"Yaa! Betul cakap Ryujin, kau makin cantik dan matang,"
Yoori tertawa mendengar pujian dari Haechan itu.
"Long time no see Yoori yaa," ujar Jeno pula.
Yoori membalas senyuman Jeno.
"Korang berdua pun nampak matang dari dulu. Lagi-lagi Haechan,"
"Haechan dah jadi suami orang, kena lah matang. Kalau tak, buat malu Ryujin je," ujar Jeno selamba.
"Ah kau, jealous cakap," bahu Jeno ditolak.
Mereka bertiga akhirnya ketawa.
"Yaa! Lee Haechan, Lee Jeno! Aku suruh korang tunggu Yoori suruh ajak dia masuk. Bukannya bersembang dekat depan pagar!" Yeji muncul sambil menggelengkan kepalanya.
"Yeji, happy birthday,"
Yoori dan Yeji berpelukan sekejap. Hari itu merupakan hari lahir Yeji, dan dia mengadakan sambutan di kediaman orang tuanya.
"Gomawo sebab datang," balas Yeji.
"Mestilah datang,"
"Dah, jom masuk,"
Yeji memeluk lengan Yoori lalu berjalan masuk ke kawasan rumah diikuti Haechan dan Jeno.
"Yeji yaa, hmm aku nak ke toilet sekejap,"
"Okay. Tahu kan kat mana?"
Yoori tersengih dan mengangguk. Takkan dia lupa. Dulu, dia sering berkunjung ke rumah keluarga Yeji.
"Aku dengan yang lain tunggu kat depan,"
Yoori mengangguk lalu terus ke bahagian kiri rumah. Bilik tetamu yang berada di sebelah tangga dibuka. Selalu dia memang akan menggunakan tandas di dalam sana.
Bunyi orang ketawa menangkap pendengarannya. Dia memandang pintu yang tidak ditutup kemas itu. Dia menolaknya perlahan.
Dia terkedu saat melihat Jaemin dan Nakyung yang sedang duduk di katil di dalam bilik itu. Keduanya nampak mesra sekali.
"Eo, Yoori?"
Yoori tersentak bila namanya disebut Nakyung yang mungkin baru sedar kehadirannya.
"Mianhei, aku ganggu korang. Takpe, teruskan. Aku boleh guna toilet kat dapur,"
Tanpa sempat mendengar balasan keduanya, Yoori terus ke tandas di bahagian dapur.
----
"Aunty,"
"Ya sayang?"
Yoori memandang Hamin yang duduk di sisinya. Kepala anak kecil itu diusap seperti selalu.
"Aunty, Hamin nak kek," ujar Hamin.
"Lah, kenapa tak cakap pada Appa tadi? Suka menyusahkan Aunty Yoori," Hyunjin bersedia untuk bangun.
"Hyunjin ah, takpe. Biar saya ambilkan. Jangan marah Hamin,"
Hyunjin kembali duduk. Hatinya sejuk melihat layanan Yoori pada Hamin.
"Jom, kita pergi ambil kek dan makanan yang Hamin nak,"
Yoori membantu Hamin turun dari kerusi. Kemudian tangan si kecil dipimpin ke arah meja yang menyediakan pelbagai makanan.
"Hamin nak yang mana?" soal Yoori.
Hamin tersenyum teruja melihat pelbagai jenis makanan yang tersedia di situ.
"Nak yang tu, yang tu-,"
Tangan kecil itu menunjuk ke arah makanan yang diingininya dan Yoori mengambil ke semuanya.
"Lagi?"
"Nak strawberi!"
Yoori tersenyum melihat telatah Hamin. Dia mencapai buah yang disebut.
"Omma,"
Terus mati senyuman Yoori. Wajahnya diganti dengan ekspresi terkejut bila mendengar suara yang amat dikenalinya itu.
"Jihoon ah,"
"Aunty," lengan bajunya ditarik Hamin.
"Omma," Jihoon ingin mendapatkannya namun Hamin tiba-tiba menolaknya.
Terus pecah tangisan Jihoon di situ.
"Ni Aunty Yoori saya! Bukan Omma awak!" jerit Hamin.
"Omma!" makin kuat tangisan Jihoon.
Dan ianya menarik perhatian tetamu Yeji yang lain.
"Jihoon!" Jaemin dan Nakyung muncul lalu membantu Jihoon bangun.
"Appa, Jihoon nak Omma!"
"Hamin! Kenapa ni?" soal Hyunjin yang juga baru muncul.
"Appa, dia cakap Aunty Yoori Omma dia! Mana boleh! Hamin nak Aunty Yoori jadi Omma Hamin!" Hamin ikut menangis.
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|