Bab 37

3.1K 443 45
                                    

          TUBUH Dina dipeluk erat. Wanita itu sedang lena didalam pelukannya. Degupan jantung yang tenang milik wanita itu damai bertaut dengan degupan jantungnya.

Wajah Dina dipandang, jemarinya mengusap lembut pipi Dina. "Kenapa aku langsung tak mampu bencikan kau? Kenapa kau balik dengan keadaan yang macam ni? Kenapa kau tak jadi Dina yang kuat macam yang aku harapkan?" soalnya dalam bisik.

Sumpah, hati dia sepenuhnya milik Dina. Bukan sejak Dina kembali, tapi sejak tujuh tahun dulu lagi. Dan kini, setelah tujuh tahun berasur pergi, perasannya masih utuh buat Dina. Buatlah apa pun, buang dia tanpa simpati dan hancurkan hati dia sepuas hati Dina, dia di sini masih seperti lelaki bodoh menagih kasih wanita ini.

Dia tak akan berhenti.

Dia tak pernah kesali perasaannya.

Dia pernah benci perbuatan Dina, tapi semua kebencian itu sekelip mata hilang bila Dina muncul didepannya.

Mahu tahu kebencian itu berubah jadi apa? Jadi keinginan untuk sentiasa dekat dengan Dina. Keinginan yang gila.

Seperti penagih yang ketagihkan dadah. Meski tahu ketagihan itu tak memberi kebaikan kepada diri sendiri tapi dia tetapi ingin terus nikmati rasa yang diberi oleh dadah itu.

Medina is a drug that Rayyan addicted to.

Loving Medina is an addiction.

Rayyan's addiction.

Memori tujuh tahun lalu kembali bermain di fikiran.

"Rayyan! Macam mana? Jumpa Dina?" soal Dato' Zaqri cemas. Sekarang sudah masuk lewat malam dan bayang Dina masih tak muncul. Dia dah telefon semua orang yang berkait dengan Dina, termasuklah keluarga Dina yang berada di Pulau Pinang dan peguam milik keluarga Dina namun seorang pun dari mereka tak tahu kemana Dina menghilang.

"Tak jumpa, pa." Telefon yang tak lepas ditangan kembali dilihat dan satu lagi nombor asing ditelefon.

Mereka tak boleh buat laporan polis memandangkan waktu Dina hilang belum masuk tempoh 24 jam. Dari pagi risaunya tak hilang, sekarang dah masih lewat malam makin tak senang dia dibuatnya. Macam-macam kemungkin bersilih ganti mencengkam jiwa.

"Papa risau. Papa risau kalau apa-apa yang berbahaya terjadi pada Dina." Dato' Zaqri memicit kepalanya. Dia langsung tak berganjak dari ruang tamu rumahnya sejak dia diberitahu tentang kehilangan Dina. Dia cuba call nombor Dina, tetapi nombor Dina sudah tiada dalam talian.

"Papa jangan risau sangat, Rayyan janji akan bawa Dina balik." Dari tadi dia lihat papanya tekan dada sendiri. Dia tahu papa risau tapi dia tak mahu kesihatan papa terjejas.

"You berehatlah dulu, Dina dah besar. Pandailah dia jaga diri," balas Datin Safa, dia pun risau tapi dia harus kata begitu supaya suaminya sedikit tenang. Dia risau melihat keadaan suaminya yang tak pernah dia lihat sebelum ini. Terlalu cemas seperti hilang anak sendiri.

"Tak boleh. Macam mana kalau Dina buat benda yang dia pernah buat sebelum ni? Ya Allah, papa risau, Rayyan. Tolong cari Dina secepat mungkin." Dadanya mula sesak. Dia duduk diatas sofa dan nafasnya diatur. Cuba menyurutkan sakit di dadanya.

"Jangan risau pa, Dina tak akan buat benda macam tu. Rayyan yakin dia selamat, dia keluar dengan kawan-kawan dia mungkin. Papa tahu kan Dina tu degil tapi dia juga pandai jaga diri,"

Dato' Zaqri pejamkan mata. Dadanya semakin sakit. Kenyataan Rayyan langsung tak menyenangkan hatinya.

Seketika, tubuhnya tersandar dan sisi dadanya ditekan kuat.

"Ri! You kenapa ni? Dada you sakit?" Datin Safa yang menyedari perubahan suaminya laju mengusap dada Dato' Zaqri.

"Pa?" Giliran Rayyan pula dekati Dato' Zaqri.

Addiction Where stories live. Discover now