Bab 17

2.7K 357 24
                                    

     "IRSHA MEDINA," seru jururawat yang berada di kaunter farmasi.

Laju Dina bangkit namun lebih laju Rayyan mendahului langkahnya. Tahu-tahu aje tubuh Rayyan sudah memenuhi ruang kaunter farmasi yang agak kecil itu.

Dina menghela nafas berat sebelum menyandarkan kembali tubuh. Ini kalau Qasya nak bunuh dia sebab cemburu pun dia tak boleh kata apa. Kalau dia jadi Qasya dia pun dia akan cemburu atas perhatian Rayyan pada anak sahabat baik papanya berbanding kekasih sendiri.

Belakang tubuh tegap Rayyan yang berbalut sweatshirt dan bertopi itu dipandang, lama betul dia situ. Mengurat nurse farmasi agaknya.

"Nah ubat kau. Nanti aku text waktu kau kena makan ubat," ujar Rayyan sebaik dia kembali pada Dina.

"Kau ingat aku tak reti baca ke?"

Rayyan buat tak endah. Dah biasa dikurang ajar oleh seorang Dina. Beriringan dengan Dina, dia mengatur langkah kembali ke kereta.

Mula sahaja pemanduan, suasana sunyi.

"Rayyan,"

"Hm?"

"Kenapa kau baik sangat dengan aku ha?" Soal Dina rawak selepas hampir sepuluh minit suasana dalam kereta itu sunyi. Walaupun mereka diam, tapi dalam kepala macam-macam yang difikirkan dan soalan yang baru dia ajukan tadi adalah salah satu darinya.

"Bila masa aku baik dengan kau?"

"Tak payah buat-buat tak faham. Kau tahu kan aku tak suka kau? Kenapa kau buat semua ni untuk orang yang tak suka kau?"

"Kau ingat aku suka kau ke? Aku cuma berpegang pada satu kata – keep your friends close, and your enemies closer."

Ini sebabnya Dina menyampah bercakap dengan Rayyan. Jawapan lelaki itu selalu menyakitkan hatinya.

"Seriuslah, itu kalau kau bertujuan nak hancurkan enemy kau,"

"Siapa cakap? One should be on one's toes and alert of one's surroundings if malicious people are around, to ensure that they cannot wreak havoc in one's life. You'll be safer if you know more about your enemies than you know about your friends... just to be safe," panjang lelaki itu balas.

Dina masih beriak tenang walaupun apa yang keluar dari mulut Rayyan cukup buat dia nampak macam dia seorang villain didalam cerita ini.

"Kau panggil aku malicious people? Bila masa pula aku buat jahat dekat kau? Kau yang terhegeh-heget ambil tahu soal penjahat ni," tenang Dina menyoal.

"Betullah tu." Jawab Rayyan mudah.

Wajah Dina berkerut. Apa mamat ni mengarut sebenarnya?

Rayyan kekal membisu. Dia sendiri tak ada jawapan sebenarnya. Kalau dia tak buat semua ni, dia akan asyik terfikirkan Dina. Dia akan risau. Kalau dia asyik fikirkan Dina, bila dia nak fikirkan kekasihnya pula kan? Sebab tu dia dulukan Dina dan lepas itu dia boleh bahagia dengan kekasihnya, Qasya.

Takkan dia cakap jawab, aku buat baik dengan kau sebab kau selalu ada dalam fikiran aku? Runtuhlah ego dia sebagai seorang lelaki maskulin. Tak pasal-pasal Dina fikir dia ada hati pada Dina pula.

Dina jelingkan mata kearah Rayyan dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Dia nak jawapan. Kenapa bukan jawapan yang Rayyan bagi?

"Aku ingat aku dah tak nak duduk rumah mama Rina." Rayyan ini kan bapa tak diiktiraf Dina, mestilah Dina kena minta izin lelaki itu perihal urusan hidupnya sendiri, kan?

"Kenapa?"

"Tak selesa,"

"Nak duduk rumah aku?"

"Haramlah. Aku nak duduk rumah aku,"

Addiction Where stories live. Discover now