"Yoori,"
Yoori hanya diam.
"Sayang," panggil Jaemin lagi.
Mendengarkan tiada balasan dari isterinya itu, dia mengintai wajah Yoori. Malam itu, Yoori tidur membelakanginya.
"Dah tidur?"
Yoori yang sengaja memejamkan mata itu membukanya kembali bila dia merasakan yang Jaemin sudah kembali berbaring di tempatnya.
"Mianhei, Yoori ah. Aku tahu aku kasar sangat semalam. Aku terlalu ikutkan emosi aku sampai aku buat macam tu. Mesti kau terkejut kan?" Jaemin bersuara sambil merenung siling bilik tidur mereka yang sudah gelap itu.
"Kau tahu, aku kecewa sangat bila Jaehyun Hyung cerita apa yang jadi dekat bilik karaoke tu. Aku speechless sangat. Aku sedih, marah, semualah aku rasa. Sampai aku fikir yang diri aku ni terlalu bawah kalau nak dibandingkan dengan Jaehyun Hyung,"
"Aku tahu kau sayangkan dia. Haraboji sendiri yang cerita pada aku macam mana happynya kau bila Jaehyun Hyung muncul dalam hidup kau. Aku pun boleh nampak semua tu. Tapi, aku tak boleh nak stopkan perasaan sayang aku pada kau. Aku dah cuba. Aku ingatkan kau dah boleh terima aku sebab dah jarang kau sebut pasal dia. Rupanya aku silap. Hati kau masih lagi ada nama dia,"
"Tapi, aku minta maaf Yoori. Aku pilih untuk jadi selfish. Aku takkan lepaskan kau walaupun kau akan benci aku. Aku yakin yang aku, kau dengan baby kita boleh jadi happy family,"
Yoori yang mendengar semua itu mengalirkan air matanya. Dia cuba menahan esakannya namun dia gagal sehingga badannya mula terhincut.
"Yoori?"
Mungkin perasan akan hal itu, Jaemin mendapatkan isterinya.
"Hey, kenapa menangis ni? Ada sakit kat mana-mana ke?"
Lampu di sisi katil dinyalakan dan Jaemin pantas memeriksa tubuh isterinya itu.
"Na," Yoori memegang tangan Jaemin.
"Kenapa? Sakit? Nak pergi hospital? Atau nak aku callkan Jeno je?" soal Jaemin cemas.
Yoori menggeleng.
"Habis tu, kenapa menangis?" jarinya menyeka air mata Yoori.
Yoori tidak membalas sebaliknya dia memeluk tubuh Jaemin. Esakannya makin menjadi-jadi.
Jaemin perlahan-lahan mengangkat tangannya dan mengusap belakang badan isterinya itu. Sambil itu bibirnya tidak berhenti menenangkan Yoori.
"Na," Yoori meleraikan pelukan itu.
Dia memandang Jaemin yang tersenyum ke arahnya itu.
"Mimpi buruk?" soal Jaemin kerana sangkanya Yoori sudahpun tidur tadi.
Yoori menggeleng. Tangannya memegang wajah Jaemin dan dia menariknya lalu bibir mereka disatukan.
Jaemin terkedu dengan perbuatan isterinya itu. Namun ianya tidak lama kerana sebuah senyuman kini terukir di bibirnya. Dia membalas ciuman Yoori itu dan malam itu, Jaemin merasakan dialah lelaki paling bahagia di dunia.
---
Jaemin membuka matanya perlahan dan senyuman terus terukir di bibirnya saat melihat wajah Yoori yang masih lena di sebelahnya. Dia masih tidak percaya dengan apa yang terjadi semalam. Yoori menciumnya terlebih dahulu. Malah, sepajang malam gadis itu tidur beralaskan lengannya dan memeluknya erat.
Dia mengucup dahi isterinya itu sebelum mengalihkan kepala Yoori dengan penuh hati-hati ke atas bantal. Kemudian dia turun dari katil dan ke kamar mandi untuk mencuci muka. Setelah itu, dia terus bergegas keluar ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Sebelum ini, mereka berdua tidak pernah sarapan bersama sejak bergelar suami isteri. Kecuali ketika mereka bermalam di kediaman keluarga mereka. Biarlah hari itu jadi hari pertama mereka mempraktikkan aktiviti sarapan bersama.
Jaemin mula mengeluarkan bahan masakan dari dalam peti sejuk. Dengan kecekapannya yang sudah biasa memasak sejak tinggal sendiri, dia sudah selesai menyediakan sarapan dalam masa hamper sejam.
"Na, kau memasak?"
Jaemin yang sedang mencuci kuali di sinki itu segera menoleh. Dilihatnya Yoori sudah berdiri di meja makan. Dengan cepat dia menghabiskan kerjanya lalu mendapatkan si isteri.
"Mestilah. Duduklah," dia menarik kerusi buat Yoori dan mendudukkannya.
"Lama tak makan masakan kau," Yoori mencapai sekeping sandwich.
Jaemin sekadar tersenyum. Sebelum ini, dia selalu memasak untuk Yoori. Sejak dari zaman sekolah lagi. Setiap kali Puan Bae tiada di rumah atau pembantu rumah bercuti, pasti Jaemin akan memasak untuknya. Selepas mereka berkahwin pun Jaemin sering memasak. Cuma waktu itu Yoori langsung tidak mengendahkan masakannya. Isterinya itu lebih gemar makan di luar.
"Lepas ni aku nak kita breakfast kat rumah hari-hari. Barulah nampak macam keluarga bahagia,"
"Keluarga bahagia?"
Jaemin mengangguk.
"Kenapa? Aku salah cakap ke?" soal Jaemin bila perasan air muka Yoori sedikit berubah.
"Takde lah. Na, nak nasi goreng," Yoori cepat-cepat mengubah topik.
Dia tidak mahu Jaemin perasan perubahannya. Ini kerana, dia sendiri masih ragu-ragu dengan perasaannya untuk menerima Jaemin sepenuhnya dalam hidup dia. Dia tidak mahu memberi harapan pada lelaki itu.
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|