BERHENTI sahaja di hadapan rumah, waktu telah memasuki jam 10 malam. "Thank you Abang Harraz dan Kak Dila. Si kecil ni juga," wajah Ilisya yang sedang tidur didalam baby car seat diusap halus tanpa menggerakkan Ilisya yang sedang lena.
"Sama-sama, esok nak abang jemput tak?"
Laju Dina gelengkan kepala. "Dina boleh drive, office dengan rumah kan dekat je,"
"Okey, kalau ada apa-apa call abang tau?"
"Baiklah, bye abang and akak,"
"Bye," sahut Kak Dila dengan senyuman.
Dina keluar dari kereta dan berikan lambaian terakhir. Sebelum kereta Abang Harraz meluncur keluar, dia masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu terlebih dahulu. Tak berani nak keluar waktu sendirian.
Tempoh hari pun, dia terdesak sebab tangannya terkena pasu. Dia tak fikir langsung tentang apa-apa bahaya ketika itu.
Sejak lima hari lalu, dia memang tak akan buka pintu selepas waktu senja. Lagi-lagi bila hari dah gelap. Dia baru sahaja pulang, sedikit sebanyak ada rasa takut menyelubungi.
Dina berjalan menuju ke dapur, peti ais dibuka untuk mengambil sebotol air memandangkan bekalan air di dalam bilik sudah habis malam tadi. Tatkala matanya terpandang isi didalam peti sejuk, dia terjeda seketika.
Kening berkerut.
Penuh.
Sedangkan sebelum ini peti sejuknya cuma ada sekotak susu segar, telur, beberapa jenis sayuran dan jem strawberry yang dia sempat beli bersama Ines lima hari lalu. Wajah Dina semakin berkerut. Peti ais bahagian beku pula ditarik buka, penuh juga. Ada banyak jenis lauk. Peti sejuk ditutup.
Kabinet dibuka, juga penuh dengan bahan-bahan masakan dan beberapa kotak cereal.
Siapa yang penuhkan ruang-ruang itu?
Tak mahu berfikir banyak, Dina letakkan beg tangan diatas kitchen island. Telefon dikeluarkan. Nama Ines dicari.
Tit... tit...
Drap!
Tubuh Dina tersentak dan mata dia pantas membulat. Telefon yang melekat di sisi wajah diturunkan saat telinganya menangkap bunyi asing didalam rumah itu.
Drap!
Tangan Dina naik ke dada. Jantungnya berdegup semakin kuat. Sambil mata meliar mencari dari mana bunyi itu datang, telefon dipandang sekilas mengharapkan panggilannya dijawab oleh Ines.
Panggilan dari Ines dimatikan dan dia mula mengedail talian kecemasan. Bersedia untuk apa-apa kemungkinan.
Dina keluar dari ruang dapur. Memori tujuh tahun dulu mula memenuhi ruang fikiran. Dadanya terasa lemas. Pintu bilik yang pernah dihuni Kak Sara dipandang.
Drap!
Ya, bunyi itu hadir dari dalam sana.
Semakin kuat degupan jantung Dina. Dia benar-benar rasa tak selamat saat ini.
Dia kembali ke dapur, beg tangan diambil dengan terburu-buru dan dengan langkah laju dia terus menuju kembali ke pintu utama. Dia harus keluar dahulu sebelum apa-apa yang buruk berlaku pada dirinya.
Tangannya yang sudah berpeluh hebat kembali membuka kekunci telefon dan seinci sebelum ibu jarinya bertemu dengan butang call, namanya diseru.
"Dina..."
Drastik tubuh dipusingkan. Melihat wajah manusia yang sedang berdiri dihadapan pintu bilik Kak Sara, serta merta satu tekanan yang luar biasa hilang begitu sahaja.