Bab 18

2.9K 370 19
                                    

          "THANK YOU INES." Dina melangkah keluar dari kereta Ines. Suasana sudah gelap. Dari tamat waktu kolej sampai 30 minit lepas dia berehat dirumah Ines. Nak kemana-mana rasa tak larat tapi nak balik rumah mama Rina jugak rasa tak mahu.

Itu yang Ines pelawa untuk berehat dirumahnya.

Lepas puas berehat, siapkan assignment dan bersihkan diri baru dia pulang. Jam tepat menunjukkan angka sebelas malam, pasti semua sudah tidur sebab itu pun Dina pulang jam-jam begini.

"Masuk elok-elok," pesan Ines.

"Kau pun, jalan elok-elok." Sebaik kereta yang dipandu Ines hilang dari kawasan perkarangan rumah, Dina juga masuk ke dalam rumah.

Pintu dibuka menggunakan kunci pendua yang diberikan mama Rina. Katanya senang, betullah tu.

"Assalamualaikum." Pintu kembali ditutup  sekaligus menjadikan suasana yang tadi sedikit terang dengan lampu dari luar rumah kembali gelap gelita.

Prap!

Bunyi koyakkan kain mengisi kesunyian.

"Ah!"

Sekelip mata dia terjatuh diatas sesuatu yang agak lembut. Suasana jadi terang benderang serta merta dan suara Puteri memecah kesunyian malam.

"Ya Allah, Dina! Papa! Apa kau orang berdua buat ni ha?!" Tangannya dibawa menutup mulut. Tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Mama!"

"Mama! Tengok ni apa yang Dina dah buat dalam rumah kita?! Ya Allah! Astaghfirullah'halazim!"

"DINA!" suara mama Rina pula mula memetir dari arah tangga membuatkan Dina bangkit dengan kelam kabut.

Matanya terus jatuh pada sekujur tubuh yang berada dibawahnya tadi, papa Hadi. Lelaki itu tak berbaju dan sedang memandang dia dengan pandangan terkejut.

Dadanya terus rasa mahu pecah bila dia baru sedar akan situasi ini.

Tubuhnya pula dipandang, t-shirt yang dipinjamkan Ines sewaktu dia berehat di rumah rakannya tadi sudah terkoyak membuatkan bahagian hadapan tubuhnya terdedah. Didadanya juga ada kesan calar yang agak panjang dan dalam dek rentapan yang dia tak tahu dari siapa tadi.

"SIAL KAU!" Marah mama Rina sambil melulu kearah dia.

Pang!

Pipinya ditampar kuat oleh mama Rina. Kemudian, rambutnya yang terlepas pula ditarik.

"Mama Rina! Sakit!" Rambutnya terasa mahu tertanggal dari kulit kepala. Air mata yang entah bila bertakung mula mengalir di tubir mata.

"Apa kau buat ni ha?! Kau tahu tak dia siapa? DIA SUAMI AKU, DINA!" Semakin kuat direntap-rentap rambut Dina sambil sebelah tangannya memukul-mukul tubuh Dina. tangannya sendiri kebas namun pukulannya tidak dihentikan.

"Dina tak buat apa-apa mama Rina! Dina baru je balik!" ujar Dina tidak bersalah.

"Habis apa yang aku nampak tadi tu apa Dina?! Kau atas suami aku! Dengan baju kau yang dah rabak macam ni! Kau sedar tak apa kau buat ni Dina!" Makin kuat jeritan mama Rina mengisi ruang sunyi rumah.

"Dina tak tahu mama Rina. Dina tak buat!"

"Puteri nampak semuanya mama. Puteri nampak dia nak cium papa!" sampuk Puteri ketakutan.

"SIAL KAU DINA!" Jerit mama Rina seperti sudah kerasukan.

"Dia tipu!"

"Habis kau nak cakap suami aku yang nak rogol kau?! Kalau betul kenapa kau tak menjerit? Kenapa kau yang ada atas dia? Aku kenal suami aku, Dina!"

Addiction Where stories live. Discover now