"DINA dah makan?" Soal Aunty Safa kearah anak rakan karibnya, Dina.
Dina hanya tersenyum senget dan menggeleng sebelum pandangannya dihalakan ke tempat lain dan wajahnya dikibas-kibas menggunakan tangan.
"Panas dekat luar ni, jom masuk" ujar Aunty Safa bila melihat tindakan Dina. Sejujurnya, dia tidak gemar dengan perangai Dina tetapi memikirkan hubunga baiknya dengan ibu bapa Dina dan memikirkan jiwa muda Dina... Dia cuba fahami gadis itu. Biasalah, anak muda. Jiwa tengah nak memberontak.
"Dina nak makan, bibik dah masakkan makanan tengah har..."
"Tak apa, Dina tak lapar" pintas Dina acuh tak acuh.
Aunty Safa hanya mengangguk dengan senyuman. Kepalanya ditoleh kearah Rayyan yang baru turun dari tangga dan sudah menyalin baju biasa "Nak kemana tu?"
"Bola, ma" balasnya santai tanpa sedikit pun memandang Dina.
"Datin, ada panggilan dari telefon Datin" sampuk pembantu rumah bersama telefon milik Datin Safa yang tertinggal di dapur tadi. "Mama jawab fon dulu ya, hati-hati"
Telefon dicapai dan dia beredar.
"Rayyan," panggil Dina membuatkan Rayyan menoleh dengan wajah bersahaja.
"Kau nak pergi main bola habis aku macam mana?"
"Tinggallah sini"
"Kau dah bawa aku ke sini lepastu kau tinggalkan aku?" Soal Dina sambil mengangkat keningnya. Sudahlah pandai-pandai angkut dia kesini lepastu boleh buat bodoh aje dan tinggalkan dia? Dina sudahlah jenis tak selesa dengan orang luar.
"Habis kau nak ikut aku pergi main bola ke?" Soal Rayyan kembali sambil menyarung stoking berlambang Nike.
"Lain kali kalau dah tahu ada banyak benda nak buat tak payah pandai-pandai bawa aku datang sini..."
"Habis kau nak aku tinggalkan kau tepi jalan ke?"
"Aku lagi rela duduk tepi jalan dari rumah kau..."
"Jom!" Ajak Rayyan sambil menyarungkan selipar Adidasnya. Sebelah tangan mencapai duffle bag manakala sebelah lagi tangannya menarik tangan Dina supaya mengekorinya.
Dina yang belum sempat memproses tindakan Rayyan cuba melepaskan pegangan.
"Tak payah pegang-peganglah!"
Rayyan akur dan menolak tubuh Dina ke dalam keretanya. Sepanjang perjalanan, suasana sunyi sehinggalah sepuluh minit berlalu dan Rayyan tiba-tiba hentikan kereta ditepi jalan.
Dina memandang ke luar tingkap. Kiri dan kanannya ditebali hutan. Dia pernah cakap ke rumah Rayyan ni dalam kawasan yang dipenuhi hijau? Kalau menjerit pun yakin tak ada siapa yang dengar, nasib baik aje kawasan perumahan lelaki itu kawasan elit kalau tidak memang jadi tumpuan penyamun.
"Apahal kau berhenti sini?" Soal Dina.
"Kau kata nak aku tinggalkan tepi jalan kan? Turunlah apa lagi"
"Tak kelakarlah Rayyan! Hantar aku balik sekarang!" Marah Dina. Dalam marah, terselit besar rasa takut. Buatnya Rayyan benar-benar mahu tinggalkan dia ditepi jalan ini. Naya je! Sudahlah jalan bukan main sunyi.
"Siapa buat kelakar? Kau terhibur ke? Tak kan? Dah keluar, aku dah lambat" suruh Rayyan lagi. Butang tali pinggang keledar yang membelit tubuh ramping Dina ditanggalkan.
"Rayyan!" Pekik Dina sambil menahan tangan Rayyan dari terus menanggalkan tali pinggang keledarnya.
"Apa?"