Yoori yang sedang membancuh air di pantri itu perasan kelibat Nakyung yang baru muncul.
"Hai," sapa Nakyung mesra.
Dia ke sinki dan membasuh mug miliknya.
"Nanti datang bilik aku. Ambil fail bulan lepas," kata Yoori.
"Baik," balas Nakyung sambil dia meletakkan mug yang siap dicuci ke tempatnya.
Gadis itu kemudiannya berdiri dekat dengan Yoori. Perut gadis itu yang sudah sarat dipandang.
"Bila due date?" soal Nakyung.
"Wow, sejak bila kau suka ambil tahu hal aku ni?" soal Yoori kembali sambil ketawa perlahan.
"Salah ke? Puan kan majikan saya kat sini and kita kan pernah jadi classmate," kata Nakyung.
"Bulan depan. Tapi, aku akan start cuti hujung bulan ni,"
"Oh, Encik Na pun akan cuti sekali?" soal Nakyung.
Yoori tertawa perlahan.
"Kenapa? Takut nanti susah nak jumpa dia kalau dia pun cuti?" soal Yoori sambil memandang gadis itu yang hanya berdiri di tepi meja pantri sejak tadi.
"Saya tanya je. Hmm lagi satu, Puan dengan Encik Na kahwin sebab memang bercinta atau sebab lain? Dari dulu saya nak tanya, tapi tak sempat," Nakyung menyilangkan tangan ke dada.
"Apa maksud kau sebab lain?" soal Yoori sambil berjalan menghampiri gadis itu.
"Saya tanya je, manalah tahu Encik Na berkorban untuk puan lagi. Kahwin dengan Puan sebab Puan kena tinggal dengan boyfriend-"
"Kau nak cakap apa sebenarnya? Huh?" Yoori merenung gadis itu tajam.
"Takde apa. Cuma saya nak cakap yang kalau Puan takde perasaan pada Encik Na, Puan lepaskan je lah dia. Berhentilah gunakan dia macam dulu-dulu. Dia pun layak ada kebahagiaan dia sendiri," kata Nakyung.
"Saya pergi dulu ya Puan Yoori," Nakyung menepuk bahu Yoori perlahan sebelum dia berjalan keluar dari pantri.
Yoori masih kaku di tempatnya berdiri tadi. Kata-kata Nakyung tadi bermain di fikirannya.
"Tinggalkan Jaemin supaya korang berdua boleh bersama? Tch,"
---
"Yoori!" Jaemin melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Sunyi.
Hari itu, seharian dia berjumpa klien di luar dan langsung tidak bersua muka dengan Yoori selain pagi tadi. Itupun Yoori bersikap dingin dengannya. Mungkin terasa hati kerana sepajang hujung minggu itu dia langsung tidak menghubungi isterinya itu.
Semalam pun, dia sampai ke rumah sudah larut malam. Isterinya itu sudahpun lena dibuai mimpi. Tidak sanggup dia ingin membangunkannya.
"Sayang!" dia ingin menaiki anak tangga ke tingkat atas namun Yoori terlebih dahulu muncul.
Senyuman lebar terukir di bibir Jaemin. Dia laju mendapatkan isterinya itu.
"Yoori," tubuh itu dipeluknya dan ciuman dihadiahkan di pipi isterinya itu.
"Baby nakal tak hari ni? Hmm," perut Yoori diusap lembut.
"Tepi lah Na," Yoori menolak tubuh lelaki itu lalu dia berjalan ke dapur.
Kalau ikutkan hati, dia ingin terus tidur supaya dia dapat mengelak dari Jaemin. Namun perutnya minta diisi memandangkan makanan terkahir yang dia makan adalah pada jam satu tengahari tadi.
"Yoori, aku ada belikan sushi favourite kau tu," Jaemin meletakkan plastik makanan yang dibawanya tadi ke atas meja di dapur.
"Tak suruh pun," kata Yoori perlahan.
Dia mencapai makanan yang dibelinya sebelum pulang ke rumah tadi. Dia mula makan tanpa menghiraukan Jaemin yang sedang menyediakan sushi ke dalam pinggan.
"Ni," pinggan ditolak ke arah isterinya.
Jaemin terus memerhatikan Yoori menikmati makanannya. Fikirnya mungkin Yoori lapar sehingga tidak mengendahkannya.
"Aku dah kenyang," pinggan yang sudah kosong dibawa ke sinki dan dicuci.
"Yoori," lengan isterinya itu ditahan.
"Tak nak makan ke sushi aku beli ni? Ni kan favourite kau," pinggan sushi diambil dan disua di hadapan isterinya itu.
"Tak nak lah," tolak Yoori sambil kembali melangkah.
"Ala, makanlah. Satu pun jadi," Jaemin berdiri di hadapan si isteri bersama pinggan tadi.
"Aku cakap tak nak, tak nak lah!" tangan Jaemin ditolak kasar.
Prang!!!!
Jaemin terkedu melihat pinggan yang sudah pecah di lantai bersama sushi yang dibelinya tadi.
"Yoori yaa, kenapa-,"
"Boleh tak jangan paksa aku? Aku penatlah! Sekarang ni aku dah makan pun untuk baby kau ni. Kau jangan nak bising-bising lagi," tanpa mengendahkan Jaemin, Yoori terus melangkah pergi.
"Baby aku? Tu baby kita Yoori yaa," kata Jaemin perlahan.
Fikirannya mula berserabut bila memikirkan perangai Yoori yang berubah dalam sekelip mata itu. Baru dua hari mereka berjauhan, Yoori sudah berubah dingin kembali seperti dulu? Mana perginya Yoori bermanja dengan dia sebelum ini? Jaemin mengeluh perlahan sebelum dia membersihkan serpihan kaca di lantai itu.
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|