" Tapi aku dengar lelaki tu panggil dia King bukan Adella "
◑ ◑ ◑
Sekejap-sekejap Luthfi pandang ke belakang. Perhatiannya terarah pada dua orang lelaki bersuit hitam sedang enak menjamu selera sambil berbual dan sekali sekala menoleh ke arah dia dan Aiden. Sejak di airport sampailah sekarang dia perasan mereka diekori oleh dua orang lelaki bersuit hitam itu.
"Luth, kau kenapa?" tanya Aiden. Dari tadi dia perasan Luthfi tertoleh-toleh ke belakang. Nak kata ada awek cun, takda pula. Ada pun dua orang lelaki bersuit hitam yang Adella arahkan untuk hantar dia pulang.
"Kau perasan tak dua orang yang pakai suit hitam kat belakang aku tu?" tanya Luthfi dengan wajah serius. Aiden mengangguk.
"Sejak dari airport lagi diorang ikut kita. Kau ada bermusuh dengan siapa-siapa ke?" mata Luthfi membesar. Yelah, Mana tahu ada orang tak suka Aiden lepastu orang tu upah untuk ikut Aiden ke mana-mana dan...
Aiden tergelak dengan kenyataan Luthfi itu. Banyak sangat tengok drama Luthfi ni.
"Mana ada... Itu pekerja isteri aku lah..."
"Huh? Jadi kau kenal lah diorang tu?"
"Ha'ah... Yang tu Din, yang satu lagi pula Don," beritahu Aiden. Mereka berkenalan sewaktu di airport sebelum Aiden bertembung dengan Luthfi yang lengkap beruniform pilot di airport. Luthfi baru saja pulang ke Malaysia. Dia terlalu teruja sehingga lupa memperkenalkan mereka bertiga.
"Ohh... Kenapa diorang ikut kau pula?" Luthfi menoleh ke belakang lalu melambaikan tangan kepada Don dan Din. Sapaannya dibalas mesra dengan senyuman dari dua orang lelaki itu. Don siap peace lagi. Din pula bagi mini love. Telatah dua lelaki itu membuatkan Luthfi tergelak.
"Adella suruh diorang hantar aku balik tadi."
"Ooh... Kau dengan Adella buat apa kat airport?" Luthfi kembali memandang ke arah Aiden. Cappuccino kegemarannya yang dipesan sewaktu mereka tiba di kafe ini dihirup perlahan.
"Kitorang nak pergi Paris, tapi cancel sebab company Adella ada emergency tadi." Aiden tersenyum nipis.
"Paris? Buat ap... Ohh..." Luthfi menyembunyikan senyuman nakalnya. Faham. Faham sangat.
"Jadi kau biar je dia cancel kan honeymoon korang?"
Anak mata Aiden tepat menikam anak mata hitam Luthfi. Dia tidak suka dengan ayat yang dikatakan oleh Luthfi. Sahabatnya itu seperti menyalahkan isterinya. Pandangannya berubah dingin. Luthfi yang perasan perubahan air muka Aiden cuba menceriakan keadaan.
"Err... Maksud aku..."
"Aku sendiri yang cancelkan dan aku sendiri yang suruh dia setelkan masalah kat company dia dulu. Any problem?" Aiden menyandarkan badannya di kerusi. Tangan disilangkan di dada. Matanya yang dingin memandang wajah Luthfi yang gelabah.
"Ohh, macam tu. No, no problem hehe..."
Luthfi meneguk cappuccinonya pantas. Alahai mulut kau ni Luthfi. Dia mengutuk diri sendiri di dalam hati. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain cuba untuk tidak bertentang mata dengan Aiden. Seram bhai...
Luthfi terpandang Din dan Don. Haih... Sepatutnya aku yang perlukan bodyguard sekarang ni. Luthfi berdehem membetulkan suaranya supaya tidak terkucil kerana ketakutan nanti.
"Ehem! Tapi kan, tu kan honeymoon korang, hari bahagia. Lepastu batal macam tu je, kau tak kisah ke?" takut-takut Luthfi untuk bertanya. Dia menunggu respon Aiden dengan debaran. Macam tunggu keputusan SPM.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...