DINA berjalan tenang menyusuri koridor yang agak lengang. Mata liarnya terhenti pada satu sosok tubuh. Qasya. Tanpa ingin rasa bertegur sapa, dia terus melepasi gadis seusianya itu.
Dina sedar, untuk orang yang dah tolong selamatkan dia dari diragut penjahat, dia tak patut bersikap begini. Tapi apa dia boleh buat? Sikapnya memang sombong begini sejak lahir. Ya, gadis bernama Qasya iaitu gadis igauan lelaki bernama Rayyan pernah menyelamatkan dia satu ketika dulu.
Kebetulan Qasya juga berada di kawasan kafe yang tidak jauh dari kampus mereka. Saat Dina ingin kembali ke kereta bersama secawan kopi, croissant dan beg duit ditangannya diragut lelaki bermotor. Tidak semena-mena Qasya yang berada sedikit depan darinya menendang lelaki diatas motor sehingga tergolek diatas jalan tar.
Lelaki yang masih tergolek itu terus dikarate sehingga merayu untuk dilepaskan. Jangan pegun sangat dengan kehebatan Qasya, bapa Qasya adalah seorang guru taekwando jadi tak pelik pun.
"Hai Dina?" sapa satu suara.
Dina menoleh. Seperti yang dia agak, Qasya. Senyuman kecil diberikan sebelum diberi isyarat tangan untuk ke kelas.
Qasya mengangguk dengan senyuman dan Dina kembali memusingkan kepala. Senyumannya mati serta merta dan wajah bosannya kembali menghiasi wajah.
Masuk sahaja ke dalam kelas, tempat disebelah Ines diduduki dan meja Ines dilihat. Ines sedang melihat video yang baru dieditnya semalaman untuk konten terbaru laman YouTubenya.
"Where is this?" soal Dina sambil matanya masih terpaku pada video yang sedang tertayang di dada Macbook Ines. Video pemandangan bumi asing yang sangat memegun mata Dina. Cantik.
"Verona, Italy."
"Tak sangka Verona secantik ni," puji Dina.
"Right, so do story behind this beautiful city... beautiful," ujar Ines. Baru berapa hari dia pulang dari Verona, Itali. Bau-bau negara itu juga masih terngiang di hidungnya. Rindu.
"Maksudnya?"
"Pernah tengok filem Romeo and Juliet?"
Dina menggeleng. Romantik? Memang tidaklah.
"You should watch. Then you will understand what I mean. Bila kau tengok movie tu dan kau pergi tempat the movie was set... the feeling is boom!" ujar Ines dengan senyuman. Dia maksudkan apa yang dia kata. Dia sejenis yang suka ambil tahu sejarah sesuatu negara sebelum dia ke negara tersebut. Tak kisahlah apa pun jenis sejarah itu. Jika sejarah berkaitan hal romantik, lebih dia suka. Dia akan menjiwai suasana itu.
Dina hanya mencebikkan bibir. Yelah tu.
"Nak tengok boleh?" pinta Dina dan Ines memusingkan sedikit komputer ribanya menghadap Dina. Dari awal video sehingga tamat tekun Dina melihat setiap isinya tanpa berkelip.
Memang indah. Nak dibandingian Verona, sepertinya bandar di Itali seperti Rome, Vanice dan Florence lebih tak lekang dikunjung pelancong. Tak sangka, bandar yang underrated begini pun ada hidden gems tersendiri.
Dan satu hal lagi yang dia sedari, tak sangka yang dia minat dengan pemandangan.
"Nice kan?"
Soalan Ines dibalas anggukan Dina. Memang nice, dia akan pergi satu hari nanti. Bapanya berduit, dia boleh pergi bila-bila masa aje yang dia mahu. Fikir Dina sendiri dengan sombong.
"Good morning, everyone." Ucapan daripada pensyarah lelaki yang baru masuk menarik perhatian Dina dan Ines. Terus komputer riba kembali ditolak pada tuan dan pandangan ditumpukan ke depan.
"Good morning, Dr." sahut seisi kelas. Dina memandang gadis-gadis didalam kelasnya. Dah agak, jarang budak perempuan dalam kelas ini seperti tak dipukau bila Dr. Iskandar masuk dan beri salam.
Soal rupa usah dibahaslah, kalau tak mengalahkan Kim Soo-Hyun bukan igauan para gadislah.
Ines disisi dipandang pula, macam biasa juga bagai sudah dicabut dari jiwa segala perasaan yang wujud dimuka bumi. Bersahaja.
"Inessa? Dah siap task yang saya bagi?"
Soalan Dr Iskandar yang bertuju khas untuk Ines membuatkan Dina memandang doktor muda itu dan Ines bersilih ganti.
Ines angguk kepala. Tubuhnya dipusingkan untuk mengambil sesuatu didalam beg lalu dia bangkit bersama buku kerja didalam tangan.
Dina mengangkat kening. Tak tahu pula kerja apa yang diberi Dr. Iskandar pada Ines. Tapi yang dia tahu pasti kerja itu diberi sewaktu Ines ke luar negara minggu lalu.
Begitulah Dr. Iskandar. Dia tak akan bagi student senang-senang cuti tanpa bawa sagu hati bersama berbentuk softcopy yang dah dia hantar melalui email.
Sebaik meletakkan kertas kerja diatas meja pensyarah, Ines berkata sesuatu yang hanya didengari pensyarah muda itu sehingga bertukar air wajahnya. Kepala diangguk-angguk dengan wajah yang sukar diduga. Matanya tepat memandang Ines sehinggalah Ines kembali memusingkan tubuh dan kembali ke tempat duduknya.
Hm suspicious. Dina pernah beritahu ke interaksi antara pelajar dan pensyarah ini bukan biasa? Ya, mereka sesuatu. Cara berbicara, cara memandang satu sama lain dan cara layanan Dr. Iskandar pada Ines.
Bukan seperti saling membenci. Cuma sesuatu.
Separuh waktu kelas berlangsung, penerangan lelaki berkemeja biru diatas pentas diganggu oleh satu gegaran telefon dari atas mejanya.
"Excuse me," dia mengangkat telefon dan bergerak sedikit ke belakang. Habis perbualan di telefon, Dr. Iskandar kembali memaling tubuh dan matanya tepat memandang kearah berdekatan Dina.
"He's looking at you," beritahu Ines.
Mana mungkin.
"Dengan kau je dia biasa pandang macam tu..." balas Dina.
"Irsya Medina," seru Dr. Iskandar membuatkan pandangan Dina tepat kearahnya lelaki itu. Mata Dr. Iskandar yang tadi besar mula jadi redup.
"Saya?"
Dr. Iskandar mengangguk kecil memberi isyarat supaya Dina datang kepadanya.
Sambil memandang kearah Ines dengan kerutan keliru, dia akur dan bangkit.
Tiba dihadapan penyarah itu, "Puan Danita minta awak ke pejabat dia sekarang,"
"Untuk apa?"
"Ada hal urgent yang dia nak beritahu,"
"Okay," jawab Dina. Semakin berkerut wajahnya memikirkan hal penting itu. Tidak semena-mena jantungnya berdegup laju. Kalau dah dipanggil berjumpa pensyarah ditengah-tengah sesi pembelajaran pasti ada sesuatu yang serius kan?
Langkah dibawa keluar dari dewan kuliah. Sambil melangkah kearah tempat yang dia harus tuju tangannya meraba-raba poket seluar mencari telefon bimbit.
Tiada. Lupa yang telefon bimbit diletakkan didalam beg.
Baru dia ingin membelok, tubuhnya dirempuh.
"Dina..." seru manusia yang baru merempuhnya. Rayyan. Wajah lelaki itu cemas dan dia tercungap-cungap. Tanpa mengendahkan Rayyan, Dina hanya menjeling dengan kerutan dan meneruskan langkah sehingga berhenti dihadapan pintu pejabat tertulis nama Danita binti Abdul Rahman.
Tok! Tok!
Pintu dipulas dan dia melangkah masuk. "Medina?" sapa Puan Danita.
"Ada benda saya nak beritahu awak tapi sebelum tu saya nak awak duduk dulu,"
Dina telan air liur. Kenapa suspen sangat keadaan sekarang ini sehinggakan Dina rasa semua yang ada disekelilingnya mula tenggelam? Ada apa-apa yang berlaku ke? Situasi ini buat dia cemas dalam tenang.
Dina duduk.
Puan Danita mula membuka bicara dan tamat sahaja bicara wanita lewat 50an itu, pandangan Dina terus jadi gelap.
Semoga ini mimpi.
tbc
Love, Rose