Bab 10

3.5K 357 23
                                    

  "SENANG-SENANG nanti, datang lagi rumah aunty ya? Aunty suka orang datang rumah. Berseri je rasa rumah ni," ujar Aunty Safa kepada Qasya. Tiga jam Qasya dirumahnya, berbual panjang dengan gadis jelita itu buat dia rasa seperti ada anak perempuan. Kali ni, hati dia kuat meyakinkan yang Rayyan tak salah pilih pengarang jantung.

Segalanya tentang Qasya dia suka. Lemah lembut, pandai masak, dan ayu. Mulut ramah pula tu, tak sunyi dia dibuatnya. Ya Allah, semoga memang ini jodoh yang tepat buat Rayyan Haydeen. Datin Safa langsung tak rasa dia menilai terlalu awal. Apa yang dia lihat dari Qasya jelas semulajadi dari gadis itu dan tak dibuat-buat.

Kalau Qasya menantunya, dialah ibu mentua yang paling bahagia. Dia restu seratus peratus.

"InsyaAllah, Aunty. Terima kasih sebab sudi masak lauk banyak-banyak macam tu. Sedap sangat Aunty masak. Kalau aunty sudi, jemput datang ke rumah Qasya juga ya,"

"InsyaAllah"

Tangan Datin Safa Qasya salam dan mereka berlaga pipi.

"Mama, Yan hantar Qasya balik sekejap ya," laju Datin Safa angguk kepala. Dah lewat malam, ada baiknya Rayyan hantar gadis itu pulang. Bahaya.

"Bye Aunty," dengan lambaian terakhir, kereta yang dipandu Rayyan terus hilang dipandu lelaki itu membelah kegelapan malam.

"Aunty, Dina ingat Dina pun nak baliklah," ujar Dina yang baru muncul didepan pintu. Tadi Dina ke tandas sebab itu sekarang baru dia muncul.

Mata Datin Safa terus ke arah dinding rumah. Jam menunjukkan angka 11:31 malam. "Dina tidur sini aje malam ni," ajak Datin Safa lembut. Tadi Dina datang dengan Rayyan, sekarang Rayyan pergi hantar Qasya pulang macam mana Dina nak pulang pula?

"Eh tak apa aunty. Dina banyak assignment dekat rumah nak siapkan,"

"Macam mana Dina nak balik? Driver tak ada hantar uncle pergi airport,"

"Dina boleh je call grab,"

"Bahaya. Sekarang grab tu dah macam-macam kes..."

"Tak adalah Aunty. InsyaAllah okey je. Tak semua orang ada niat jahat," balas Dina. Dia malas mahu tinggal di rumah orang sebenarnya, rasa tak bebas. Lagi-lagi rumah Rayyan.

Datin Safa melepaskan nafas berat. Nak dipaksa lebih-lebih dia tak mahu Dina jadi tak selesa dengannya.

"Apa kata kita tunggu Rayyan balik then Aunty minta dia hantar Dina?" cadang Datin Safa.

"Tak nak lah Dina susahkan dia. Mesti penat dah hantar Qasya kena hantar Dina pula. Tak apa aunty, Dina okey. Apa-apa nanti Dina call je aunty," pujuk Dina.

Pin! Pin!

Hon kereta yang baru berhenti digerbang rumah mewah itu menghentikan perbualan mereka.

"Lah, Dina dah call grab?"

Dina mengangguk. Senang, pasti Aunty Safa tak ada pilihan selain izinkan dia pulang. Penat juga nak berbalas kata dengan wanita awal 50an itu.

"Dina balik dulu ya, Aunty. Terima kasih untuk dinner malam ni,"

Datin Safa hanya mengangguk mengalah. Memang dia tak ada peluang untuk buat Dina tidur disini malam ini. Bukannya apa, dia risau. Sudahlah Dina perempuan. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Apa-apa call aunty okey?"

Dina angguk setuju dan beredar.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, matanya terus dipejam dan nafas dilepas berat. Ini kali terakhir dia akan akur dengan permintaan Rayyan untuk makan bersama keluarga di rumah Rayyan. Sumpah, dia tak pernah rasa sejanggal ini bersama manusia. Benci Rayyan.

Addiction Where stories live. Discover now