Bab 9

4.2K 383 43
                                    

   BUKAN seperti cerita gadis yatim piatu yang lain, perebutan harta peninggalan keluarga bukan jadi isu didalam kisah seorang Irsha Medina. Terang lagi bersuluh segala kekayaan mama dan papa memang miliknya dan dia sudah cukup dewasa untuk berhak memiliki semua itu.

Ini cerita tentang dia dan dirinya.

Sendiri. Sepi.

Dua bulan berlalu sejak kematian mama dan papa. Sejak hari itu, Dina bukan lagi Dina yang dulu. Dia tidak lagi manja, tiada tempat lagi untuk dia bermanja. Dia tidak lagi pedulikan perhatian sesiapa. Tiada yang lebih penting dari dua manusia yang telah pergi meninggalkan dia buat selamanya. Tidak lagi hiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Siang hanya untuk ke kelas selebihnya mengurung diri didalam bilik dan malam bertemankan air mata. Air mata rindu, air mata kekesalan dan air mata sepi.

Kalaulah dia tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, jelas dia tak akan lakukan apa yang dia dah lakukan sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Dia tak akan cari punca untuk undang kemarahan mama, dia tak akan kecewakan papa dan dia akan akur akan segala yang mama dan papa lakukan untuknya.

Kekesalan ini akan berdamping dengan Dina sampai dia mati.

Dia sendiri tak tahu lagi apa yang ada di masa depan. Dulu, mama dan papanya menjadi penyuluh. Dina nampak dengan jelas apa yang dia mahu dan apa yang ada di depan sana. Kini dia bangkit setiap hari hanya sekadar meneruskan hidup.

Seperti hari ini.

"Good morning," sapa satu suara saat Dina baru menjejak lantai luar rumah bersama kasut didalam pegangan.

"Kau nak apa?" Soal Dina tanpa memandang langsung kearah lelaki yang sedang berdiri tegak bak tugu negara didepan pintu utama rumah sekaligus menghalang cahaya matahari pagi dari menyambar muka Dina.

Tak, tak semanis drama Korea kerana Rayyan pelakunya.

"Aku nak jemput kau, kita pergi kampus sama-sama." Sempat dia membalas senyum Kak Sara yang menunggu Dina didepan pintu rumah.

"Rayyan dah sarapan?" Soal Kak Sara.

"Dah Kak Sara, mama masak," balasnya dengan senyuman.

"Tak payahlah."

Perhatian Rayyan kembali pada Dina. "Tak payah pun, rumah kita kan satu jalan."

Mendengar jawapan Rayyan, Dina menjeling kearah lelaki itu. Penat sebenarnya dengan Rayyan, sejak hari mama dan papa meninggal hampir setiap hari Rayyan atau bapa lelaki itu akan datang menjenguk Dina. Bila dihalang, katanya ini amanah arwah papa untuk menjaga Dina.

Keluarga Dina sendiri tak pernah datang jenguk dia sejak kenduri bulan lalu. 

"Aku boleh drive,"

"Papa suruh aku bawa kau balik rumah aku malam ni. Dinner dengan family aku malam ni," 

"Tak nak lah, aku nak balik awal."

"Kau kan... sekali je tolonglah mudahkan urusan aku,"

"Kau pun sekali je tolonglah tak payah muncul depan rumah aku," perlahan namun cukup memberitahu yang dia memang maksudkan apa yang dia mahu. Kalau waktu mama dan papa masih ada dia dah menyampah tengok muka Rayyan, waktu orang tuanya sudah tiada lagi dia tak mahu tengok Rayyan.

Lagi bagus kalau keluarga lelaki itu putuskan aje hubungan persahabatana yang sudah ibarat bersaudara ini sekarang. Tak usah ambil tahu terus tentang Dina. Lupakan tanggungjawab dan amanah dari arwah papa. Dina dah cukup dewasa untuk hidup sendiri.

"Masalahnya ini arahan papa aku. Aku malas nak hadap bising dia balik nanti. Please lah, kelas aku lagi sepuluh minit ni," pujuk Rayyan sambil bercekak pinggang.

Addiction Where stories live. Discover now