10

255 40 2
                                    

Jaemin memberhentikan keretanya sebaik sahaja tiba di hadapan rumah milik Jaehyun. Semalam lelaki itu menelefonnya untuk mengajaknya makan tengahari bersama di rumah.

"Hey, okay tak ni?" soal Jaemin sambil memandang Yoori.

Yoori menunduk dan menggeleng perlahan.

"Kita balik je boleh tak?" soal Yoori.

"Kita dah sampai. Nanti apa pula diorang fikir," tangan Yoori diusap lembut.

"Tapi-,"

"Kau takut kau cemburu?" soal Jaemin.

Yoori hanya diam. Sememangnya itulah yang dia rasakan. Dia tidak sanggup melihat kemesraan Jaehyun dan Miyeon.

"Aku kan ada. Dah, jom keluar," Jaemin melangkah keluar dari kereta miliknya.

Pintu di tempat Yoori dibuka dan tangannya dihulurkan kepada gadis itu. Yoori menyambutnya dan keluar juga.

"Sekejap,"

Jaemin ke bahagian belakang kereta untuk mengambil buah-buahan yang sempat dia beli tadi.

Mereka berdua kemudian melangkah masuk ke dalam rumah Jaehyun yang sememangnya tidak berkunci buat mereka.

"Hey, dah sampai," Miyeon datang menghampiri mereka.

"Sihat?" soal Miyeon.

Jaemin mengangguk sambil tersenyum.

"Yoori," tubuh Yoori dipeluk dan Yoori terpaksa membalas pelukan itu.

"Baby sihat?" soal Miyeon sambil memandang perut Yoori yang sudah mula kelihatan sedikit.

Yoori terdiam. Jaemin yang perasan riak wajah isterinya itu segera memeluk bahu Yoori mesra.

"Mestilah sihat Noona. Jaemin jaga diorang dengan baik tau," ujar Jaemin.

"Baguslah," kata Miyeon.

"Dah sampai?" Jaehyun yang muncul dari dapur mendapatkan mereka.

Bahu Miyeon dipeluk mesra membuatkan Yoori mula rasa cemburu. Dan Jaemin sedar akan hal itu.

"Hyung, ni kami bawakan buah," Jaemin cuba menghentikan pasangan itu dari terus mempamerkan kemesraan mereka.

"Buat susah-susah je," Jaehyun mengambil plastik dari tangan Jaemin.

"Korang duduk dulu. Appa dengan Omma sampai sekejap lagi," Miyeon menyuruh mereka ke ruang tamu.

"Okay, Noona. Jom," Jaemin menarik tangan Yoori ke ruang tamu.

Miyeon dan Jaehyun keduanya kembali masuk ke dapur.

---

"Yoori,"

Jaemin mengetuk pintu kamar mandi di bilik tidur mereka. Yoori sudah hampir sejam di dalam sana sejak pulang dari rumah Jaehyun tadi.

Dia tahu Yoori cemburu dengan kemesraan Jaehyun dan Miyeon. Bayangkan, Jaehyun mengucup bibir Miyeon sekilas di hadapan mereka sekeluarga setelah mengumumkan berita kehamilan Miyeon.

Sudah tentu Yoori sangat kecewa kerana isterinya itu terlalu menyayangi Jaehyun.

"Kau okay tak? Jangan buat aku risau please," telinganya didekatkan dengan pintu.

Tiada suara langsung dari dalam sana. Bunyi air juga tidak kedengaran.

"Yoori! Bukalah pintu ni!" pintu itu diketuknya lagi.

"Jangan sampai aku buka sendiri. Nanti jangan salahkan aku kalau aku nampak benda yang sepatutnya aku tak nampak," ugut Jaemin.

Masih lagi sama seperti tadi. Tiada jawapan.

Jaemin mula gelisah. Dia kemudiannya berlari ke meja yang berada si sudut bilik. Bekas berisi kunci digeledahnya untuk mencari kunci pendua kamar mandi.

Setelah menjumpainya, dia kembali ke kamar mandi dan membuka pintunya.

"Yoori!"

Dia mendapatkan Yoori yang sudah terbaring di tepi tab mandi dengan pakaiannya yang basah.

"Yoori, kenapa ni?" dia meriba kepala isterinya itu.

"Yoori," nadi isterinya diperiksa.

Dan dia melepaskan nafas lega kerana isterinya itu masih bernyawa.

Tubuh Yoori diangkat dan dibawa keluar lalu dibaringkan ke atas katil. Telefon bimbitnya dicapai lalu nombor telefon Jeno didial.

"Hello, Jeno. Kau kat mana? Datang rumah aku sekarang! Yoori pengsan!"

Sementara menunggu Jeno sampai, dia menukar pakaian Yoori yang basah itu. Dan tidak lama selepas itu, Jeno tiba dan terus dibawa naik lelaki bergelar doktor itu untuk memeriksa keadaan isterinya.

"Dia penat dan tak cukup rehat. Kau tak bagi dia makan ke?"

Jaemin menampar bahu Jeno bila mendengar soalan berbaur gurauan dari sahabatnya itu. Jeno ketawa perlahan.

"Kau kena pastikan dia jaga makan. Minum air banyak-banyak, dan yang penting rehat cukup," pesan Jeno.

Jaemin mengangguk.

"Nak minum apa-apa tak?" soal Jaemin sambil mereka keluar dari bilik tidur utama dan ke bawah.

"Coffee je lah,"

"Tunggu sekejap," Jaemin berlalu ke dapur.

Jeno mengambil tempat di sofa ruang tamu. Bibirnya tersenyum melihat bingkai gambar di almari hiasan bersebelahan televisyen. Gambar mereka di hari graduasi sekolah tinggi mereka.

Dia, Jaemin, Haechan, Yoori, Yeji dan Ryujin. Tak sangka yang semuanya sudah dewasa sekarang.

Dia sudah berjaya menjadi doktor. Haechan sekarang seorang arkitek dan Yeji juga sama. Ryujin pula kini bergelar pelakon dan model yang makin meningkat naik. Jaemin dan Yoori, mereka bekerja di syarikat milik Tuan Bae.

"Nah," Jaemin muncul sambil menghulurkan mug berisi kopi kepada Jeno.

"Gomawo," ujar Jeno.

"Macam mana? Seronok lima bulan jadi suami perempuan yang kau cinta?" soal Jeno.

Sememangnya dia dan Haechan sudah tahu yang Jaemin menyintai gadis itu lebih dari seorang adik-beradik.

"Entah. Aku ni nama je suami dia. Tapi, hati dia tetap untuk Jaehyun Hyung. Sikit pun takde ruang untuk aku dalam hati dia," kata Jaemin sambil mengeluh perlahan.

"Sampai sekarang? Even Jaehyun Hyung dah ada isteri?"

Jaemin mengangguk.

"Kitorang baru balik dari rumah dia tadi. Balik je, Yoori berkurung dalam toilet hampir sejam. Bila aku buka je pintu, dia dah pengsan," cerita Jaemin.

"Ingatkan dah tinggal sebumbung, sekatil boleh lah dia terima perasaan kau,"

Jaemin hanya ketawa perlahan.

"Aku dah buntu Jeno. Tak tahu nak buat macam mana lagi supaya dia terima aku sebagai suami, bukannya adik-beradik dia," Jaemin menyandarkan kepalanya.

"Kau tak nak lepaskan dia?" soal Jeno.

"Tak nak dan takkan. Aku percaya yang dia akan terima aku suatu hari nanti. Cepat atau lambat je,"

My Heart Where stories live. Discover now