Five Years Later
.
.
.
Yoori mencampakkan beg tangannya ke lantai lalu tubuhnya dihempaskan di atas katil. Seharian dia sibuk menguruskan dokumen kerja sehingga tidak sempat langsung berehat.Beep!
Telefon bimbit yang berada di poket blazernya dikeluarkan.
Jiwon
Rehat cukup-cukup.
Jangan esok tak sedar diri
pula.You
Hmm arraseo, Heo Jiwon.Yoori ketawa kecil.
Heo Jiwon. Takdir menemukan dia dan Jiwon lima tahun lalu. Dia yang ketika itu baru sahaja sampai ke Busan setelah bertekad untuk pergi dari keluarganya.
Malam itu, dia berjalan di sekitar kawasan hotelnya tanpa hala tuju. Fikirannya saat itu berserabut nemikirkan keluarga yang ditinggalkan terutama anaknya.
Sehinggalah dia menjadi mangsa ragut. Namun dia langsung tidak mengejar atau meminta tolong kerana fikirannya hanya memikirkan si anak saat itu. Tubuhnya yang jatuh terduduk di tengah laluan orang ramai itu mula menjadi perhatian.
Dan pada masa itulah Jiwon muncul. Jiwon membantunya membuat laporan polis dan menghantarnya ke hotel. Dan beberapa hari selepas itu, mereka bertemu lagi di sebuah restoran.
Sejak itu, dia dan Jiwon mula berkawan dan menjadi rapat. Keluarga Jiwon juga senang dengan kehadirannya.
Yoori tersenyum bila mengenangkan semua itu.Dia bangkit dari katilnya lalu berjalan ke hadapan meja solek. Jam tangan dan aksesori lain yang dipakainya ditanggalkan.
Blazer yang dipakainya tadi juga sudah ditanggalkan dan dicampak ke lantai. Pantulan imejnya di cermin diperhatikan. Rambut pendeknya diusap perlahan.
Lima tahun lepas, dia bertekad untuk mengubah imejnya. Rambut panjang perangnya dipotong pendek hingga ke paras bahu sahaja dan diwarnakan hitam kembali.
"Haish,"
Dia kemudian berjalan pula ke arah almari pakaian miliknya. Beberapa helai pakaian yang berada di dalamnya dikeluarkan lalu diletakkan ke atas katil.
Esok. Esok dia akan kembali semula ke kota Seoul setelah lima tahun berada di Busan.
"Semoga semuanya akan okay,"
---
Yoori memberhentikan keretanya di seberang jalan yang berada di rumah Puan Bae. Lama dia memerhatikan rumah itu.
Itulah aktivitinya sejak seminggu yang lalu bila dia tiba di Seoul. Setiap hari, dia berharap yang dia bakal melihat Jaemin dan anaknya di sana. Namun sekali pun dia belum pernah melihat dua beranak itu. Yang dilihatnya cuma Puan Bae dan Ahjumma Min sahaja yang keluar masuk rumah.
Tok, Tok, Tok!
Yoori segera menoleh ke sisinya. Dia tergamam melihat insan yang sedang berdiri di luar keretanya dan mengetuk cermin tingkap keretanya tadi. Dia menarik nafas sebelum dia membuka pintu dan keluar.
"Anak Omma," tubuhnya terus dipeluk Puan Bae.
Hati Yoori mula menjadi sayu. Betapa rindunya dia pada pelukan hangat si ibu.
"Ini betul-betul Yoori kan? Ini anak Omma kan?" Puan Bae mengusap wajah Yoori.
Yoori mengangguk perlahan dengan air mata.
"Kenapa? Kenapa tak masuk je? Buat apa duduk kat luar macam ni?"
"Yoori takut Omma tak nak jumpa Yoori lagi," ujar Yoori perlahan.
Lima tahun lepas, dia pergi begitu sahaja. Nasihat Puan Bae supaya dia tidak kemana-mana langsung tidak diendahkannya. Lebih teruk, telefon lamanya dibuang dan dia langsung tidak pernah menghubungi ibunya itu lagi.
"Takkan lah Omma nak halau anak Omma ni? Dah, jom kita masuk. Patutlah harini tiba-tiba Ahjumma Min masak makan makanan favourite Yoori. Rupanya dia pun dapat rasa yang Yoori nak balik," tangan Yoori ditarik dan dibawa masuk ke dalam perkarangan rumahnya.
Yoori memandang sekeliling taman milik ibunya itu. Semuanya masih sama seperti dahulu. Malah makin bertambah tanaman bunga ibunya.
"Ahjumma! Tengok siapa yang datang ni!" jerit Puan Bae bila mereka masuk je rumah.
"Ya Tuhan, Yoori!" Ahjumma Min yang muncul dari dapur itu berlari mendapatkan Yoori.
"Ahjumma," tubuh itu dipeluknya.
"Akhirnya Yoori balik juga,"
Yoori tersenyum dan mengangguk.
"Yoori duduk dulu ya. Ahjumma ada masak makanan favourite Yoori. Biar Ahjumma hidangkan, lepas tu kita makan sama-sama,"
Ahjumma Min kembali ke dapur. Mata Yoori kemudian meliar memandang isi dalam rumah tersebut. Dan matanya kemudian jatuh pada sudut kiri rumah.
Kakinya perlahan melangkah ke sana. Tempat yang dulunya kosong itu, kini bagaikan sebuah taman permainan kecil. Ada gelongsor kecil dan beberapa bakul yang dipenuhi dengan mainan.
"Omma-," Yoori menyentuh papan gelongsor itu.
Puan Bae menghampiri anaknya.
"Jihoon punya?" soal Yoori.
Puan Bae mengangguk.
"Jihoon dengan Hyunmi punya tempat bermain,"
"Hyunmi?" soal Yoori pelik.
"Anak Jaehyun dengan Miyeon,"
"Omma, Omma ada gambar Jihoon?" soal Yoori sambil memegang tangan ibunya.
Puan Bae tersenyum.
"Mestilah ada. Duduk dulu, Omma ambilkan albumnya,"
Yoori bangun dan duduk di sofa. Kemudian Puan Bae datang dengan dua buah album di tangannya lalu diserahkan pada Yoori.
Dengan pantas Yoori membukanya. Terus jatuh air matanya melihat wajah anak yang sudah lama dirinduinya itu.
Tangannya mengusap foto Jihoon saat masih bayi itu. Rasa kesal memenuhi hatinya bila mengenangkan dia tidak pernah menyentuh anaknya kecuali pada seminggu dia dilahirkan.
"Kiyowo," ujarnya.
"Omma, kalau Yoori nak pinjam album ni boleh? Untuk malam ni je?"
Puan Bae mulai sebak dengan soalan itu. Tanpa berfikir panjang, dia mengangguk dan menarik tubuh Yoori ke dalam pelukannya.
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|