Bab 28

2.3K 373 55
                                    

              DINA berteleku di hadapan kubur mama dan papanya. Air mata yang sedari tadi tak berhenti mengalir dikesat. Bukan menangis kerana malang hidupnya kini, tetapi menangis kerana dia tahu papa dan mama tak akan terima masalah yang dia dah buat jika kedua-dua mereka masih hidup.

"Dina minta maaf kalau apa yang Dina buat melampau, ma. Dina minta maaf sebab buat Aunty Safa bencikan Dina. Dina minta maaf sebab dah buat Uncle Ri kecewa dengan Dina. Dina minta maaf sebab dah malukan mama dan papa dengan perangai Dina. Mama mesti marah sangat-sangat dekat Dina sekarang, kan?"

Air mata dikesat lagi. Dia benci menangis begini. Dia yang pilih untuk lakukan onar yang dia telah lakukan jadi dia tak mahu menangis. Tapi tak mudah untuk dia tahan air mata bila bayangan kekecewaan mama dan papa sentiasa muncul.

"Tapi sakit, ma." Suaranya kembali pecah. Wajahnya dijatuhkan diatas lutut.

"Dina sakit dengan semua benda yang jadi dalam hidup Dina. Dina sakit, pa. Dina bencikan dia orang sangat-sangat." Tangan kirinya digenggamkan ke dada yang mulai terasa ketat.

"Dina nak pergi..." bisiknya.

"Jauh-jauh..."

"Dina nak minta izin dari mama dan papa untuk pergi. Dina minta maaf sebab tak dapat datang sini lagi lepas ni. Dina dah tak nak menyusahkan sesiapa,"

"Dina sayang mama dan papa sangat-sangat. Dina janji yang Dina tak akan berhenti berdoa untuk mama dan papa,"

Sedang leka dia disitu, guruh berdentum di dada langit tanda hari akan hujan. Tidak begitu lama, setitik demi setitik air jatuh membasahi kulitnya.

Dina dongakkan kepala, dia tarik senyum dan pejamkan mata. "Kenapa hari selalu hujan setiap kali Dina datang sini?" Soalnya sendiri.

Nisan papa dan mamanya diusap sambil senyuman dipaksakan.

"Mama dengan papa doakan Dina ya. Dina minta maaf..."

Dina akhirnya bangkit, salam terakhir dia ucapkan pada mama dan papanya sebelum dia berlalu pergi.

•••

LOCENG rumah ditekan. Seminit berlalu, masih tiada tanda pintu akan dibuka. Memang mustahil Dina akan buka pintu untuk dia. Kunci yang sudah sedia didalam tangan dimasukkan ke lubang kunci. Sambil tangannya membuka pintu, nafas diatur bagi menenangkan jiwa. Mengenangkan pertelingkahan dengan Dina malam tadi, memang tak patut. Sudahlah tu, dia keluar dan langsung tak balik sehingga pagi ini.

"Assalamualaikum," ucapnya sambil melangkah masuk. Mata terus meliar ke seluruh ruang rumah. Kosong.

"Dina," serunya.

Tangga dinaiki untuk ke bilik Dina. Tiba sahaja dia dihadapan pintu bilik itu, pintu diketuk.

"Dina, kau kat dalam? Kau dah makan?" soalnya perlahan. Api tak boleh dibalas dengan api, dia akan jadi air. Dia sentiasa akan jadi air buat Dina.

Pintu bilik itu diketuk lagi bila tiada sahutan dari dalam. Rayyan pejamkan mata. "Dina, aku minta maaf. Bukan pintu ni please,"

Tiba-tiba bayangan Dina terlantar diatas katil biliknya dengan keadaan yang sangat meruntuhkan jiwa kembali muncul di ingatan menjalarkan rasa hangat ke seluruh tubuh. Jantungnya mula berdegup tidak tenang.

"Dina?"

Tak mampu menunggu lama, tombol pintu bilik Dina dipulas dan pintu itu terbuka. Tak berkunci.

"Dina, aku masuk ni,"

"Dina!"

Mata Rayyan jatuh pada katil milik Dina kosong tidak berpenghuni. Malah, cadar katil itu bersih dan sudah dikemaskan. Laju langkah Rayyan menuju kearah tandas pula, tanpa banyak fikir tombol pintu tandas itu juga dipulas buka. Juga tak berkunci dan tandas itu gelap.

"Dina?!" Makin kuat suaranya menyeru sebaris nama itu. Dadanya sudah terasa mahu pecah membayangkan hal yang buruk-buruk berlaku. Kemana Dina? Keretanya ada di luar tetapi Dina tiada dimana-mana.

Rayyan keluar dari bilik itu dan berjalan pantas ke bilik orang tua Dina. Sama seperti tadi bilik itu kosong dan gelap. Tangga kembali dituruni dan dia bergerak ke dapur.

"Dina tolonglah jangan main-main, Dina. Aku minta maaf kalau kau masih marahkan aku tentang semalam."

Seketika, telefon bimbit yang berada didalam poket seluar dikeluarkan. Nombor Dina didail lagi namun hampa bila jawapannya masih sama.

Nombor Dina tiada dalam perkhidmatan. Bukan hanya tidak menjawab panggilan tetapi nombor Dina sudah tiada dalam perkhidmatan.

Nombor Ines pula didail. Sekali, panggilannya tidak dijawab.

Rayyan mundar mandir di ruang tamu itu. Dia betul-betul tak boleh bertenang sekarang.

Dua kali. "Hello Rayyan?"

"Ines, Dina ada dengan kau? Kenapa dia matikan telefon? Kenapa dia keluar tak bagitahu aku? Kalau ada tolong bagi aku cakap dengan dia sekejap?"

"Dina tak ada dengan aku,"

"Dia ada bagitahu dia ke mana?"

"Tak ada. Aku ada call dia, dia tak jawab juga. Aku fikir dia dengan kau,"

Kaki Rayyan terasa melemah. "Dekat mana aku nak cari dia, Ines? Tolonglah, aku risau sangat,"

"Kau dah cari dekat kubur mama dan papa dia? Dia selalu ke sana?"

Laju Rayyan berlalu ke luar rumah. "Okay baik, aku call kau balik Ines."

"Okay, please call aku balik kalau kau dah jumpa dia."

Panggilan dimatikan. Dengan selaju mungkin, keretanya dipandu ke tanah perkuburan Aunty Jasmine dan Uncle Nizam. Tiba di lokasi selepas 10 minit memandu, terus dia keluar dari kereta dan menuju ke kawasan kubur.

Semakin dia mendekat dengan kubur pasangan itu, semakin perlahan langkahnya yang tadi sangat laju tatkala mata terjatuh pada jambangan bunga yang masih segar di atas kubur kedua-dua pasangan itu.

Rayyan liarkan pandangan ke sekeliling. Sepi. Mata kembali dijatuhkan ke tanah. Berkerut wajah saat mata mula memandang sesuatu yang diletakkan diatas sisi batu kubur itu. Rahangnya diketap.

Cincin.

Cincin perkahwinan mereka. Dia ambil cincin itu. Ya, memang cincin yang sama dia sarungkan ke jari Dina dua hari lalu.

Kepalanya jatuh sambil cincin didalam tangan digenggam kuat.

Dina...

"Kenapa buat aku macam ini, Dina?"

Sekelip mata... gadis itu hilang darinya.

tbc

chapter paling pendek! nikmatin aja!

Love, Rose

Addiction Where stories live. Discover now