29

208 36 8
                                    

"Appa, Jinyoung Oppa kena stay dekat sini? Dia tak boleh ikut kita balik ke?" soal Yoori sambil memandang potret abangnya.

"Yoori sayang, Jinyoung Oppa dah pergi jauh. Dia kat tempat yang lebih bahagia," Tuan Bae mengusap kepala anaknya itu.

"Kenapa Yoori tak boleh ikut? Lepas ni Yoori nak main dengan siapa?" soal anak kecil itu lagi.

"Appa kan ada. Nanti, suatu hari nanti kita akan pergi jumpa Jinyoung Oppa. Okay?"

"Betul ke? Kita boleh jumpa Oppa lagi?"

Tuan Bae mengangguk.

"Appa janji yang Appa akan pergi dengan Yoori dan Omma untuk jumpa Oppa kat sana?"

"Ya sayang. Appa janji. Appa takkan tinggalkan Yoori dengan Omma," Yoori diangkat dan didukung oleh Tuan Bae.

Pipi anaknya itu dicium dan kepalanya diusap lembut.

"Tipu. Appa tipu," Yoori bersuara perlahan.

Dia memandang sayu potret Tuan Bae itu. Bagaikan tidak percaya yang bapanya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

"Yoori," bahunya disentuh seseorang.

"Jom balik. Semua orang dah balik," Puan Bae menyentuh bahu anak tunggalnya itu.

"Omma. Ni semua salah Yoori," ujar Yoori perlahan.

Puan Bae menggeleng perlahan lalu menarik Yoori ke dalam pelukannya. Dia tahu Yoori terkilan dengan semua yang terjadi.

Tuan Bae mengalami serangan jantung bila mengetahui yang Yoori dan Jaemin sudah bercerai. Dia rebah dan tidak sedarkan diri di rumahnya petang semalam sebaik sahaja terdengar perbualan Puan Bae dan Jaehyun mengenai penceraian anaknya. Dan bila Doktor Kim tiba, semuanya sudah terlambat. Tuan Bae tidak lagi bernafas ketika itu.

"Tak sayang. Bukan salah sesiapa," rambut Yoori diusap.

"Jom kita balik. Malam ni Yoori tidur dengan Omma ya sayang?" dahi Yoori diciumnya.

Yoori meleraikan pelukan dan menggeleng perlahan.

"Yoori tak bersedia lagi nak balik rumah. Mianhei Omma," ujar Yoori dengan air matanya.

"Takpelah kalau macam tu. Sekarang ni, kita balik dulu," dia membantu Yoori bangun.

Mereka berdua keluar dari funeral home tersebut. Di luar hanya tinggal Jaehyun, Miyeon dan Jaemin sahaja. Tetamu-tetamu yang lain sudah pun pulang terlebih dahulu.

"Yoori boleh drive?" soal Puan Bae risau.

Yoori mengangguk.

"Omma balik dulu. Esok Omma datang ke rumah kamu," kepala Yoori diusap.

Miyeon sempat memeluk bahu Yoori sekejap sebelum dia menarik lembut tangan Puan Bae untuk ke kereta milik Jaehyun. Hanya Jaemin yang masih berdiri di luar keretanya.

Setelah melihat kepergian kereta milik Jaehyun, barulah Jaemin membuka pintu keretanya.

"Na," Yoori memanggil lelaki itu.

Automatik Jaemin tidak jadi masuk ke kereta. Namun, dia tidak pula menoleh untuk memandang Yoori.

"Jihoon sihat?" soalnya.

"Sihat. Anak aku sihat. Betul cakap kau, aku sorang pun mampu jaga dia dengan baik,"

Jaemin masuk ke keretanya dan meninggalkan kawasan itu. Dan air mata Yoori makin laju menuruni pipinya.

My Heart Where stories live. Discover now