16

203 39 4
                                    

Jaemin melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah suram. Dia melonggarkan tali lehernya dan rambutnya dikusutkan.

"Bau apa ni?" dia berhenti melangkah.

Kakinya dari ingin naik ke tingkat atas terus bertukar haluan ke dapur. Kelihatan Yoori sedang menutup api dapur lalu mengangkat periuk berisi mi segera ke meja.

"Na, dah makan?" soal Yoori sambil memandang lelaki itu.

"Kau buat apa ni?" soalnya lalu melangkah laju ke arah isterinya.

"Nak makan lah. Kenapa?" soal Yoori sambil membuka penutup periuk.

"Jangan buat lawak lah Yoori,"

Periuk yang berada di atas meja itu diambilnya lalu dia berjalan ke sinki. Isi dalam periuk itu terus dituang keluar.

"Yaa!" Yoori menghampirinya.

"Kenapa buang? Penat tahu tak aku masak?" bahu Jaemin ditolak.

"Kau gila ke? Aku dah pesan jangan makan makanan tak berkhasiat macam tu! Tak elok untuk baby! Susah sangat ke nak dengar cakap aku?"

Yoori tersentak bila Jaemin menengkingnya.

"Itu je yang aku tahu masak," ujarnya perlahan.

"Kau janji nak bawa aku dinner lepas balik kerja. Tapi, kau tak muncul-muncul. Aku call kau tak jawab," kata Yoori lagi dengan mata yang berkaca.

Hari ini dia tidak masuk ke pejabat kerana dia merasa kurang sihat pagi tadi. Jaemin pulang membawa makanan tengahari dan berjanji untuk membawanya keluar makan malam.

"Bersepah restoran yang buat delivery service kat luar sana Yoori! Jangan nak bagi alasan lah!"

"Yaa! Aku tahu aku salah sebab makan makanan tak berkhasiat yang tak elok untuk anak kau ni! Tapi, cakap je lah elok-elok. Kenapa nak kena tengking-tengking aku macam ni?" soal Yoori dengan air mata.

Jaemin bagaikan baru tersedar.

"Yoori, aku-,"

"Aku benci kau!"

Gadis itu terus berlalu keluar dari dapur dan ke tingkat atas. Jaemin mengeluh dan meraup wajahnya kasar. Dia segera berjalan pergi untuk mengejar Yoori.

Sampai sahaja di ruang tamu, Yoori sudah muncul dari tangga dengan beg tangannya.

"Yoori," dia berdiri di hadapan isterinya itu.

"Tepilah," tubuhnya ditolak.

"Nak pergi mana ni?" soalnya.

"Nak keluar! Nak makan makanan yang lagi berkhasiat untuk baby kau ni!" ujar gadis itu kasar.

"Okay, jom. Kita keluar,"

"Tak nak! Aku pergi sendiri!"

Yoori mencapai kunci keretanya yang tergantung di dinding lalu dia terus melangkah keluar dari rumah itu.

Jaemin meraup wajahnya kasar dan seisi rumah selepas itu, dipenuhi dengan jeritan sebalnya.

---

Jaemin mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Yoori masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Telefon gadis itu juga tidak aktif saat dia cuba menghubunginya.

"Haish," tubuhnya direbahkan ke atas sofa.

Fikirannya mula mengingati pertemuan dia dan Jaeyhun petang tadi. Di mana ianya lah punca emosinya terganggu dan dia menengking Yoori tadi.

"Hyung tak sangka Yoori ada perasaan macam tu pada Hyung. Hyung memang anggap korang berdua ni macam adik kandung Hyung. Tapi, Yoori-,"

Jaemin memejamkan matanya. Hancur hatinya bila dia mendengar cerita dari Jaeyhun.

Yoori, isterinya meluahkan perasaan pada Jaeyhun dalam keadaan dirinya yang sedang mengandung.

Sangkanya Yoori sudah boleh melupakan Jaeyhun memandangkan sudah lama nama lelaki itu tidak meniti di bibir Yoori. Ternyata dia silap. Begitu susahnya seorang Jung Jaeyhun untuk hilang dari hati dan fikiran Bae Yoori.

Drrtttt!!!

"Yoori!" telefon miliknya segera dicapai.

Yeji
Yoori kat rumah aku.
Dia dah tidur.
Kau buat apa pada dia
sampai dia muncul
kat rumah aku sambil menangis?

You
Dia okay? Dia makan tak?

Yeji
Jawablah soalan aku dulu.

You
Aku tertengking dia
sebab dia makan mi segera.
Kau tahu kan, makanan macam
tu tak elok.

Yeji
Seriously Jaemin? Kau tengking
dia sebab mi segera sampai
dia menangis teruk macam tu?

You
Ya. Aku tahu salah aku.
Aku ambil dia sekarang, boleh?

Yeji
Tak payahlah. Dah lewat.
Guard takkan bagi kereta luar
masuk dah.
Tunggu esok je lah.
Malam ni tidur peluk bantal
je dulu.

You
Okay lah kalau kau
cakap macam tu.
Thank you, Yeji.

Yeji
Small matter.

Telefon miliknya ditutup kembali. Dia kemudiannya bangun dan naik ke bilik. Nampak gayanya, macam Yeji katalah. Tidur peluk bantal je malam ni.

My Heart Where stories live. Discover now