Bab 20

2.9K 358 43
                                    

          "BYE, drive safe sayang." Kepalanya diintaikan ke dalam cermin tingkap. Tangannya dilambaikan kearah Rayyan yang berada didalam kereta.

"You too. Pergi masuk,"

Qasya melambai tangan sekali lagi sebelum beredar ke pintu utama. Sebaik pagar rumah ditutup, sekali lagi tangan dilambaikan dan Rayyan terus memecut keretanya keluar dari perkarangan rumah Qasya.

Ikutkan hati nak berbalas lambai sampai esok pagi tapi tulah, waktu tak mengizinkan.

Telefon yang berada dipoket sisi pintu kereta dikeluarkan. Jam dilihat, 11:29 malam.

Agak-agak Dina dah tidur ke?

Bahagian WhatsApp dibuka, dibahagian paling atas ada lebih 500 perbualan dari satu group. Group apa lagi kalau bukan group dia dengan sahabat sejak celik mata.

Kurang satu jam tadi, tiga orang sahabatnya yang belajar diluar negara tiba di tanah air tercinta bagi cuti semester – Tengku Harith, Daniel dan Tengku Haiqarl. Sebab itu mereka rancang untuk jumpa malam ini ditempat biasa.

Mungkin dia orang terakhir yang akan tiba memandangkan malam ini dia ada hal yang sangat penting.

Group itu diabaikan, tak ada benda penting pun nak dibaca. Sekejap lagi dia akan bertemu muka-muka itu juga.

Mesej dia bersama Dina pula dibuka, last seen Dina adalah jam 1:22 petang tadi. Terus berkerut wajah Rayyan dibuatnya.

Satu petang adalah jam dia pulang dari rumah Dina. Takkan Dina tak buka telefon sejak dia pulang? Kalau Dina tak buka phone, apa yang dia buat?

Buat assingment? Mustahil tak buka WhatsApp langsung.

Kalau tak buat assignment, mungkin tidur. Tapi tak mungkin juga tidur selama itu sampai langsung tak buka WhatsApp. Laju jemari Rayyan menulis sebaris pertanyaan.

+ dah tido ke?

Telefon kembali dimatikan sebelum matanya kembali fokus pada jalan raya. Beberapa minit sahaja lagi sebelum dia tiba di lokasi teman-temannya berada.

Dalam dia fokus memandu, fikirannnya sibuk memikirkan Dina. Sekali sekala matanya jatuh pada telefon yang berada di kerusi sebelum menanti Dina menjawab mesejnya.

Seminit.

Empat minit.

Enam minit.

Lapan minit.

Tiba.

Sebaik kereta masuk ke dalam kotak parkir, telefon kembali dicapai dan chat bersama Dina dilihat lagi. Langsung tak ada tanda Dina akan baca pesannanya memandangkan last seen Dina juga tak berubah.

Apa dia sedang buat?

Dina suka buat dia risau begini. Sudahlah waktu dia pulang tadi perangai Dina tak macam biasa. Gadis itu seperti hilang dari dunia. Banyak benda yang dia tanya dan banyak juga yang Dina abaikan.

Dina nampak kosong dan hilang.

Tak mahu fikir banyak, Rayyan terus berfikir positif. Mungkin tidur. Enjin dimatikan dan Rayyan keluar dari kereta.

Masuk sahaja ke dalam kelab malam terkenal ditengah bandar Kuala Lumpur itu, dia terus menuju kearah lokasi rakan-rakannya berada.

Dari jauh, dia nampak Farris, Harith dan Daniel sedang berbual sakan sambil ketawa.

"Woi!"

Rayyan menoleh ke sisi dan wajah Tengku Haiqarl menyapa pandangan.

"Kalau ya pun..."

Addiction Where stories live. Discover now