"Congrats Yoori, Jaemin ssi,"
Hyunjin menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Jaemin. Dan Jaemin menyambutnya dengan senyuman.
"Gomawo, Hyunjin ah," balas Yoori.
"Untuk awak,"
Jihoon yang berada di tengah ibu bapanya itu menghulurkan gula-gula batang di tangannya pada Hamin yang sejak tadi hanya diam.
Lambat-lambat, Hamin menyambut. Dan dia ikut tersenyum bila melihat senyuman Jihoon. Orang tua mereka turut tersenyum melihat adegan itu.
"Jemputlah makan," pelawa Jaemin.
Hyunjin mengangguk dan mula melangkah pergi bagi memberi ruang pada tetamu lain. Sehinggalah tiba giliran rakan-rakan mereka.
"Woo, congrats guys! Finally, korang bersatu semula," Haechan yang pertama bersuara sambil memeluk Jaemin.
"Aku harap kali ni korang betul-betul bertahan. Ingat, jangan fikir diri sendiri je. Fikirkan Jihoon sekali," pesan Ryujin.
Jaemin dan Yoori mengangguk mendengar nasihat itu.
"Congrats Yoori," Yeji dan Ryujin memeluk sahabat mereka itu.
"By the way, mana Jeno?" soal Jaemin bila perasan ketiadaan seorang lagi rakan mereka.
"Jeno? Hmm tadi dia ada,"
"Tu dia," Haechan menunjuk ke satu arah.
"Wow, dia tak datang sorang,"
"Sorry guys, aku lambat,"
"Jiwon?" Yoori memandang Jiwon yang berada di samping Jeno itu.
Mereka yang lain ikut terkejut.
"Jadi yang kau minta tips nak mengorat haritu sebab Jiwon lah?" soal Jaemin.
Jeno tersenyum malu sambil mengusap belakang lehernya. Manakala Jiwon sudah tertunduk malu.
"Diam-diam Jeno masuk jarum," Haechan masih belum mahu berhenti mengusik.
"Dah lah tu. Kesian Jeno," Ryujin menampar bahu suaminya.
Mereka terus berbual buat beberapa ketika sebelum sesi bergambar bermula. Lebih kurang tiga jam selepas itu, tetamu beransur pulang.
Jaemin dan Yoori juga, sudah masuk ke dalam suit yang ditempah khas Puan Bae di hotel mewah itu buat mereka.
"Nak saya tolong?"
Jaemin menghampiri Yoori yang sedang menanggalkan aksesori miliknya. Tangannya laju begerak membantu si isteri.
"Na!"
Yoori menampar tangan Jaemin yang berada di zip gaun pengantinnya.
"Eh? Tak salah kan saya tolong?" Jaemin tersenyum nakal.
Membuatkan Yoori tersenyum malu. Perlahan dia menarik kembali tangannya dan membiarkan Jaemin.
"Terima kasih sayang sebab terima saya,"
"Saya yang patut berterima kasih pada awak. Gomawo. Sebab tak pernah putus asa dengan saya," pipi Jaemin dicium.
Jaemin tersenyum dan merapatkan tubuh mereka sebelum menyatukan bibir mereka. Malam itu, cinta mereka benar-benar bersatu.
---
"Dah tidur dah anak kesayangan awak tu?"
Yoori tersenyum lalu mengambil tempat di sisi Jaemin di atas katil.
"Dah,"
"Tch, sebelum ni elok je dia tidur bilik dia. Sejak awak ada ni, macam-macam alasan dia bagi supaya tak perlu tidur kat sana," Jaemin menggelengkan kepalanya.
"Na, takkan dengan anak sendiri pun jealous hmm?"
Jaemin mencebik.
"Cuba bayangkan, dah dekat tiga bulan kita kahwin. Berapa kali je kita boleh berdua dengan aman? Mesti dia ada nak menyelit. Kita honeymoon pun tak sempat sebab dia asyik nak berkepit je dengan awak,"
Yoori ketawa mendengar itu. Dia akui yang Jihoon makin manja dengannya selepas dia rasmi bergelar isteri Jaemin buat kali kedua ini.
"Macam mana kita nak ada anak lain kalau baru sorang anak, awak dah macam ni," Yoori ingin mengusik lagi.
"Dah lah. Malas saya layan. Awak mesti back up Jihoon tu," Jaemin mula berbaring.
"Na, marah ke?" Yoori merapatkan tubuhnya pada Jaemin.
"Saya ada surprise tau untuk awak. Kalau awak tak nak, takpe,"
Dan Jaemin segera bangun.
"Apa dia?" soalnya.
Yoori tersenyum sebelum dia mencapai sesuatu dari bawah bantalnya.
"Tadaa!"
"Apa ni?"
Jaemin mengambil sampul putih dari tangan isterinya itu lalu dibuka.
"Paris? Untuk kita ke?"
Dua tiket di tangannya itu dipandang.
"Ya sayang. Tiket honeymoon kita," balas Yoori.
"Tapi awak cakap dekat kafe tengah busy, susah nak cuti kan?"
Yoori ketawa perlahan.
"Nampak gayanya saya dah pandai berlakon lah kalau awak percaya,"
"Yaa! Awak mainkan saya eh?"
"Bukan selalu. Lagipun saya suka tengok muka masam awak tu. Comel,"
"Tch, malulah saya," Jaemin tersenyum.
"Jadi, lepas ni awak jangan merungut lagi tentang Jihoon. Sebab nanti kat sana, kita boleh spend time berdua je,"
Jaemin yang mendengar itu terus mendepakan tangannya. Dan Yoori terus masuk ke dalam pelukannya.
"Gomawo Yoori yaa,"
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|