“What the fish?”
◑ ◑ ◑
“RAJIN-RAJIN lah datang sini lagi ya? Ini pun dah jadi rumah kamu juga,” pesan Tengku Mikayla.
“Ok, mommy. Adella balik dulu.” Tangan Tengku Mikayla disalam lalu pipinya dikucup oleh Si Mommy. Seperti yang sudah diberitahu, dia anti-ciuman walau siapapun orang tersebut. Hasilnya, dia cuma mampu menggenggam tangan menahan diri daripada terus mengesat pipinya.
“Err... Adella bagitau ni, mommy jangan salah faham ya? I don't like kisses, especially dekat muka. I'm sorry, mommy.” Adella berkata jujur. Lebih baik dia jujur sahaja daripada berpura-pura depan mereka. Paling utama, supaya insan itu berhenti bila dah tahu. Maka, selamatlah pipinya dan orang tersebut.
Reaksi Tengku Mikayla mengejutkan dia. Wanita itu tersenyum lalu berkata, “Jadi betullah ya apa yang abah kamu bagitahu? Kamu ni tak suka di manja. Mommy faham, tapi... Mommy tetap nak kiss!”
“Mommy!” Adella mula mengelak apabila Tengku Mikayla mendekatkan muka untuk mengucup pipinya sekali lagi. Tengku Mikayla tertawa dengan tingkah Adella. Menantunya pun tertawa sama.
“Adella balik dululah. Bahaya ni.” Adella acah-acah berlari ketakutan. Tapi sesaat kemudian kakinya kembali berjalan seperti biasa ke kereta.
“Takut betul ya? Yalah... Hati-hati memandu. Ingat Aiden tersayang,” usik Tengku Mikayla.
Adella cuma membisu, tidak tahu mahu membalas apa.
“Bye!” mereka saling melambai apabila kereta Adella mula bergerak keluar dari perkarangan rumah mentuanya.
“Haih...” keluhan terlepas dari mulut Tengku Mikayla. Sunyi pula bila Adella dah balik. Sekarang ni dia sendiri, Tengku Adyan sudah awal-awal lagi ke syarikatnya. Ada mesyuarat penting katanya. Dia pun masuk ke dalam rumah dengan keluhan sekali lagi.
* * *
Sambil memandu, sambil mendengar lagu. Sebelah tangan pada stereng dan yang sebelah lagi digantung ke luar tingkap yang dibuka penuh.
“Terima kasih sebab dah jadi salah satu sebab dia tersenyum. Aiden tu satu-satunya anak daddy. Daddy harap sangat Adella dapat bahagiakan Aiden, dan Aiden pun dapat bahagiakan Adella.”
Tiba-tiba Adella teringat kata-kata Tengku Adyan semalam. Dia jadi sebab Aiden tersenyum? Yeke?
Fikirannya menerawang pula mengingatkan hari-hari yang dia habiskan bersama Aiden. Memang lelaki itu ceria dan tersenyum selalu. Dia fikir mungkin kerana personaliti Aiden memang seorang yang ceria. Tapi setelah mendengar kata-kata Tengku Adyan...
“It's not a bad thing i guess.” monolognya sendiri.
“...Aku berdoa sangat yang rumah tangga korang ni bahagia sampai ke syurga.”
“Daddy selalu doakan yang terbaik untuk rumah tangga kamu berdua.”
Titipan doa dari Hawa dan Tengku Adyan pula menjengah ke ingatan. Dia terfikir... Macam mana kalau mereka tahu siapa dia yang sebenarnya? Masihkah mereka mendoakan kebahagiaan buat dia?
Malas untuk terus hanyut dalam persoalan sendiri, Adella menguatkan lagi music. Mulutnya juga mula menyanyi kecil dan jari mengetuk-ngetuk stereng seiring dengan rentak lagu tersebut.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Music diperlahankan sebelum panggilan tersebut diangkat.
“Hellow, paksu?” mendayu suara Adella. Sengaja mahu menyakitkan hati si pemanggil.
YOU ARE READING
Pengantin Last Minute
RomanceDari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Adella menemani kawannya ke majlis pernikahan sepupu kepada kawannya itu. Dia pula yang menjadi pengantin dan berkahwin dengan Aiden. Apa yang...