RAYYAN dari mana?"
Rayyan yang baru keluar dari perut kereta terus menoleh kearah suara yang menyapanya. Wajahnya terus tersenyum.
"Ey!" Laju dia menghampiri Iryana yang sedang berdiri dihadapan pintu utama rumah.
"Kakak bila sampai?" soalnya tanpa membalas soalan si kakak. Sejak ulangtahun Datin Safa beberapa bulan lalu kakaknya terus pulang ke negara dia, suami dan puteri tunggal mereka bermastautin. Thailand.
Selalunya kalau akan pulang, Iryana pasti akan beritahu awal. Nak buat surprise lah tu!
"Pagi tad..."
"Rayyan dari mana?" Soal satu lagi suara memintas bicara Rayyan mengulangi soalan Iryana yang tak terterjawab.
Rayyan pandang pula wajah mamanya yang serius. Wanita itu sedang berdiri sambil menyilangkan tangan didada.
Kenapa pula ni?
"Dari jumpa Dina,"
"Kenapa pergi rumah dia? Bukan pagi ni ada kelas?"
"Cancelled ma. Kelas hari ni semua cancel." Dia tipu, hari ini semua kelas berjalan seperti biasa tapi telinganya tak bersedia nak hadap bebel mama. Kenapa dia tak pergi kelas? Dina nak jaga Dina. Ini pun dia balik sekejap aje, lepas ni dia mahu ke rumah Dina kembali.
Dina halang dia datang tapi kerisauan dia pada Dina halang dia dari akur dengan kata-kata Dina.
"Mama dah tak nak Rayyan dekat lagi dengan Dina."
Mendengar sebaris nama itu, Datin Safa melepaskan nafas berat. Tak sampai satu jam sejak ibu saudara Dina, Rina datang membawa berita yang sangat tak boleh terima dek akal dan mengecewakan. Sekarang, Rayyan pula balik dari berjumpa perempuan itu.
Hatinya dihuni risau.
Dia tak sangka Dina seteruk itu. Dari dulu dia tahu Dina bermasalah. Ada aje hal yang dia nak timbulkan. Kalau bertemu dengan dia pun, banyak yang dia tak berkenan dari yang dia berkenan dengan perangai Dina tapi dia diamkan sebab hubungan dia dengan keluarga Dina memang baik. Dengan mudah dia fikir, budak baru nak mengenal dunia, biasalah tu memberontak.
Tapi bila dah jadi sampai ke tahap ini, dia tak sangka teruknya Dina sehingga sanggup buat benda yang terkutuk.
Mana pergi rasa hormat, malu dan maruah gadis itu kalau dia sanggup buat hal pada bapa saudaranya sendiri?
Memang dia percaya bulat-bulat yang diceritakan Rina tadi, tak mungkin ibu saudara dia sendiri nak burukkan dia. Lagipun, lihat pada perangai Dina dia tahu benda itu tak mustahil walaupun sukar untuk dipercayai.
Fikirnya, lepas kematian Nizam dan Jasmine, Dina akan berubah. Malah, dia sendiri nampak Dina tak seperti dulu. Dina tak keluar malam seperti yang dia selalu dengar waktu Nizam dan Jasmine ada dulu, Dina tak bergaduh di kampus, Dina tak ponteng kelas dan Dina tak buat kecoh dimana-mana.
Rupanya itu semua hanya satu penipuan.
Kini, Rayyan sangat dekat dengan Dina dan itu cukup merisaukannya. Rayyan dekat dengan Dina lebih dari Rayyan dekat dengan Qasya.
Lihatlah sekarang, dari pagi keluar dah masuk tengah hari baru balik? Bila ditanya ternyata dia ke rumah Dina. Apa dia buat dekat rumah Dina lama-lama? Rumah Dina tu kosong pasti cuma ada mereka berdua.
Apa yang mereka buat berdua? Tak mungkin hanya berbual kosong.
Astaghfirullah halazim!
Dia bukan tak percayakan Rayyan tapi dia tak percayakan Dina. Kalau Hadi pun Dina boleh goda apatah lagi Rayyan yang muda.