DINA buka matanya yang kelat. Sekeliling bilik dipandang. Ini bukan bilik tidurnya, bila teringatkan memori dia menerjah masuk ke bilik yang digunakan Rayyan malam tadi, terus terduduk tegak tubuhnya.
Ya, dia masih berada didalam bilik tidur Rayyan namun asingnya dia bukan lagi tidur di atas lantai melainkan diatas katil. Dia sendirian, Lelaki itu sudah tiada.
Maksudnya, Rayyan ke yang bawa dia naik ke atas katil? Dina tepuk dahi sendiri. Maksudnya, Rayyan tahu lah yang dia masuk ke dalam bilik ini lewat malam tadi?
Wajahnya ditekup. Macam mana kau boleh tertidur Dina?!
Malu!
Dia bangkit dan keluar dari bilik tidur itu. Masuk sahaja ke dalam bilik tidurnya, telefon dicapai. Ada dua pesanan. Satu dari Ines dan satu lagi dari Rayyan.
Dina buka mesej dari Ines dahulu. Dia belum bersedia untuk membaca apa-apa pesan dari Rayyan. Malu masih belum habis.
+ sorry dina aku tak perasan aku tersilent phone
+ kau okay?
+ ada masalah ke?
Pesanan itu dihantar kurang sejam lalu.
- Tak ada apa ines.
- Sorry ganggu kau malam malam
Kemudian, pesanan dari Rayyan yang dihantar kurang 30 minit lalu pula dibuka.
+ aku dah belikan sarapan
+ makan sebelum pergi kerja
Dina mengeluh perlahan. Rayyan memang tak pernah berubah kan? Rayyan masih beri perhatian padanya.
Tipu jika Dina katakan dia tak rindukan Rayyan. Tipu kalau dia tak senang dengan perhatian Rayyan yang tak pernah berubah tetapi dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Dia harus jaga hati Datin Safa. Dengan Rayyan berkelakuan begini padanya akan buat Datin Safa lebih marahkan Dina.
Telefon kembali diletakkan di tepi dan dia masuk ke dalam tandas untuk bersiap ke pejabat.
Hari ini, dia memakai slek berwarna hitam. Begitu juga dengan blouse yang sudah dituck-inkan ke dalam seluar. Dia sedang datang bulan, senang kalau terjadi apa-apa sekurang-kurangnya pakaian dia tak menampakkan kesan.
Rambut ikal berwarna perang aslinya diikat menjadi ekor kuda. Wajah ditacap dengan solekkan paling minimal. Gris Dior disemburkan ke tubuh dan dia siap.
Beg tangan Chanel miliknya diambil dan dia turun ke bawah. Seperti yang dipesan Rayyan, Dina terus ke dapur untuk menikmati sarapan – toast diapit dengan ayam panggang. Tiga suapan, seleranya hilang. Bungkusan dari restoran Ben itu ditutup kembali dan makanannya dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Beg tangan kembali dicapai dan dia terus berlalu ke tempat kerja.
•••
JAM enam petang, seperti rutin kebiasaanya. Dia ke kubur mama dan papa. Yassin dibaca dan seusai itu seseorang menyapanya.
"Boleh saya duduk?"
Dina angkat kepala untuk melihat gerangan manusia yang menegurnya.
Lelaki tempoh hari.
Dina gelengkan kepala. Dia mahu sendiri sekarang, lagipun tak ada alasan lelaki itu perlu duduk dengannya. Mereka bukannya kenal satu sama lain. Setakat payungkan Dina dalam hujan tempoh hari, tak jadi kerak pun.
Tahu-tahu, tempat di sebelahnya sudah terisi.
"Awak nak apa? Saya tak suka duduk dengan orang yang saya tak kenal,"