15

206 39 0
                                    

Kereta yang dipandu Yoori berhenti di tepi jalan. Dia memandang ke hadapan. Dilihatnya beberapa remaja sedang berjalan untuk ke perhentian bas.

Terus dia teringat zaman persekolahannya dulu. Saat Jaehyun masih belum berangkat ke luar negara. Jaehyun pasti menunggu dia dan Jaemin untuk pulang bersama.

Walaupun Tuan Bae ada mengupah pemandu untuk menjemput anak-anaknya, adakala mereka memilih untuk menaiki bas. Jika terlalu ramai orang di dalam bas dan tiada kerusi yang cukup buat mereka bertiga, pasti Jaehyun akan mengalah dan memberi tempat duduk buatnya dan Jaemin.

Atau hanya dia seorang yang duduk. Jika ketiga mereka terpaksa berdiri, pasti Jaehyun akan memeluk bahunya bagi memastikan dia rasa dilindungi dari penumpang lelaki lain.

Kerana itu lah perasaannya pada Jaehyun makin mendalam hari ke hari. Jaehyun sentiasa melindunginya. Bila Jaehyun ke luar negara, barulah tugas itu digantikan dengan Jaemin.

Jaemin juga melakukan hal yang sama, malah lebih dari itu. Cuma yang berbeza adalah perasaannya. Baginya Jaemin yang muda dua bulan darinya itu adalah adiknya.

"Janji? Yoori yaa, janji tu jadi sebab Oppa nak jaga hati Yoori waktu tu. Oppa minta maaf sebab bagi harapan pada Yoori,"

Kata-kata Jaehyun tadi bermain di fikirannya. Jadi selama ini dia sudah salah tafsir akan janji lelaki itu. Janji itu dibuat sekadar untuk menjaga hati dia.

Yoori akhirnya menghamburkan juga tangisannya. Dia menangis sepuas hatinya di dalam kereta petang itu. Menangisi janji yang ternyata tidak pernah mempunyai erti apa pun selama ini.

---

Yoori duduk perlahan-lahan di atas katil. Kakinya diangkat lalu tangannya mula memicit buku lalinya.
Dia baru sahaja sampai ke rumah.

Dia tidak pasti berapa lama dia menangis tadi. Dia cuma memandu kembali setelah hatinya berasa sedikit tenang.

"Hey,"

Dia tersentak dari lamunannya. Jaemin kini berada di sebelahnya.

"Bila kau balik?" soalnya.

"Baru je. Kau termenung apa sampai aku dah masuk bilik pun kau tak sedar?" soal Jaemin.

"Takde apa," Yoori menggeleng.

"Sakit ke?" kaki Yoori ditarik dan diletak ke atas pehanya.

Tangannya mula mengurut buku lali isterinya itu perlahan. Pasti Yoori penat membawa perut dengan keadaan dirinya yang kecil itu.

"Jeno macam mana? Dah selesai masalah dia tu?" soal Yoori.

"Dah, dah selesai," lelaki itu tersenyum nipis.

Yoori menyandarkan kepalanya ke bahu Jaemin. Dan seperti biasa, dia memeluk lengan Jaemin dan menikmati wangian dari suaminya itu.

"Janganlah, aku busuk tau keluar dari pagi," kata Jaemin.

"Aku suka," Yoori menyembamkan wajahnya ke bahu Jaemin dan sebelah tanganya memeluk pinggang lelaki itu.

"Dah pergi makan sushi?"

Yoori mengangguk.

"Orang tu tak tunaikan janji dia. Kenalah pergi sendiri," kata Yoori perlahan.

Bayangan Jaehyun yang makan bersamanya tadi cuba dibuang jauh.

"Mianhei. Aku janji lepas ni kalau kau craving apa-apa, aku terus bawak kau pergi makan," kata Jaemin sambil menurunkan kaki Yoori ke bawah.

Dia menolak isterinya itu dari bahunya. Wajah Yoori diusap seperti selalu.

"Kalau aku craving nak makan daging buaya?"

"Hmm, apa susah. Kita sembelih lah Haechan. Dia kan buaya,"

Yoori ketawa mendengar jawapan itu.

"Tapi, betul ke kau craving nak makan daging buaya?" soal Jaemin serius.

Yoori menggeleng.

"Hmm, ni nak bermanja lagi ke? Aku nak mandilah," ujarnya.

"Ala, janganlah lagi," Yoori memeluk lengan lelaki itu kembali.

"Ikut aku mandi lah kalau macam tu," usiknya.

Dan Yoori dengan laju mencubit perut lelaki itu.

"Nak makan. Lapar," ujar Yoori.

"Tadi tak makan?" soal Jaemin.

Yoori menggeleng. Bagaimana dia ingin makan kalau dia sibuk menangis di dalam kereta macam orang gila.

"Nak makan apa?"

"Apa-apa je,"

"Tunggu aku mandi dulu boleh?"

Yoori mengangguk lalu melepaskan lengan lelaki itu.

"Sekejap ya sayang. Appa mandi dulu, lepas tu Appa masakkan dinner untuk sayang and Omma," perut Yoori diusapnya.

"Dah, pergi mandi cepat," tubuh Jaemin ditolak.

My Heart Where stories live. Discover now