42

238 35 4
                                    

"Kesiannya dia,"

Yoori mengusap kepala Hamin yang baru lena itu. Melihat cool fever yang melekat di dahi anak kecil itu, makin sayu jadinya. Terbayang jika Jihoon yang berada di tempat Hamin.

"Cepat sihat Hwang Hamin. Nanti Aunty bawa Hamin pergi makan kek dekat kedai Aunty Jiwon,"

Dulang berisi mangkuk bubur yang sudah kosong dan gelas air di meja tepi katil dicapai lalu dibawa keluar. Dia terus ke dapur dan mencuci semua itu.

"Yoori, kan saya dah cakap tinggalkan je,"

Hyunjin yang baru muncul di dapur mendapatkan Yoori.

"Takpe, dah siap pun,"

"Serba salah pula saya. Dah lah Jiwon suruh awak datang sini, lepas tu awak kena buat banyak kerja pula,"

"Gwaenchanha. Kebetulan saya ada dekat-dekat sini. Apa salahnya saya jenguk Hamin,"

Hyunjin tersenyum.

"Duduklah dulu. Saya ambilkan air,"

Hyunjin ke peti ais dan mengambil kotak jus oren lalu dituangkan ke dalam gelas dan dihulur pada Yoori. Kemudian dia mengambil tempat di hadapannya.

"Yoori, saya tanya sesuatu boleh?"

Yoori meletakkan gelas yang sudah bersisa separuh minuman itu. Dia memandang Hyunjin dan mengangguk perlahan.

"Yang kita jumpa haritu siapa?"

Yoori terdiam. Sebelum dia tersenyum nipis.

"Tu bekas suami dan anak saya,"

"Awak mesti terkejut kan?"

Hyunjin menggeleng.

"Saya boleh agak waktu budak tu panggil awak Omma. Dan muka dia pun ada iras awak,"

Yoori tersenyum lagi. Pertama kali dia mendengar orang bercakap tentang wajah Jihoon yang seiras dia.

"Yoori yaa, awak tahu tak? Hamin ada minta sesuatu dari saya," Hyunjin bersuara lagi.

"Apa dia?"

"Dia minta saya bagitahu awak yang dia nak awak jadi Omma dia,"

Yoori terkedu.

"Hyunjin ah-,"

"Saya pun terkejut dengan permintaan dia Yoori. Tapi bila difikirkan semula, tak salah kan permintaan dia? Awak dan saya, kita dua-dua single. Dan saya tak nafikan yang saya dah mula sukakan awak sejak dua tahun lepas," luah Hyunjin tenang.

"Hyunjin, saya tak layak untuk awak dan Hamin. Awak layak dapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya. Hamin pun boleh dapat Omma yang lebih baik dari saya,"

"Tapi saya rasa awak yang terbaik,"

"Hyunjin, saya-,"

"Sebab bekas suami awak tu?"

"Saya pernah buat silap dalam perkahwinan saya dulu. Kesilapan yang saya tak nak ingat sampai bila-bila. Sebab kesilapan tu, saya terpaksa berjauhan dengan anak saya. Sampai sekarang, saya rasa serba salah atas tindakan saya. Dan untuk saya masuk semula ke alam perkahwinan ni, tak mudah Hyunjin," balas Yoori.

"Semua orang buat silap Yoori. Saya tak kisah apa pun yang jadi pada masa lalu awak. Kita boleh baiki sama-sama kesilapan tu,"

"Hyunjin, saya-,"

"Jangan tolak dulu please. Tolong fikirkannya dulu Yoori yaa," pinta Hyunjin.

"Walaupun nanti jawapannya tetap sama, tapi tolong fikirkan dulu Yoori," sambung lelaki itu lagi.

Yoori mengetap bibirnya.

"Saya tak nak kecewakan awak,"

"Saya faham dan saya tak kisah. At least kena reject lepas bagi awak masa tak menyakitkan daripada kena reject terus lepas confess kan?"

"Okay, kalau awak cakap macam tu," putus Yoori.

"Gomawo Yoori yaa,"

Yoori mengangguk sebelum dia akhirnya meminta diri memandangkan sudah lama dia di situ. Hyunjin menghantarnya sehingga ke lif di luar kerana tidak mahu meninggalkan Hamin sendirian.

Sampai sahaja di kereta, Yoori melepaskan keluhannya. Dia tidak menyangka kedatangannya ke kediaman Hyunjin untuk menjenguk Hamin bertukar menjadi sesi lamaran dari lelaki itu.

Selama ini dia memang melayan Hamin dengan baik memandangkan dia terlalu rindu pada Jihoon. Tetapi untuk dia menjadi ibu kepada Hamin, agak berat buatnya.

Kerana di fikirannya saat ini, hanyalah Jihoon. Dia ingin memberikan yang terbaik buat Jihoon bagi menebus kesilapannya. Jadi, untuk dia menjadi ibu pada orang lain, adalah mustahil buat masa itu.

My Heart Where stories live. Discover now