02

355 51 3
                                    

"Yaa, dah lah tu,"

Yeji menarik botol minuman keras dari tangan Yoori bila gadis itu ingin menuangnya lagi.

"Hwang Yeji, bagilah balik," rengek Yoori.

Yeji menggelengkan kepalanya. Sah, Bae Yoori sudah mabuk. Mana tak mabuk kalau dia sudah menghabiskan hampir dua botol wine pada malam itu.

"No, Yoori. Kau dah minum banyak sangat," tegah Yeji.

"Kau tahu kan ni je cara aku boleh hilangkan stress? Boleh lah Yeji? Aku nak minum sikit je lagi. Hmm?"

Yeji menggeleng. Dia tidak akan termakan dengan rayuan Yoori malam itu.

"Sampai hati kau," Yoori mencebik lalu turun dari kerusi.

Dengan keadaan yang tidak stabil, dia berjalan untuk ke tempat menari.

"Haish, Bae Yoori!" Yeji merungut sebelum ikut turun dari kerusinya.

Sementara Yoori, dia sudah pun berada di tengah-tengah lantai tari itu bersama pengunjung kelab malam yang lain. Badannya mula bergerak mengikut alunan muzik kuat itu.

Sedang asyik dia menari, pinggangnya tiba-tiba dipeluk dari belakang.

"Are you alone pretty?"

Dia tersentak dengan soalan itu. Tubuhnya dipalingkan untuk melihat pemilik suara itu. Seorang lelaki sedang tersenyum ke arahnya.

"Let me go," dia menolak tangan lelaki asing itu.

"Hey, janganlah sombong sangat," lelaki itu enggan melepaskannya.

"Sorry bro, she's with me,"

Yoori tiba-tiba sahaja ditarik menjauhi lelaki itu. Lelaki itu nampak terkejut sebelum berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

"Na?" Yoori memandang Jaemin yang memegang lengannya itu.

"Ikut aku!" terus ditariknya Yoori dari situ.

Yoori terpaksa mengikut langkah Jaemin yang laju itu. Dengan keadaannya yang di bawah pengaruh alkohol itu, tubuhnya hampir terjatuh beberapa kali.

"Na, lepaslah!" jeritnya.

Jaemin berhenti di luar kelab malam itu. Lengan Yoori dilepaskan.

"Sakit," Yoori mengusap lengannya yang sedikit memerah itu.

"Sakit? Yaa, hati aku lagi sakitlah bila Yeji call bagitahu kau minum tak ingat dunia kat dalam sana! Tadi tu, kalau aku lambat sikit, entah-entah kau dah jadi mangsa lelaki tadi!" Jaemin menaikkan suaranya tanpa sedar.

"Yaa, Na Jaemin! Janganlah marah dia. Dia bukan sedar pun apa yang jadi ni,"

Yeji yang baru muncul bersama beg tangan Yoori, memeluk bahu rakannya itu. Dia mengusap bahu Yoori yang terdedah itu untuk menenangkan dia yang sedikit terkejut dengan tengkingan Jaemin tadi.

Jaemin melepaskan keluhan. Wajahnya diraup sebelum dia mendapatkan Yoori.

"Mianhei. Aku risau sangat tadi," dia bersuara lembut.

"Nak balik," ujar Yoori perlahan.

"Pergilah bawa dia balik. Tadi dia datang dengan aku," Yeji menghulurkan beg tangan milik Yoori kepada Jaemin.

Jaemin menyambutnya dan dengan bantuan Yeji, dia berjaya membawa masuk Yoori ke keretanya.

"Lepas ni kalau dia ajak kau datang sini lagi, bagitahu aku terus. Jangan bila hal macam ni jadi, baru nak call aku," pesan Jaemin sebelum dia masuk ke kereta.

Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Yeji, Jaemin memandu pergi kereta miliknya untuk ke apartment Yoori. Sepanjang perjalanan tidak berhenti nama Jaehyun meniti di bibir Yoori yang separuh sedar itu.

Setelah hampir dua puluh minit, kereta Jaemin selamat sampai di apartment yang diduduki Yoori. Dengan kudratnya, dia berjaya membawa Yoori masuk ke kediamannya.

Jaemin membaringkan tubuh Yoori dengan penuh berhati-hati ke atas katil. Kemudian dia beralih ke hujung kaki gadis itu dan mencabut kasutnya. Comforter juga dibetulkan dan diperkemaskan untuk menutupi badan gadis itu.

"Jaehyun Oppa-,"

Jaemin menggelengkan kepalanya. Ingatkan dah habis. Belum lagi rupanya.

Dia mengusap sisi kepala gadis itu.

"Bilalah kau nak berhenti sebut nama dia?" soal Jaemin perlahan.

"Hmmm, nak air," Yoori bersuara dengan perlahan bersama mata yang masih tertutup.

"Sekejap,"

Jaemin berlalu ke dapur dan muncul semula bersama segelas air masak. Dia menghulurkannya kepada Yoori.

Gadis itu meneguknya dan kembali memejamkan mata. Jaemin hanya tersenyum.

"Good night, Bae Yoori," dahi gadis itu dicium.

Dia kemudiannya kembali ke luar kamar tidur Yoori. Tubuhnya dibaringkan di atas sofa dan matanya mula dipejamkan.

My Heart Where stories live. Discover now