Bab 24

3.7K 357 70
                                    

   SUASANA makan malam itu sunyi. Entah kenapa, sejak perbalahan dia dengan mamanya tentang isu Dina mereka kurang bercakap sekarang.

Rayyan sendiri tak tahu apa yang dia buat. Rasa bersalah sebab keruhkan keadaan dengan mama sendiri tapi dalam masa yang sama dia tak boleh biar mama memandang buruk orang yang tak bersalah.

Satu minggu sejak kejadian itu. Sampai sekarang juga, papanya masih belum tahu isu itu. Baiklah terus begini, Rayyan tak mahu papanya pula memandang keruh kearah Dina.

Bunyi kerusi bergerak menarik perhatian Rayyan.

"Sayang," seru papa.

Langkah Datin Safa terhenti.

"Dah banyak hari I perasan. Ada masalah yang you fikirkan ke?" Lembut bahasanya.

"Tak ada apa-apa."

"Kalau tak ada apa-apa kenapa setiap kali kita makan mesti you kena bangun dulu? You tak banyak cakap dan tak ceria macam selalu,"

Datin Safa kembali duduk. Nafas dihela berat.

"Ada yang ganggu fikiran you?"

Rayyan juga memandang mamanya. Menanti jawapan meskipun dia sudah tahu kenapa mamanya begitu.

"Banyak. Banyak benda yang ganggu fikiran I." Wajah Rayyan dipandang sekilas sebelum dia pergi.

Rayyan tundukkan pandangan.

"Kenapa? Gaduh dengan mama?" soal Dato Zaqri kearah anaknya pula.

"Rayyan akan selesaikan masalah dengan mama,"

"Kenapa papa tak boleh tahu?"

"Bukan papa tak boleh tahu tapi better Rayyan settle sendiri kan? Hal kecil je,"

Dato Zaqri tersenyum kecil.

"Dina macam mana, pa?" Soal Rayyan. Seminggu ini juga Rayyan tak menjenguk Dina. Sejak kejadian minggu lalu dia jadi takut. Takut akan banyak hal dan fikirnya lebih baik begini, dia harus redakan amarah Qasya juga.

"Alhamdulillah, kesihatan dia makin baik. Nasib baik ada Ines, baik sangat budak tu,"

Wajah Rayyan bertukar tegang. Tiga hari lalu, dia terima panggilan dari Ines. Kata Ines, sebaik Dina discharge dari hospital dia akan bawa Dina pulang ke rumahnya dan dia akan jaga Dina.

Bukan itu sahaja, dalam panggilan itu juga, Ines beritahu dia sesuatu yang sangat besar. Rayyan tak akan percaya apa yang Ines katakan sebelum dia cari tahu sendiri sama ada ianya benar atau tidak... dan memikirkan kenyataannya sebelum bertemu jawapan, itu menyesakkan.

"Final week dah nak dekat kan? Papa harap masalah dengan mama taklah terlalu besar sampai jejaskan study," pesan Dato Zaqri kembali bawa dia ke perbualan tentang mamanya.

"InsyaAllah, pa. Semua akan okay,"

"Dina dah lama tak masuk kelas, papa risau dia tak dapat catch up dalam masa yang singkat." Tak hanya hal pembelajaran Rayyan, sekarang pembelajaran Dina pun adalah tanggungjawab dia. Dia adalah sejenis bapa yang berhubung dengan pihak universiti hanya untuk tahu perkembangan pembelajaran anak.

Hal lain dia boleh bagi kelonggaran tapi bukan bab pendidikan.

Rayyan tersenyum lagi. "Papa jangan risau, Dina budak pandai,"

"Iya?" Soal Dato Zaqri dengan riak bangga.

Rayyan anggukkan kepala. Setiap semester nama Dina mesti naik antara pelajar dean's list. Itu kata tak pandai? Walaupun masuk kelas bila dah nak masuk waktu tamat kelas.

Addiction Where stories live. Discover now