BAB 4

3K 103 10
                                    

kau Ad... Tua tua aku ni pun pelempang aku masih lagi padu tahu?

◑ ◑ ◑


SETELAH selesai bertukar baju, Aiden dan Adella turun ke bawah bersama. Cuma Adella yang sudah bertukar baju. Manakala Aiden masih berbaju Melayu putih kerana dia tidak membawa baju persalinan. Cadangnya, dia mahu pulang malam ini juga ke rumahnya.

"Haa... Dah turun dah pengantin baru kita ni."

Adella menjeling Hawa yang duduk di sebelah Hamidah dan seorang lagi wanita yang dia tak kenal. Tapi macam familiar. Bukan Kak Huda eh.

"Aiden, Adella, duduk dulu. Ada perkara kami nak bincang. Terutamanya hal yang perlu kami jelaskan pada Adella," ujar Tengku Adyan, bapa kepada Aiden.

Aiden dan Adella duduk di sofa yang kosong. Berhadapan dengan Tan Sri Althaf dan Isterinya Puan Sri Tiara. Di sebelah kanan pula Tengku Adyan dan isterinya Tengku Mikayla. Manakala di sebelah kiri, Hamidah, Hawa dan seorang lagi wanita muda.

Huish! Macam memperkenalkan tetamu kehormat pula. Tibahh...

Suasana hening buat seketika sebelum Tengku Adyan bersuara.

"Baiklah. Pertama sekali, Adella... Papa nak cakap terima kasih sebab sudi terima Aiden jadi suami kamu,"

Ucap Tengku Adyan. Adella hanya mengangguk tanpa senyuman. Dia menjeling sekilas Aiden yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu pun turut memandangnya. Aiden cepat-cepat melarikan pandangannya apabila matanya bertembung dengan mata Adella. Tangannya naik menggosok belakang tengkuk.

Aduh... Dia perasan ke aku tenung dia?

"Yang kedua, biar bapa kamu jelah yang cakap. Tak gitu abang~?"

Tengku Adyan beralih pula kepada Tan Sri Althaf yang sudah buat muka. Sengaja dia mengalunkan perkataan yang terakhir itu.

"Kau Ad... Tua-tua aku ni pun, pelempang aku masih lagi padu tahu? Kalau nak merasa?"

Tan Sri Althaf menayang tapak tangannya yang lebar di hadapan muka Tengku Adyan yang sedang ketawa. Seronok dapat mengusik kawan sendiri.

Tan Sri Althaf menggeleng kepala. Geram apabila Tengku Adyan mengajuk panggilan yang digunakan oleh Puan Sri Tiara terhadapnya.

"Abang, dah lah tu. Depan anak-anak ni," bisik Tengku Mikaila ditelinga Tengku Adyan. Serta merta Tengku Adyan berhenti ketawa apabila isterinya dah sound dia.

"Ok. Adella, macam ni. Abah straight to the point lah ye? Sebenarnya... Perkahwinan ni memang dirancang untuk kamu dan Aiden," ujar Tan Sri Althaf.

Melihat muka Adella yang terdesak perlukan penjelasan, dia menyambung percakapannya.

"Dua bulan lepas..." belum sempat Tan Sri Althaf menghabiskan bicaranya, Adella mengangkat tangannya.

"Ringkaskan."

Pintas Adella. Takkan la dia nak dengar cerita dari dua bulan lepas. Alamatnya tertidur lah mereka di ruang tamu ini. Bapanya itu kalau sudah bercerita sampai kisah nenek moyang sekali dibangkitkan.

"Ok, Hawa..."

Tan Sri Althaf menyerahkan pula tugas memberi penjelasan kepada Hawa. Hawa mengangguk tanda menerima tugasan itu.

"Macam ni Dell, perempuan sebelah aku ni..."

Hawa peluk bahu perempuan muda yang duduk di sebelahnya.

"Inilah Hani," sambungnya.

"Hai..."

Wanita yang diperkenalkan sebagai Hani tadi tersenyum sambil melambaikan tangan kepada Adella.

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now