Bab 12

4.1K 352 15
                                    

        "KAU nak kemana?"

Soal satu suara buat Dina urut dada.  Mata dipejam dan gigi diketap.  Nak dia mati awal agaknya Rayyan ni.

"Kau apahal nak terjah-terjah aku macam tu?" tinggi suara Dina menyoal.  Mana tidak terkejutnya, dia punyalah nak elak ikut Rayyan tahu-tahu Rayyan muncul didepannya.

"Bila pula aku terjah kau? Aku elok je berdiri dekat sini,"

"Asal kau masuk lif lain?"

"Aku tak nak naik lif dengan kau.  Jadi panas."

"Asal kau nervous ke?"

Berkerut wajah Dina.  Jijiknya dia nak rasa nervous dengan Rayyan.

"Buat apa aku nak nervous?"

"Manalah tahu, sejak-sejak aku jadi guardian angel kau ni kau jatuh hati dekat aku," balas Rayyan bernada gurau.

Namun, gurauannya itu mengingatkan Dina pada seseorang.  Tangannya disilangkan ke dada dan wajahnya yang sedari tadi serius semakin serius.

"Oh, jadi kekasih kau tu dah bagitahu kau lah ya apa yang aku cakap dekat dia? Apa lagi yang dia bagitahu kau? Ada tak dia bagitahu kau apa yang dia cakap dekat aku juga? Kalau dia tak bagitahu, aku boleh bagitahu baru adil kan?" Ujar Dina penuh emosi.  Dah kalau benda bodoh macam tu pun nak mengadu apatah lagi benda lain kan?

"Kejap... kejap...  Apa yang kau cakap ni?  Kau ada jumpa Qasya ke? Apahal kau jumpa dia? Kau cakap apa dekat dia?" Tak faham. Dia bangun-bangun je pagi tadi terus bersiap dan ke hospital. Bukannya jumpa, call kekasih sendiri pun tak sempat tiba-tiba Dina pula bercakap tentang Qasya.  Bila mereka bertemu?  Kenapa Qasya tak beritahu dia?

"Tak payahlah buat-buat tak tahu,"

"Serius aku tak faham apa yang kau cakap,"

"Habis tu guardian angel tu kau korek dari gua mana?"

"Hai salah ke aku nak sebut benda tu, bukan kau yang cipta ayat tu.  Tak yang kau nak emo sangat kenapa?"

Memanglah Dina selalu emo tapi hari ini keterlaluan.

Dina tidak segera menjawab.  Kebetulan sangat untuk Rayyan sebut perkataan yang sama dia sebut pada Qasya tadi. Tapi nak kata Qasya mengadu pada Rayyan tentang pagi tadi nampak macam jammed sangat muka Rayyan tu.  Betullah agaknya dia tak tahu apa-apa.  Kebetulan. Baguslah malas Dina nak panjang-panjangkan cerita.

"Dahlah, lupakan je lah.  Bak sini beg aku, aku balik naik grab je."

Tidak sempat jari Dina mahu melilit beg pakaiannya, Rayyan lebih laju jauhkan beg itu dari dia.

"Bagi tahu aku dulu apa yang dah jadi.  Bila kau jumpa Qasya? Qasya datang sini ke? Apa yang kauorang bualkan?" Soal Rayyan bertalu-talu. 

Lagi Dina dekati dia untuk ambil beg, lagi dia jauhkan beg itu dari Dina.

"Malaslah aku nak cakap.  Kau tanyalah dia sendiri."

"Aku nak dengar dari kau dulu,"

"Kau percaya ke kalau aku nak cakap benda buruk pasal kesayangan kau tu? Tak kan? Sekarang bagi sini beg aku!"

Tangan yang berusaha mencapai beg itu terus Rayyan capai dan ditarik bersamanya. Dah alang-alang Dina menyua tangan.

"Rayyan!" Jerit Dina geram bila tangannya ditarik membuatkan dia terdorong mengekori langkah Rayyan ke arah keretanya.

"Lepaslah Rayyan!"

Namun amarah hanya sia-sia bila dia sudahpun berada didalam perut kereta Rayyan dan pintu dibahagiannya tidak dapat dibuka.  Masuk sahaja Rayyan dibahagian pemandu, terus bahu Rayyan ditolak.

"Apa masalah kau ni ha?! Apa yang kau degil sangat! Aku dah cakap aku boleh balik sendiri kenapa kau tak faham bahasa?!"

Inilah sifat Rayyan yang paling dia benci.  Suka paksa dan dia memang pantang dipaksa.  Lelaki itu fikir dia siapa? Abang? Suami? Kenapa Rayyan selalu kena jadi punca dia marah dan sakit hati?

Sudahlah kehadiran kekasihnya tadi sudah cukup buat Dina berang, dengan perangai Rayyan yang begini menambah-nambah berangnya.

"Sebenarnya kau takut aku hantar kau pergi rumah Aunty Rina kan?"

"Ye memang!"

"Kenapa? Aunty tu seboleh-boleh nak jaga kau, kenapa kau ni sombong sangat? Orang risaukan keselamatan kau.  Tolonglah faham."

Dina tidak membalas, bukan kalah tapi sebab hatinya sakit sangat. Bukan ada makna pun kalau dia jawab.  Sudahnya, tubuh kembali menghadap ke depan. Rahangnya diketap kuat menahan perasaan.

Rayyan tak faham kenapa dia berdegil tak mahu tinggal dengan Mama Rina. Tak ada sesiapa yang akan faham apa yang dia rasa dan apa yang dia lalui. Sumpah, dengan apa yang Rayyan dan keluargnya dah buat untuk Dina bukan buat dia rasa ingin menghargai tapi buat dia lebih membenci.

Panggilah dia perempuan yang pentingkan diri atau tak kenang budi, dia tak peduli.

Pandangan dihalakan ke luar tingkap, dalam satu kerdipan air matanya mengalir.  Tangannya digenggam erat dan sedikit pun dia tak mahu bicara lagi. Benci!

Hampir 30 minit, kereta Rayyan berhenti dikawasan parkir rumah Mama Rina.

Dina terus buka pintu dan tanpa berterima kasih dia terus masuk ke dalam rumah yang pintunya sudah sedia terbuka seperti memang menunggu kehadiran mereka.

"Oi, masuk rumah orang memang tak reti bagi salam ke?"

Langkah Dina terhenti sebaik kakinya jejak ke dalam rumah. Puteri, anak kedua Mama Rina yang seperti patung cendana didepannya ditatap tanpa perasaan.

"Salam."

"Kepala otak kau bagi salam macam tu.  Mama kau tak aja..."

"Puteri! Jangan melampau."

Bicara Puteri terhenti dek amaran Papa Hadi, suami Mama Rina yang juga baru muncul di ruang tamu rumah itu.

"Rina, Dina dah sampai ni," panggil Papa Hadi sambil memandang kearah tangga.

"Yanti, tolong tunjukkan Dina bilik," arahnya pada pembantu rumah pula.
Dina menyalam tangan pakciknya.

"Dina ikut Yanti, papa Hadi pergi jumpa Rayyan sekejap,"

Dengan satu anggukan dari Dina,  Papa Hadi beredar keluar dari rumah.

"Jangan buat rumah ni macam rumah kau sendiri pula!" sempat Puteri memesan.

Dina buat tak dengar akan bicara yang mengundang pergaduhan dari Puteri itu. Dia menumpang, dia akan cuba buat tak endah.

Tapi kesabarannya bukannya besar mana. Dina yakin lambat laun memang dia akan berperang besar dengan Puteri. Tak peduli dirumah siapa dia berada. Bukan berdoa keburukan untuk diri sendiri tapi itulah dia dengan Puteri sejak dulu.

Dia bencikan Puteri dan Puteri juga simpan perasaan yang sama pada dia.

Seperti yang diarahkan, Dina ikut langkah Yanti sehingga ke bilik tetamu.

"Dina,"

Dia menoleh, Mama Rina dimuka pintu dengan senyuman senang.

"Alhamdulillah, lega betul bila Dina setuju tinggal sini.  Nanti lepas kemas, turun bawah kita lunch sekali."

Dina mengangguk dan Mama Rina turun ke bawah diikuti Yanti.  Dia melepas nafas berat. Baru sehari, dia sudah rasa tidak senang begini bagaimana dengan hari lain-lainnya?  Semua salah Rayyan!

Dina tahu, sekarang ni kalau Mama Rina ingin paksa Dina ikut kemahuannya pasti digunakan Rayyan sebab dia tahu Rayyan akan paksa Dina sampai ke sudah.

Bodoh punya Rayyan!

tbc

Love, Rose

Addiction Where stories live. Discover now