" Seorang diri. Travel "
◑ ◑ ◑
KERETA diparkir di halaman rumah Tan Sri Althaf. Adella menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus kuat. Kenapa dia rasa macam ada sesuatu di rumah ini? Padahal sudah 25 tahun, eh tak. 21 tahun dia tinggal dan membesar di rumah banglo mewah itu.
"Awak?" tegur Aiden. Bagai terkena litar pintas, pantas saja kepala Adella menoleh memandang Aiden di sebelah.
"Awak ok? Jomlah kita turun." Adella hanya mengangguk mendengar kata-kata Aiden. Mereka berdua pun turun dari kereta lalu melangkah masuk ke rumah Tan Sri Althaf.
"Kakak!" teriak seseorang. Serentak Aiden dan Adella berpaling ke arah suara itu. Seorang lelaki muda yang entah dari mana berlari ke arah mereka berdua. Membulat mata Adella melihat wajah lelaki itu.
Lelaki itu mahu memeluk Adella tapi Adella terlebih dahulu menyorok di belakang Aiden, membuatkan lelaki muda tadi terlajak sehingga ke pintu.
Oh no, oh no, oh no no no no no...
Aiden dan Adella hanya mampu menutup mata apabila mendengar bunyi dentuman yang kuat. Pergh! Bergegar rumah.
Ops! Sorry...
"Astaghfirullahalazim... Asadel, kamu dah kenapa sujud kat depan pintu ni? Pengaruh ayah pin ke?" Tan Sri Althaf yang baru saja keluar menggeleng kepala melihat anak bongsunya yang bersujud di depan pintu. Sebenarnya bukan bersujud, tapi menahan sakit yang amat di hidung.
Asadel bangun dari terus mengerekot di lantai. Dia memusingkan tubuh ke belakang memandang Adella. Terkejut Tan Sri Althaf dan Aiden apabila melihat wajah Asadel.
"Pfft!" Adella menahan tawa melihat darah yang mengalir keluar dari hidung Asadel. Asadel memandangnya dengan tajam. Cis! Bukannya kesian tapi gelakkan orang pula!
"Abah..." Asadel berpaling pula ke arah Tan Sri Althaf yang tercegat di depan pintu. Kalau tadi terkejut, sekarang Tan Sri Althaf pun tergelak. Makin lama dia tengok, makin lawak pula muka Asadel. Asadel mencebik melihat abahnya yang mentertawakannya.
"Ish! Abah dengan kakak sama je!" dia meluru masuk ke dalam rumah. Merajuk! Apa? Ingat anak lelaki takleh merajuk ke?
"Mana ada sama. Aku perempuan, abah lelaki, kan bah?"
Tan Sri Althaf hanya mengangguk dengan fakta yang dikatakan oleh Adella. Untuk beberapa minit, barulah tawanya reda.
"Aiden, maaflah. Lama pula kamu berdiri kat sini. Adella bawaklah suami kamu masuk." Tan Sri Althaf membuka pintu luas. Seluas mata memandang, memberi ruang untuk Aiden melangkah masuk.
Adella melengkapkan lagi babak itu dengan membentangkan karpet merah di hadapan Aiden. Entahlah dari mana dia dapat. Kemudian dia berdiri di sebelah Aiden seperti pengawal.
Aiden yang dari tadi hanya membatu melihat gelagat tiga beranak tadi, menjayakan lagi babak itu dengan menjiwai wataknya. Dia berjalan di atas karpet merah itu ala-ala putera raja yang melangkah masuk ke istana. Adella dan Tan Sri Althaf pula mengiringinya dari tepi.
Setelah mereka bertiga masuk ke dalam 'istana' itu, pintu perlahan-lahan tertutup tanpa ditolak.
The end.
"HONEYMOON?"
Aiden dan Adella memandang antara satu sama lain. Mereka hanya berkomunikasi melalui mata sahaja.
"Ok, dekat mana?" soal mereka berdua serentak. Tersenyum Tengku Mikaila dengan gelagat Aiden dan Adella. Dia tidak salah pilih isteri untuk Aiden. Diorang memang ada chemistry.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...