47

272 35 6
                                    

Malam itu, kesemua ahli keluarga Puan Bae berkumpul di kediaman utama untuk makan malam bersama.

"Jaehyun dengan Miyeon ada sesuatu nak bagitahu," Jaehyun memulakan perbualan di meja makan itu.

"Bagitahu apa?" Soal Puan Bae.

Yang lain juga ikut memandang ke arah Jaehyun.

"Kalau takde masalah atau halangan, Hyunmi akan dapat adik,"

"Omo, betul ke?"

"Betul ke Hyung?"

Semua orang begitu teruja dengan berita dari Jaehyun. Terutama sekali Puan Bae.

"Dah masuk empat bulan," beritahu Jaehyun lagi.

"Aigoo, meriahlah rumah Omma nanti," Puan Bae tersenyum suka.

"Tak lama lagi Hyunmi akan jadi kakak lah," Yoori tersenyum ke arah Hyunmi yang duduk bertentangan dengan Jihoon di sebelahnya.

"Ehem, sebab Hyung dah umumkan berita gembira, Na pun nak buat benda yang sama," ujar Jaemin setelah berdehem kecil.

Kini, Jaemin pula yang menjadi tumpuan. Yoori yang duduk selang satu kerusi dari dia juga ikut memandang.

"Jaemin dengan Yoori dah berbincang. Kitorang akan bersama semula sebagai suami isteri,"

Tidak seperti berita Jaehyun tadi, kali ini semuanya terdiam. Terutama sekali Yoori. Dia begitu terkejut dengan pengakuan tiba-tiba Jaemin itu.

"Omma, waegurae?" Jaehyun dengan cepat mencapai tisu dan dihulur pada Puan Bae.

Puan Bae mencapai huluran Jaehyun dan mengelap air matanya.

"Omma happy sangat Jaehyun. Na, Yoori, kamu berdua tak main-main kan?"

"Omma-,"

"Tak Omma. Kitorang serius. Untuk Jihoon, rasanya tak salah kan kalau kami cuba mulakan semula?" Jaemin memotong percakapan Yoori.

"Akhirnya, Tuhan tunaikan hajat Omma. Kalau Appa ada, mesti dia happy,"

Jaemin tersenyum mendengar itu.

"Maksudnya lepas ni, Jihoon pun akan ada family photo ke? Dengan Appa dan Omma?" soal Jihoon.

Jaemin mengangguk dan mengusap kepala Jihoon yang duduk di tengah antaranya dan Yoori itu.

"Baguslah kalau macam tu. Korang dah pilih tarikh? Kalau boleh jangan lambat-lambat. Takut Unnie dah tak larat nak tolong nanti," Miyeon bersuara teruja.

Kesemua orang nampak teruja pada makan malam itu. Kecuali Yoori yang masih belum mampu menerima apa yang dikatakan Jaemin. Dia ingin membantah namun melihat kegembiraan ibunya saat itu, terpaksa dia batalkan dulu niatnya.

Selepas selesai makan, Yoori menghampiri Jaemin yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Yaa, ikut aku!"

Tangan Jaemin ditarik ke luar rumah. Di mana taman mini milik Puan Bae berada.

"Hey, kenapa ni?" soal Jaemin lembut.

"Kenapa? Yaa, yang tadi tu apa? Itu ke maksud kau yang kau akan buktikan hubungan kita boleh dibaiki lagi? Kita? Bersama semula? Siapa yang buat keputusan tu?"soal Yoori kuat.

Memandangkan Puan Bae dan yang lain sedang menonton filem di tingkat dua rumah, jadi dia tidak kisah untuk menguatkan suaranya.

"Aku. Aku yang buat keputusan tu. Kenapa aku tak bincang dengan kau? Sebab aku tahu kau takkan setuju," ujar Jaemin tenang.

"Tahu pun. Aku memang takkan setuju. Aku tak nak balik pada kau. No, Na. Takkan,"

"Kenapa? Sebab aku tak layak untuk kau? Huh?"

"Ani. Aku yang tak layak untuk kau. Kau ingat kan apa yang aku pernah buat dulu? Aku hancurkan kau. Aku sakitkan kau. Semua yang aku buat dulu memang kejam. Lelaki sebaik kau, layak dapat yang lebih baik," ujar Yoori.

"Kalau yang lebih baik tu kau macam mana? Kau yang sekarang lebih baik dari dulu kan?" Jaemin menghampiri Yoori lebih dekat.

"Betul Yoori. Kau hancurkan aku, kau sakitkan aku. Hati aku ni dah macam kaca yang berkecai lepas apa yang jadi dulu. But, you know what? Sehancur mana pun aku, aku masih sayangkan kau. Kau je yang boleh baiki semula serpihan diri aku yang hancur tu. Bukan Nakyung, bukan sesiapa. Kau sorang je mampu Yoori,"

Jaemin menyentuh pipi Yoori. Air hangat perlahan mengalir dari tubir mata Yoori.

"Na, tapi aku jahat. Aku pernah terfikir nak singkirkan Jihoon. Aku-,"

"Tu semua dah lepas. Jihoon pun selamat membesar sampai sekarang. Kau bukan orang jahat Yoori,"

"Tapi-,"

"Kau tak nampak macam mana happy nya semua orang tadi? Kau sanggup hampakan diorang?"

Yoori menunduk. Terbayang kembali air mata ibunya yang mengalir akibat terlalu gembira tadi. Juga wajah teruja Jihoon di meja makan tadi.

"Kau tak serik ke Na? Perkahwinan kita dulu tak bertahan sebab aku. Macam mana kalau kali ni, benda sama jadi lagi?"

Jaemin menggeleng.

"Aku takkan izinkan benda sama berulang. Aku akan pertahankan hubungan kali ni walau apa pun yang jadi. Kita cuba, boleh kan? Untuk Jihoon? Aku nak dia happy. Kalau kau tak boleh terima juga, aku janji aku akan lepaskan kau dan takkan rayu kau lagi," ujar Jaemin ikhlas.

Ya. Dia ingin mencuba lagi. Kali ini dengan penuh sungguh-sungguh. Dia akan bertahan walau apa yang terjadi sekalipun.

"Jangan Na. Jangan lepaskan aku. Kalau perangai lama aku tiba-tiba datang semula, janji dengan aku yang kau akan bantu aku. Jangan give up dengan aku macam dulu. Jangan biarkan aku pergi macam dulu,"

Jaemin perlahan tersenyum dan mengangguk.

"Janji?"

Jaemin tidak menjawab sebaliknya dia menarik Yoori dekat dengannya dan melabuhkan ciuman di dahi wanita itu. Dan dia dapat rasakan yang tangan Yoori mula memeluk dirinya.











Apa-apa pun sila terima ending dengan hati yang terbuka. Kalau ikutkan nak buat banyak lagi konflik tapi risau 7 hari mencintaiku 3 tergugat pula nanti.

My Heart Where stories live. Discover now