24

188 39 2
                                    

"Yoori!" lengan Yoori yang berjalan untuk ke tangga itu ditahan.

"Lepaslah!" gadis itu cuba menarik lengannya.

"No. I need your explanation. Now," kata Jaemin serius.

"Kau dah dengar kan semuanya? Nak explain apa lagi?" soal Yoori sinis.

"Sampai bila kau nak macam ni Yoori? Jaehyun Hyung sendiri yang cakap dia cuma anggap kau sebagai adik dia je. Tak cukup lagi ke tu untuk buat kau lupakan perasaan kau pada dia?" soal Jaemin.

"Diam, Na! Aku tak nak dengar semua tu keluar dari mulut kau," balas Yoori.

"Habis tu apa Yoori?" suara Jaemin mula tinggi.

"Aku ni suami kau! Tapi apa yang ada dalam hati dan fikiran kau cuma Jaehyun Hyung, Jaehyun Hyung, Jaehyun Hyung! Kau tak fikir ke perasaan aku?" soal Jaemin lagi.

"Kau nak salahkan aku ke?" Yoori akhirnya memusingkan badannya menghadap Jaemin.

"Siapa suruh kau setuju dengan perkahwinan ni? Kau tahu dari dulu lagi yang aku punya hati untuk Jaehyun Oppa je. Kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku? Kenapa?" suara Yoori juga sudah meninggi.

"Sebab aku sayang kau Yoori! Berapa kali aku nak cakap? Aku ni tak layak ke untuk kau Yoori?" soalan yang sama pernah ditanya di awal perkahwinan dulu, muncul kembali.

"Tak! Kau tak layak untuk aku Na! Lelaki macam kau tak layak untuk perempuan macam aku!"

"Habis tu, yang jadi malam kita balik dari rumah Yeji tu apa? Dua minggu ni, kita makin okay. We're slowly becoming like a normal husband and wife. Bukan tu tandanya kau dah boleh terima aku ke?" soal Jaemin lagi.

Yoori menggeleng.

"Aku buat semua tu sebab aku rasa serba salah dengan kau. Tu je. Aku tak suruh pun kau berharap lebih,"

Jaemin terdiam. Dia melepaskan nafasnya berat.

"Kau memang tak boleh ke Yoori buka hati kau untuk aku? Or at least untuk anak kita?" dia menghampiri Yoori dan memegang lengan isterinya itu.

"Anak? Sebab anak kau ni lah aku terperangkap dalam perkahwinan bodoh ni. Aku stress Na, aku stress! Lepas aku mengandungkan anak kau ni, semuanya berubah. Aku dah tak boleh nak buat apa yang aku suka. Jaehyun Oppa pun dah tak pandang aku sebab perut aku tengah besar macam ni! Peluang aku nak dekat dengan Jaehyun Oppa dan tandingi Miyeon Unnie makin nipis!"

"Jangan sebut nama Jaehyun Hyung lagi Bae Yoori!" jeritan Jaemin memenuhi ruang tamu kediaman mewahnya itu.

"Kau takde hak nak halang aku sebut nama dia!"

"Aku suami kau Yoori!" Jaemin meraup wajahnya.

"Suami? Na, kau pernah fikir tak kalau kita gugurkan baby ni dari awal and kita tak kahwin, semuanya takkan jadi macam ni. Kita takkan macam ni. Kita boleh hidup bahagia macam sebelum ni. Kita takkan bergaduh macam ni, pasal benda yang sama je,"

"Kau cakap apa? Gugurkan baby ni?" soal Jaemin serius.

Yoori mengangguk.

"Sebab baby ni kita macam ni sekarang! Aku benci hidup aku yang sekarang! Semuanya dah berubah!"

"Habis tu kau nak aku buat apa?" jerit Jaemin.

Yoori terkejut memandang Jaemin saat itu. Ada nada getaran dalam jeritannya tadi yang jelas menunjukkan tahap kemarahannya yang semakin memuncak.

"Kita bercerai Na! Kita berpisah, kita bawa haluan masing-masing! Kita tamatkan perkahwinan ni!"

"Okay, fine!" jeritan Jaemin memenuhi segenap isi rumah.

Yoori terdiam. Apa dia tidak salah dengar? Jaemin baru sahaja bersetuju untuk berpisah dengannya?

"Kalau tu yang kau nak, kita berpisah! Tapi bukan sekarang. Lepas baby ni lahir nanti, aku sendiri yang akan tanda tangan borang penceraian tu depan mata kau," ujar Jaemin lagi.

Nadanya tidak kuat, tidak juga perlahan. Namun cukup dapat menggambarkan perasaannya saat itu.

Yoori kaku di tempatnya. Dia melihat lelaki itu mencapai kunci keretanya lalu melangkah keluar dari rumah itu. Terus dia terduduk di anak tangga kediaman itu.

"Kenapa? Kenapa kau menangis Yoori? Ni yang kau nak selama ni Yoori," air mata yang hampir gugur disekanya.

"Kau akan bebas lepas ni Bae Yoori,"

My Heart Where stories live. Discover now