"Jihoon sayang,"
Jaemin mencium pipi bayi di dukungannya itu.
Na Jihoon. Nama yang dia pilih buat anak lelakinya yang baru berusia 14 hari itu.
"Mianhei sayang Appa. Appa tak dapat nak halang semua ni," pipi mulus itu diusap dengan jarinya.
"Na," dia menoleh ke belakang.
Puan Bae sedang berdiri di muka pintu biliknya.
"Omma," dia tersenyum nipis.
"Kamu yakin dengan semua ni? Ada masa lagi Na. Biar Omma cuba pujuk Yoori lagi. Hmm?" bahu Jaemin disentuh.
Jaemin menggeleng perlahan.
"Biarlah Omma. Ini yang terbaik. Untuk Na, dan yang penting untuk Yoori," kata Jaemin.
"Kalau Appa tahu, mesti dia kecewa," ujar Puan Bae sayu.
Mereka masih belum memberitahu perihal itu kepada Tuan Bae kerana risau akan kesihatannya. Baru beberapa hari lepas dia jatuh pengsan. Dan doktor menasihatinya supaya menjaga diri dan meminta supaya dia tidak menerima sebarang kejutan atau melakukan apa-apa yang boleh memberinya tekanan demi kesihatan jantungnya.
"Omma, tengokkan Jihoon sekejap,"
"Boleh Na. Pergilah, Yoori tengah bersiap tu," kata Puan Bae sambil mengambil Jihoon dari dukungan Jaemin.
Jaemin hanya mengangguk. Dia ke almari solek dan lacinya dibuka. Satu sampul surat dikeluarkan dan dia mengeluh perlahan.
Selepas itu, kakinya melangkah ke kamar sebelah. Dilihatnya Yoori sedang duduk di meja solek. Isterinya itu sudah seminggu duduk di bilik itu semenjak pulang dari hospital.
"Bae Yoori," panggilnya perlahan.
Gadis itu yang sedang mengoleskan lipstik di bibirnya berhenti. Dia memandang Jaemin.
"Macam yang kau minta,"
Dokumen dari dalam sampul surat itu dikeluarkan dan diletakkan di hadapan Yoori. Pen yang sememangnya dia bawa bersama dikeluarkan.
Tanda tangannya diturunkan di dokumen itu.
"Aku harap kau jumpa kebahagiaan yang kau nak selama ni. Terima kasih sebab bagi aku peluang untuk jadi suami kau selama sembilan bulan ni," ujarnya perlahan.
Dia terus berjalan keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. Kakinya laju menuruni tangga dan dia keluar rumah. Masuk sahaja ke dalam kereta miliknya, air matanya jatuh.
"Aku harap kau bahagia Yoori,"
---
Yoori berdiri lama di hadapan pintu apartment miliknya. Akhirnya dia akan kembali menginap di situ.
Tangannya dengan berat menyentuh alat pengimbas password di pintunya.
000813
"Yaa, kenapa pula password rumah aku kena guna tarikh lahir kau?"
"Biarlah. Nanti rumah aku, aku guna tarikh lahir kau pula. Okay?"
Yoori menggelengkan kepalanya laju lalu dia melangkah masuk ke dalam rumahnya itu bersama bagasi-bagasi miliknya.
"It's been a while," dia memandang sekeliling ruang tamunya.
Matanya jatuh pada gambar dirinya yang digantung di dinding di mana televisyen berada. Gambar dia sedang tersenyum lebar di tepi pantai. Gambar yang dihadiahkan Jaemin saat pertama kali dia berpindah masuk ke situ.
"Na, kenapa gambar ni?"
"Biarlah. Ni hadiah untuk kau sempena masuk rumah baru. Cantikkan gambar aku ambil ni?"
Yoori tersenyum tanpa sedar. Tangannya menyentuh sofa yang berada di ruang itu. Di situlah tempat kegemaran Jaemin di rumahnya.
"Na,"
Dia duduk di situ. Terlalu banyak kenangannya bersama Jaemin di rumah itu terutamanya di ruang tamu.
Di situlah dia dan Jaemin banyak menghabiskan masa bersama. Setiap hujung minggu, lelaki itu pasti menginap di rumahnya. Dia akan berbaring beralaskan pangku Jaemin semasa mereka menonton televisyen.
Kehidupannya dan Jaemin sebelum mereka berkahwin, persis seperti pasangan kekasih. Jaemin melayannya dengan sangat baik dan menuruti segala kehendaknya.
"Na, kenapa baru sekarang aku rasa sakit tu?" tangannya di bawa ke dada.
"Jaemin tu lah orang yang selalu ada dengan kau. Dari dulu lagi,"
"Semuanya Jaemin. Jaemin yang selalu dengan kau. Then sekarang, kau nak tinggalkan dia untuk suami orang lain?"
Kata-kata Yeji sebulan lepas kembali menerjah fikirannya.
"Ya Tuhan, apa yang aku buat ni?" wajahnya diraup.
Air mata yang cuba ditahan keluar juga. Baru dia sedar semuanya sekarang. Dia sudah hilang satu-persatu insan penting dari hidupnya.
Yeji tidak lagi menghubungi dirinya seperti selalu. Jeno, Haechan, Ryujin juga sama. Jaehyun dan ibunya sendiri juga nampak kecewa dengan dirinya. Cuma Tuan Bae sahaja yang masih belum tahu apa yang terjadi kerana dia kini masih di luar negara atas urusan kerja. Dan dia yakin bapanya itu pasti turut kecewa jika dia mengetahui segalanya.
"Bae Yoori, ini ke yang kau nak sebenarnya?"
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|