TAK lepas wajah Dina yang pucat lesi ditatap. Entah berapa jam berlalu dia dah tak tahu yang dia tahu dah terlalu lama Dina tak sedarkan diri dan dia kekal disini memandang Dina.
Doktor sahkan yang Dina ambil ubat tidur secara berlebihan. Setiap kali teringkatkan hal itu, Rayyan rasa nak marah. Marah sangat pada Dina.
Macam mana Dina boleh sampai ke tahap ini? Ini bukan Dina yang dia kenal dulu. Dina yang dulu kuat, tak kisah apa yang datang padanya semua ditangani dengan mudah dan ikut hatinya. Dia tak lemah begini.
"Kenapa suka buat aku risau, Dina?" Soalnya sendiri. Jantungnya yang sedari tadi berdegup kencang belum reda rancaknya. Rasa takut yang dia saat melihat Dina terbujur kaku diatas katil dengan keadaan yang dia tak sanggup lihat masih tersisa.
Macam mana kalau dia lambat?
Macam mana kalau Dina mati?
Rayyan pejamkan mata, sakit dadanya mengenangkan hal itu.
Walaupun Dina dan dia tak pernah tergolong dalam golongan kawan antara satu sama lain, tak pernah terdetik pun dia nak Dina hilang dari depan matanya. Dia mahu mereka terus begini. Dia nampak Dina dan Dina nampak dia. Dia nak Dina tahu yang dia ada dan tak akan kemana-mana.
Tangan Dina yang sejuk digenggam. "Kenapa kau buat macam ni Dina? Tolonglah jangan buat aku macam ni. Buka mata kau, pandang aku. Kenapa kau tak kuat macam Dina yang aku kenal dulu?" Soal Rayyan sendiri sambil dahinya dijatuhkan pada belakang tangan Dina.
"Kenapa kau nak bunuh diri?" Kali ini soalannya hanya terlepas dalam bisik.
"Risiko besar untuk kematian..."
Dalam banyak-banyak yang diberitahu doktor tadi, hanya itu yang kekal didalam kepalanya. Berulang-ulang. Macam mana kalau Dina betul-betul mati?
"Aku tak akan maafkan diri aku kalau apa-apa jadi pada kau, Dina." Kepalanya diangkat. Wajah lesu Dina kembali ditatap.
"Aku tak akan biarkan kau mati di tangan kau sendiri, Dina. Aku janji."
•••
"BIARLAH dia tidur, yang kau dengki nak kejut dia dah kenapa?!" Marah satu suara dalam bisik buat Rayyan terjaga dari lena.
Kepala diangkat dan diputarkan seratus darjah ke kanan. Ada Tengku Haiqarl dengan wajah yang berkerut, ada Tengku Harith yang sedang garu kepala, ada Farris yang sedang memandang simpati kearah Dina. Tak peduli perihal rakan-rakannya dan ada Daniel yang paling hampir dengan dia sambil tersenyum nakal. Manusia ini lah yang dimarahi si wajah berkerut itu agaknya.
"Apahal kau dengki dengan aku?" Soal Rayyan khas buat Daniel, mengulangi ayat Tengku Haiqarl.
"Tak dengki. Aku nak suruh kau tidur atas sofa. Selesa. Nah." Neck pillow diserahkan pada Rayyan.
"Kau siap beli bantal,"
"Taklah, itu aku punya. Melekat lagi air liur basi aku dekat situ,"
Terus Rayyan tepis bantal yang sudah dekat dengan wajahnya itu.
"Eh siallah kau ni!" maki Daniel. Hilang terus senyuman di wajahnya. Bantal dikutip dari lantai. Dia tipu aje, bantal itu dia baru beli tadi. Tak pasal-pasal lantai rasmi dulu.
Rayyan buat muka jengkel dan bangkit dari kerusi. Dia pusingkan tubuh untuk ke belakang dan beri ruang pada rakan-rakannya untuk melihat Dina dan sebaik tubuhnya melepasi Daniel, laju dia melabuhkan satu ciuman di pipi Daniel.
Cup!
"Eih! Jijiklah siaphh...!" Maki Daniel tidak habis bila mulutnya ditekup dari arah belakang oleh Tengku Harith.