nafas. "Jangan...haa.. cuba-cuba tipu aku. Sebab... aku ada bukti." Tercungap-cungap Adella melontar kata.

Farhan menelan liur apabila Adella memberi amaran awal. Memang tak boleh tipu la kalau Adella cakap ada bukti. Tapi... dia dah janji dengan Aiden.

"Jadi kau datang sini sebab nak cakap pasal Aiden ke? " Soal Farhan. Dia duduk di sofa panjang itu. Adella juga sama. Masing-masing mengeluh berat kerana penat berlari.

"Kau jumpa Aiden kan? Tiga..." Mata Adella bergerak-gerak cuba mengingat sesuatu. "Empat hari lalu." Sambungnya.

"Macam mana kau tau?"

"Kau ni, kalau orang tanya tu, jawab. Bukan tanya balik!"

"Iye, ye! Aku jumpa dia. Tak boleh ke aku jumpa ipar aku sendiri? Takkan tu pun nak jealous." Riak wajah penat Farhan bertukar menjadi riak penuh makna.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now