"Jadi kau cakap apa?" Soal Jiwon.
"Aku terus balik,"
"What?"
"Aku tak tahu nak jawab apa," keluh Yoori.
"Hmm, sekarang ni cuba kau fikir. Kau ada perasaan pada dia tak?"
"Mestilah ada. Tapi, lepas apa yang aku buat dulu, aku rasa aku ni tak layak untuk dia Jiwon ah. Jaemin terlalu baik untuk aku," jujur Yoori menjawab.
Dia akui yang dia memang sudah jatuh hati pada bekas suaminya itu. Namun, semuanya sudah terlambat kerana perasaan itu hadir saat perkahwinan mereka sudah hancur akibat dirinya sendiri.
"Yoori yaa, walaupun aku kenal kau baru lima tahun. Tapi, aku tahu kau dah berubah. Dari apa yang kau cerita pada aku dulu, dengan kau yang sekarang semuanya berbeza,"
"Semua orang pernah buat silap Yoori," ujar Jiwon lagi.
"Tapi kesilapan aku terlalu besar. Aku pernah terfikir untuk gugurkan Jihoon waktu aku tahu tentang kandungan aku," Yoori menunduk.
Sejujurnya, setiap kali dia melihat Jihoon, dia pasti teringat akan apa yang pernah dia lakukan dulu. Bagaimana dia begitu bencikan Jihoon yang berada dalam kandungannya saat itu.
"Tapi kau tak buat kan? Sekarang pun, kau berusaha sehabis baik untuk jalankan tanggungjawab kau sebagai ibu dia,"
"Yoori yaa," Jiwon bangun dan duduk di sebelah Yoori bila dia perasan rakannya itu mula teresak.
"Aku takut Jiwon ah. Perkahwinan aku dulu hancur sebab aku,"
"Yaa, janganlah cakap macam tu. Itu dulu, kau belum matang waktu tu. Sekarang, kau kan dah matang. Kau dah berubah kan? Kau bukan orang jahat Yoori. Kau pun layak untuk bahagia," Jiwon menarik Yoori ke dalam pelukannya.
---
"Dah bangun?"
"Na? Kau buat apa kat sini?"
Terkejut Yoori saat melihat Jaemin yang sedang menyediakan makanan di dapur rumah milik Jiwon itu.
"Jiwon call, dia minta aku tengokkan kau sebab dia busy uruskan stok baru sampai. Kau tak sihat kan?"
Yoori sudah menyumpah Jiwon di dalam hati. Suka hati dia sahaja memanggil Jaemin tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Menyesal pula dia beritahu Jiwon yang badannya terasa kurang enak pagi itu.
"Balik lah Na. Aku pening kepala sikit je. Aku dah okay lepas tidur tadi,"
Jaemin tidak menjawab sebaliknya dia menarik dan mendudukkan Yoori di kerusi meja makan.
"Makan dulu. Penat aku masak,"
Mangkuk nasi dan lauk diletakkan di hadapan Yoori sebelum dia mengambil tempat di hadapan wanita itu.
"Kenapa tak makan? Ke nak aku suapkan?"
"Jangan! Aku makan sendiri,"
Jaemin tertawa melihat itu. Nampak sangat Yoori tidak mahu dia dekat dengannya. Dia terus memerhatikan wanita itu sehinggalah mangkuk nasinya sudah kosong.
"Nak tambah?"
Yoori menggeleng dan bangun.
"Takpe. Aku cuci semua. Kau pergilah rehat dulu kat bilik. Nanti aku bawakan ubat,"
Yoori akur dan melangkah pergi ke biliknya. Dia hanya duduk di pinggir katil sambil memikirkan bagaimana cara dia boleh menyuruh Jaemin pergi.
Dia tidak selesa bila berduaan dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah apa yang terjadi antara mereka di rumah lelaki itu beberapa hari lepas.
"Yoori! Aku masuk ya!"
Pintu dibuka dan Jaemin masuk bersama dulang berisi segelas air masak dan ubat miliknya.
"Pergilah balik,"
"No. Aku dah janji dengan Jiwon yang aku takkan balik selagi dia belum balik. Nanti jadi apa-apa pada kau macam mana?"
"Tch, kau ingat aku tak pandai jaga diri ke?"
"Ya, memang. Kau lupa? Selalunya kalau kau tak sihat, kau mesti merengek sebab tak suka makan ubat kan?"
"Tu dulu, sekarang tak. Lima tahun Na aku merantau pergi tempat orang. Aku dah pandai jaga diri aku sendiri,"
Gelas di tangan Jaemin dirampas dan dia menelan ubatnya lalu meneguk air itu sendiri.
"Tapi aku tetap nak jaga kau,"
"Untuk apa?" soal Yoori.
"Untuk baiki hubungan kita?"
"Na, hubungan kita dah lama putus. Lima tahun lepas lagi. Dah takde apa yang boleh dibaiki lagi,"
"Itu cakap kau. Tapi bagi aku, kita masih ada peluang. Aku akan buktikan pada kau yang kita masih boleh baiki hubungan kita," ujar Jaemin yakin.
"Okay. Buktikan lah kalau kau hebat sangat,"
Jaemin tersenyum mendengar itu.
"Aku akan buktikan. Tapi bukan sekarang. Aku tunggu kau sihat dulu. Waktu tu, kau sendiri akan kagum dengan apa yang aku akan buat,"
Tinggal lebih kurang empat chapter macam tu je. Esok saya update sampai habis🥰
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|