MASUK sahaja waktu pagi, Dina terus capai kunci kereta Rayyan dan keluar dari rumah itu. Sedar diri kurang ajar, bukan sahaja Aunty Safa malah Uncle Zaqri pun tak disalam. Dia akan terus buat begini sampai saat dia pergi dari keluarga ini nanti.
"Kenapa tak salam mama dan papa dulu?" Soal Rayyan mendatar.
"Dia orang pun tak nak lah tangan jijik aku ni sentuh tangan dia orang."
"Dina, boleh tak jangan cakap macam itu?"
"Tak boleh sebab aku tahu itu kenyataanya. Kau je manusia bodoh yang tak terima kenyataan dan ambil perempuan sial macam aku ni jadi isteri kau."
Rayyan tidak membalas namun rahanya diketap kuat mendengar kata-kata Dina. Hatinya sakit. Dia benci bila Dina berkata begitu pada diri sendiri. Dia kenal Dina. Dia kenal Dina lebih dari wanita itu kenal dirinya sendiri.
Tiba sahaja di banglo dua tingkat milik keluarga Dina, Dina terus keluar dari kereta dan menonong masuk ke dalam rumah. Rayyan ditinggalkan begitu sahaja.
Rayyan bukannya tak tahu selok belok dalam rumah ini. Malah, kunci rumah ini pun Rayyan ada.
Masuk sahaja ke dalam bilik, tubuh dihempaskam ke atas katil. Perbualan Rayyan dengan Aunty Safa di taman rumahnya semalam kembali bermain didalam kepalanya.
Sakit sangat. Tapi salah dia sendiri sebab buat dirinya jadi tetamu tak diundang di rumah Datin Safa. Tak, bukan salah dia. Salah Rayyan sebab dah menyusahkan dia dengan keputusan lelaki itu.
Jari yang tersarung cincin dipandang. "Kenapa kau degil sangat Rayyan? Apa yang kau nak buat sebenarnya? Kau nak aku mati ke baru kau tak sibuk dengan urusan hidup aku?" Soalnya sendiri. Penat begini.
Rancangan tak berhasil semuanya.
Dia ingat dengan cara ini dia akan diusir pergi, namun rancangan ini ibarat menjerat dirinya sendiri bila dia kembali dijerat dan kini jeratan ini terasa semakin menyempit.
Ruang dia dengan Rayyan, semakin kecil.
Dia dan Rayyan sudah jadi semakin dekat. Atas ikatan perkahwinan ini. Sekarang, Rayyan jadi semakin berhak keatas dirinya disebabkan status mereka. Lagi dia nak Rayyan jauh, lagi Rayyan jadi dekat.
Semua ini tak akan kekal.
Itu janji Dina pada diri sendiri.
"Dina?"
Dina buka mata. Wajah Rayyan yang dekat dengannya dipandang sebelum wajahnya berkerut. Terus tubuh ditegakkan dan sekeliling dipandang.
Sudah malam?
Bila dia tidur?
"Jom makan, aku ada oder makanan tadi," ajak Rayyan lembut.
"Kau pergilah makan, aku tak lapar." Dia menolak bahu Rayyan sambil dia bergerak untuk turun dari katil. Tidur dalam jangka masa yang lama buat kepalanya jadi sakit. Bukan itu sahaja. Dadanya juga jadi berdebar kuat buat dia rasa mual.
"Mana boleh tak lapar. Kau tak makan dari pagi kut..."
"Rayyan kalau kau nak makan, pergi je makan. Aku tak nak makan."
"Kalau macam itu aku pun tak makanlah."
"Pergi lah makan, karang mama kau tuduh aku sekat tekak kau pula. Tak pasal-pasal dia tuduh aku nak bunuh anak dia..."
"Dina." Seru Rayyan memberi amaran. Wajahnya yang tadi bersahaja mula berubah serius.
Dina tidak membalas. Dia terus melangkah ke tandas.
"Aku tunggu dekat sini. Aku nak kau makan juga atau aku sendiri sumbat makanan tu dalam mulut kau. Pakai mulut aku, kau suka kan cara tu?"
Tidak mahu mengendahkan, Dina terus menghempas pintu tandas. Dia tahu Rayyan sengaja cakap begitu untuk buat dia marah.
Selesai membersihkan diri, tahu-tahu dia sudah duduk diatas kerusi meja makan. Wajahnya kosong namun hatinya terasa meruntuh. Hidangan diatas meja dipandang. Setiap satunya.
Sakit dan marah bercampur baur menjadi satu. Dadanya yang tadi berombak tenang makin lama makin kuat menahan rasa berat didalam dada. Tangan yang berada diatas riba digenggam sesama sendiri dengan kuat. Matanya masih tak lari dari memandang makanan di atas meja.
"Jemput makan, papa kau pernah cakap sup ayam ni kegemaran kau..."
Air mata Dina jatuh.
"Dina..."
"Kenapa kau buat semua ni, Rayyan?" Pintas Dina tidak mahu dengar bicara Rayyan.
"Hm?" Lelaki itu yang sedang memasukkan lauk didalam pinggannya terus berhenti bergerak dan memandang Dina.
"Kenapa menangis ni?" soal lelaki itu berubah risau. Baru sejam tadi Dina ajak dia bertekak sekarang gadis itu menangis pula. Dina nak datang bulan ke?
"Kenapa kau buat semua ni? Apa kau dapat bila kau buat baik dengan aku? Kenapa kau sanggup tinggalkan kekasih kau sendiri semata-mata nak kahwin dengan perempuan macam aku? Kenapa kau ketepikan mama kau untuk perempuan macam aku, Rayyan?"
Rayyan tidak segera menjawab. Sudu ditangan diletakkan diatas pinggan. Selera makan hilang walaupun perutnya cukup lapar.
"Perempuan yang macam mana eh?" Soalnya mula geram. Dia paling benci perbualan begini. Rasanya dah banyak kali dia pesan pada Dina untuk jangan persoalkan kebaikan dia. Dah banyak kali juga dia pesan pada Dina untuk berhenti hina diri sendiri.
"Perempuan yang nak rogol pakcik tiri dia sendiri! Yang hina, yang jijik, yang sial, yang malang macam aku ni!" Dina mula tinggikan suara. Setiap kali Rayyan buat baik dengan dia, setiap kali itulah bencinya pada Rayyan jadi semakin menggila.
Apa niat Rayyan sebenarnya?
"Dah puas hina diri sendiri?"
"Jawab soalan akulah, bodoh!"
"Sebab aku sayangkan kaulah, bodoh! Sebab aku tak nak kau hilang dari depan mata aku. Aku takut apa-apa jadi pada kau dan aku akan salahkan diri aku!"
Suasana sunyi seketika.
Dina memandang wajah Rayyan dengan pandangan tidak percaya.
Seketika, dia tertawa kecil.
"Itu benda paling bodoh aku pernah dengar, Rayyan. Aku tak tahu apa ada dalam kepala kau. Mungkin kau ada muslihat pada aku sampai kau sanggup cakap benda yang mengarut tu. Tapi satu aku nak bagitahu kau, Rayyan... aku lagi rela mati dari hidup dengan kau."
"Dina..." suara Rayyan runtuh. Dia tak harapkan Dina untuk terima dia dalam masa yang singkat tapi dia juga tak pernah jangka kata-kata yang menyakitkan itu akan keluar dari mulut Dina.
Mati berbanding hidup dengan dia?
Dia, lebih rela mati dari tiada Dina dalam hidupnya. Itu yang dia rasa.
"Apa?"
"Kenapa kau macam ni dengan aku? Kenapa kau benci sangat pada aku?"
"Kau tanya diri kau sendiri lah Rayyan! Kenapa aku macam ini! Semua yang jadi pada aku ni semua sebab kau! Kau tu... kenapa kau macam ini dengan aku?! Apa yang kau tak puas hati? Kau memang nak aku terseksa ke Rayyan? Lepas satu... satu masalah muncul dalam hidup aku! Aku benci kau, Rayyan! Sampai aku mampus pun aku benci kau!" Air mata Dina gugur bersama kata-kata itu. Kata-kata yang meluncur perlahan namun sangat keras dan penuh amarah.
Semua yang berlaku sejak hari mama dan papa meninggal muncul di ruang fikiran. Sumpah, dia rasa seperti mahu mati sahaja.
Mama Rina.
Papa Hadi.
Aunty Safa.
Uncle Zaqri.
Dan... Rayyan.
Dia benci semuanya.
"Ya, semua salah aku, Dina. Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab aku tak mampu tengok kau sakit. Aku minta maaf sebab aku risaukan kau lebih dari sesiapa dekat dunia ni. Aku minta maaf sebab aku fikir kau tak boleh teruskan semuanya tanpa aku."
Rayyan bangkit, kunci kereta dicapai dan dia pergi.
Kini, segalanya berakhir di situ. Detik itu.
tbc
bye bye rayyan dina.
Love, Rose