DUA HARI berlalu sejak kejadian curahan air panas itu. Keesokkan harinya, Dina pergi ke kampus dengan kekecohan dari para pelajar. Ada yang siap jeling. Tapi Dina tak peduli, dia belum cukup gila untuk buat begitu tanpa sebab. Manusia mana aje boleh terima bila orang lain berkata buruk tentang ibu bapa mereka?
Kes ini juga tak terlepas dari pengetahuan mama dan papanya. Teruk juga dia dimarahi mama yang kini sedang berada di Jerman atas urusan kerja. Walaupun hanya melalui corong telefon, namun bisa kata-kata mama tetap memamah hati.
Hari ini, hari mama dan papanya pulang. Maka, hari ini segala amarah yang tidak terlepas habis dua hari lalu akan terlepas. Dia yakin, mama tak akan pulang dengan senyuman.
Sepanjang dua hari penantian ini juga, mamanya telah menetapkan satu arahan untuk Dina dimana Rayyan telah diberikan satu kerja part time untuk jaga Dina.
Huh! Tak ada apa yang Dina paling benci dalam dunia ini selain dari berada dibawah pemerhatian lelaki itu seperti seorang banduan dan lelaki itu wardennya. Jelak. Ini adalah hukuman yang paling berat daripada dilibas.
Dina yakin, dua hari ini dah bernanah telinga Rayyan dan dah bengkak anak tekak lelaki itu sebab bertekak dengan dia. Cukup seminggu, mahu rosak terus gegendang telinga lelaki itu, siap pakej dengan tekanan darah tinggi naik dan berisiko untuk kena serangan jantung.
"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Soal Dina dengan kerutan bila jalan yang disusuri Rayyan bukan jalan menuju ke rumahnya. Orang dah tak nak hadap muka dia lama-lama, dia lagi bawa ke tempat yang bukan-bukan.
Seperti biasa, tamat sahaja kelas petang wajah Rayyan akan terjegul di hadapan pintu dewan kuliah Dina. Alasan dia berdiri depan pintu sebab dia tak mahu Dina lari dan tak pulang bersamanya. Amanah bukan lelaki ini? Entah apa yang mama dah tawar pada dia.
"Pergi jual kau."
"Kau ingat kelakar ke? Hantar aku balik sekarang."
"Kau takut ke?"
"Hantar aku balik lah, bodoh!" Marah Dina. Panas hatinya melihat senyuman nakal Rayyan. Dia ingat kelakar ke?
"Kenapa nak marah-marah ni? Cuba kau relaks sikit" ujar Rayyan.
Sejak dia kenal dengan Dina lebih dua puluh tahun dulu, belum pernah sekali pun Dina cakap elok-elok dengan dia. Tak pernah. Tahu tak suka, percayalah dia pun tak suka Dina tapi kalau dah setiap kali jumpa asyik bertekak penat juga tau.
Dari kecil mereka dah bertegang urat. Jumpa je mesti nak gaduh, tak payah disoal siapa yang memulakan pergaduhan kerana jawapannya hanya satu. Dina. Dina sangat bencikan dia dan tak pernah nak berkawan dengannya. Tapi sekarang masing-masing dah dewasa, apa salahnya berfikir macam orang dewasa dan hidup macam orang dewasa.
"Kenapa kau gaduh dengan Tasha hari itu, ek? Aku lupa nak tanya"
Dina memang suka buat hal tapi sampai bergaduh macam itu rasanya belum pernah lagi. Lagipun, Dina ini bukannya suka kacau atau sibuk hal orang. Dia suka buat sombong dia je.
"Tak ada masa lah aku nak bergaduh dengan perempuan bodoh tu." Tangannya disilangkan ke dada.
"Habis tu yang tarik-tarik rambut tu apa? Bergurau ke?" Perli Rayyan.
"Haah bergurau."
"Waaa... lain macam perempuan punya gurau eh. Nampak mesra," sambil balas dia tertawa. Terbayangkan pergelutan dan tarikan rambut dua hari lalu. Lucu sebenarnya.
"Malaslah aku nak cakap dengan kau. Ni nak pergi mana ni? Kalau rasa tak boleh nak hantar aku balik rumah berhenti sini sekarang! Biar aku balik naik grab je"