35

227 35 4
                                    

"Dah sampai!"

Jaehyun memarkirkan keretanya di bawah garaj di kediaman Keluarga Bae itu. Hyunmi dan Jihoon yang duduk di kerusi belakang menjerit teruja.

"Anak-anak Mama pergi masuk dulu. Mama nak cakap dengan Papa sekejap," ujar Miyeon.

Hyunmi dan Jihoon segera keluar sambil membawa mainan di tangan masing-masing.

"Awak nak cakap apa sayang?" Soal Jaehyun pelik.

"Jae, sebenarnya ada satu benda yang saya tak bagitahu awak," ujar Miyeon.

Jaehyun mengerutkan dahinya.

"Macam penting sangat je,"

"Memang penting pun, sebenarnya-,"

"Aunty!" jeritan Jihoon di luar kereta kedengaran.

Segera Jaehyun dan Miyeon memandang ke luar. Jaehyun terkaku melihat Yoori yang berada di luar sana. Adiknya itu sedang mendepakan tangannya untuk memeluk Hyunmi dan Jihoon.

"Jae,"

"Ini ke yang awak maksudkan?"

Miyeon mengetap bibir dan mengangguk.

"Saya minta maaf. Yoori yang minta saya rahsiakan dulu sehingga hari ni," tangan si suami disentuh.

"Awak marah ke?" soalnya.

"Ya, memang saya marah. Benda macam ni pun awak rahsiakan dari saya sayang? Dah berapa lama awak sorok?"

"Seminggu,"

Jaehyun meraup wajahnya.

"Mianhei," ujar Miyeon.

"Lain kali jangan buat lagi," ujar Jaehyun.

"Awak dah tak marah?"

"Siapa cakap? Siap lah awak malam ni Cho Miyeon. Saya akan pastikan Hyunmi tidur dengan Omma dan denda awak,"

"Yaa!" bahu suaminya dicubit.

"Dah jom. Saya tak sabar nak jumpa adik saya tu,"

Mereka berdua kemudiannya keluar. Tidak masuk ke rumah, sebaliknya mereka ke taman mini milik Puan Bae.

Yoori sedang duduk bersama Hyunmi dan Jihoon dengan buku cerita di tangannya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Yoori yaa,"

Yoori mengangkat wajahnya. Terus terkedu saat tatapanya bertemu dengan Jaehyun. Miyeon yang ingin memberi ruang buat kedua beradik itu mengajak Hyunmi dan Jihoon masuk.

"Oppa," Yoori bangkit dari kerusi panjang yang menjadi tempat duduknya sejak tadi.

"Tch, kenapa tak bagi Miyeon bagitahu Oppa yang Yoori dah balik?" Soal Jaehyun.

"Mianhei,"

"Adik Oppa ni tak rindukan Oppa ke?"

Laju Yoori menggeleng.

"Mana boleh Yoori tak rindu Oppa," dia terus memeluk Jaehyun.

Jaehyun mengusap belakang badan Yoori. Esakannya cuba ditahan agar tidak kedengaran.

"Makin cantik adik Oppa ni," ujar Jaehyun setelah pelukan terlerai.

"Yoori pergi mana selama ni?" soal Jaehyun lagi.

"Nanti Yoori cerita,"

Jaehyun mengangguk.

"Jom, kita masuk. Berbual dekat dalam. Banyak benda yang Oppa nak soal siasat ni,"

Bahu Yoori dipeluk sambil mereka berdua masuk ke dalam rumah.

---

Jaemin memberhentikan keretanya di luar kediaman keluarga Bae. Selepas menghantar Jihoon ke rumah Jaehyun pagi tadi, dia keluar kerana ada urusan.

Dan bila dia ingin mengambil semula anaknya, panggilannya tidak dijawab oleh Jaehyun mahupun Miyeon. Jadi dia terus ke situ memandangkan dia tahu setiap hujung minggu pasti keluarga kecil Jaehyun akan pulang melawat Puan Bae.

"Meriah betul,"

Dari luar, dia dapat mendengar suara bising dari dalam rumah. Saat dia masuk, telinganya mendengar suara nyanyian lagu kanak-kanak dari televisyen ruang tamu.

"Jihoon!"

Automatik Jihoon yang sedang menari bersama Hyunmi mengikut rancangan di televisyen itu berpaling.

"Appa!"

Jihoon berlari mendapatkan bapanya dan tubuhnya terus didukung. Pipinya menjadi mangsa ciuman bertalu dari Jaemin sebelum dia diturunkan kembali.

"Na, bila sampai?" Puan Bae yang baru turun dari tingkat atas itu agak terkejut melihatnya.

"Baru je," balasnya.

"Na, sebenarnya-," Puan Bae nampak teragak-agak ingin membuka mulut.

"Omma, Yoori tak jumpalah bekas-,"

Jaemin terus memandang ke arah laluan untuk ke dapur itu. Dan pandangannya bertemu dengan si dia yang sedang berdiri di situ dengan tubuh yang dibalut apron bewarna merah jambu.

Seperti dia, Yoori juga terkedu di tempatnya. Pandangan mereka bertemu buat beberapa saat sebelum Yoori mengalihkan pandangannya.

"Na," Puan Bae menyentuh bahu Jaemin.

"Na naik atas sekejap Omma. Nak tukar baju," Jaemin terus ke tangga.

"Kenapa ni?" Jaehyun yang muncul dari dapur memandang dua beranak itu.

Puan Bae memberi isyarat mata menunjuk ke tingkat atas. Dan Jaehyun tidak memerlukan masa yang lama untuk faham.

"Omma, Oppa. Yoori rasa Yoori patut balik," ujar Yoori.

"Yoori, tak perlu-,"

"Yoori tahu dia tak selesa kalau Yoori ada sekali. Takpe, biar Yoori balik. Lain kali Yoori datang lagi,"

Yoori ke dapur untuk meletakkan apron sebelum dia ke ruang tamu dan mengambil beg tangannya. Sempat dia berpamitan dengan Jihoon sebelum melangkah keluar dari rumah itu.

Sementara itu, di tingkat dua kediaman mewah itu, Jaemin sedang berdiri di tepi tingkap memandang ke bawah. Dia melihat Yoori yang berjalan keluar dengan langkah laju ke keretanya yang diparkir di seberang jalan bertentangan dengan kediaman keluarga mereka itu.

Sebuah keluhan akhirnya terlepas dari Jaemin. Dia menutup kembali langsir yang diselak sebelum berjalan ke kamar mandi.

My Heart Where stories live. Discover now