Flashback
"RAYYAN dari mana?" Soal suara Datin Safa dari hujung talian.
Rahang Dina sudah terketap kuat mendengar soalan itu. Dia mahu letakkan panggilan namun suara itu bantutkan tindakkannya.
"Dari jumpa Dina."
"Mama dah tak nak Rayyan dekat lagi dengan Dina." Arah Datin Safa serius. Sama seperti yang Datin Safa arahkan padanya kurang dua minit lalu.
"Apa mama cakap ni?" Soal Rayyan.
"Tadi ibu saudara Dina datang dan ceritakan benda terkutuk yang Dina dah buat dalam rumah dia,"
Mata Dina terpejam erat mendengar fitnah gila itu. Hatinya belum tenang dengan apa yang berlaku lewat malam tadi ditambah pula dengan yang ini. Kalau jeritan mampu membuktikan yang dia tak lakukan itu semua, Dina akan jerit sekuat hati. Sumpah pendam rasa ini didalam hati sangat menyakitkan.
"Dina orang yang tak baik. Mama tak suka dia,"
"Apa dia dah buat? Rayyan percaya dia orang yang baik," sambung Rayyan.
Air mata Dina jatuh, bukan sebab terharu. Kenapa kau percaya aku, Rayyan? Kenapa buat mama kau makin benci pada aku?
Terlepas tawaan sinis dibibir Datin Safa.
"Apa dia dah buat? Baik? Dia cuba goda pakcik dia sendiri itu baik ke? Buat benda terkutuk bila semua orang tengah tidur, dalam rumah sendiri pula tu. Jijik!".
Jijik!
Rogol pakcik sendiri.
Terkutuk.
"Argh!" Dina baling telefonnya kuat ke atas lantai sebelum dia juga terjelepuk jatuh. Tanganya yang menggigil digenggam erat sesama sendiri.
Suara Aunty Safa sebelum muncul suara Rayyan memenuhi ruang panggilan itu pula memecah kembali di ruang fikiran.
"Aunty dah tak nak Dina harapkan bantuan Rayyan lagi. Dah cukup besar kan untuk uruskan hal sendiri? Kalau ayah saudara sendiri pun dah pandai nak buat yang bukan-bukan,"
"Aunty tak nak Rayyan dapat pengaruh buruk disebabkan Dina. Aunty tak suka. Dari dulu lagi aunty dah tahu perangai buruk you, tak pernah respect mama dan papa dan sekarang Dina dah buktikan Dina lebih teruk dari sangkaan aunty." Keras Datin Safa berbicara.
"Bukan Dina yang minta, anak aunty yang sibuk sangat nak tolong," balas Dina tanpa memikirkan rasa hormat.
"Baik."
Bicara Aunty Safa termati dan perbualan dia dengan Rayyan pula memenuhi ruang talian. Dina tahu Datin Safa sengaja biar dia dengar. Dia nak Dina tahu betapa hinanya pandangan dia pada Dina. Dia mahu Dina tahu betapa dia tak izinkan anak lelakinya dekat dengan perempuan macam Dina.
Jijik. Hina.
"Dina orang yang tak baik. Mama tak suka dia."
"Dina orang yang tak baik. Mama tak suka dia."
"Dina orang yang tak baik. Mama tak suka dia."
Berulang-ulang suara itu bermain dikepalanya. Dina tak peduli siapa pun nak benci dia tapi bukan alasan yang sangat hina begini.
"Dina,"
Dina buka mata bila namanya diseru cukup lembut dan perlahan menyedarkan dia dari memori tak indah itu.
Nafas ditarik sedalamnya bila dada terasa senak. Jantungnya laju. Matanya terasa kabur dengan air mata. Tangannya yang menggenggam selimut semakin kuat genggaman bila wajah Rayyan memenuhi pandangan.