BAB 5

2.9K 95 6
                                    

Adella, you're always great. Body, i love you

◑ ◑ ◑


BUNYI penggera dari telefonnya mengejutkan Aiden yang sedang tidur lena. Tangannya mencapai telefon untuk mematikan penggera yang masih berbunyi. Dia menggeliat sedikit sebelum bangun menuju ke bilik mandi. Usai mandi, dia mengambil wuduk lalu mengerjakan solat subuh.

Setelah selesai mengaminkan doa, Aiden duduk berteluku sebentar di atas sejadah. Mengapa dia seperti terlupa akan sesuatu? Tidak mahu kusut kepala memikirkan hal itu, dia melipat sejadah dan menyimpan songkok lalu turun ke bawah.

Dia memasak sarapan, dan memulakan rutinnya seperti biasa. Memandangkan dia cuti... Eh, jap... Kenapa dia cuti?

Beberapa saat kemudian, Aiden diketuk realiti. Semalam dia baru saja menjadi suami orang. Tapi... Siapa isteri dia?

“Adella.” terlintas nama itu di bibirnya.

Tiba-tiba penyapu di tangannya terjatuh ke lantai. Dia sudah ingat! Cepat-cepat Aiden naik semula ke tingkat atas. Bilik di sebelah biliknya dituju. Tanpa kebenaran, pintu bilik itu diterjah dan dibuka luas.

Terkaku dia di muka pintu apabila melihat seorang wanita sedang tidur lena di atas katil. Pintu bilik itu ditutup beberapa saat sebelum dibuka semula. Dia mengulangi hal yang sama untuk beberapa kali.

“Ok. Ni bukan imaginasi.”

Memang betul, Adella sedang tidur lena di atas katil dengan mulutnya sedikit ternganga. Dia baring terlentang dengan kedua tangannya didepakan luas. T-shirt tanpa lengan yang dipakainya terselak sedikit di bahagian perut, menampakkan petak-petak yang timbul.

Aiden telan air liur. Dia terkaku tidak tahu mahu berbuat apa. Sama seperti penulis yang sentiasa terkaku setiap kali mahu menulis. Haih... Kesian kan penulis? Ok tiber...

Sorry,” bisiknya. Macam jelah Adella yang tengah buat taik mata tu boleh dengar.

Aiden menutup semula pintu bilik itu. Dia membuat keputusan untuk turun semula ke bawah. Tidak mahu mengganggu tidur Adella. Tadi pun nasib baik Adella tidak terbangun bila Aiden terjah pintu bilik dia. Kalau gempa bumi sekalipun belum tentu dia bangun.

HAWA naik ke bilik di mana mereka menyiapkan Adella kelmarin. Semalam dia penat jadi dia buat keputusan untuk mengemas bilik itu besok sahaja. Maksudnya hari ni lah. Eh? Sekarang? Hari di mana bab ini dibaca? Mana-mana jelah.

“Ku Ikhlaskan... Ku maafkan...” sambil-sambil dia menyanyikan lagu yang trending baru-baru ini, dia meninjau sekeliling bilik itu mencari baju pengantin yang dipakai oleh Adella semalam. Tapi tiada dia jumpa. Tak mungkinlah Adella bawa balik.

Hawa berjalan pula ke bilik air. Mungkin ada di sana. Sebaik sahaja pintu bilik air di buka, kain putih yang di ampai di singki menyapa pandangannya. Dia geleng kepala.

“Kot iya pun, gantung ler elok-elok,” bebelnya pula. Dia masuk lalu mengambil baju pengantin itu. Baju pengantin yang digulung itu dileraikan lalu diangkat tinggi.

Membuntang mata Hawa melihat keadaan baju pengantin itu. Bibirnya terherot-herot melihat baju pengantin itu yang sudah terkoyak hingga ke bahagian pinggang. Dadanya mula berombak turun naik. Mari kita kira bersama-sama dalam kiraan...

Tiga... Dua... Satu...

“ADELLA!!!” teriak Hawa lantang, panjang dan lebar.

“Allahhuakhbar! Apa tu?” hampir-hampir Tengku Adyan jatuh ke kolam mendengar teriakan Hawa, nasib sempat ditahan oleh Tan Sri Althaf.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now