38

223 37 2
                                    

"Lagi, awak nak ke mana lagi?" soal Hyunjin.

Seperti yang dirancang, dia dan Yoori keluar pada hari itu bersama anaknya Hamin. Jiwon yang pada asalnya ingin mengikut, terpaksa membatalkan niatnya kerana sesi temu duga pekerjanya berjalan lebih lama.

"Rasanya dah takde tempat lagi. Hamin, ada nak pergi mana-mana?"

Yoori menyoal kanak-kanak berusia empat tahun di dukungan Hyunjin itu.

"Hamin nak beli baju baru. Nak baju baby shark," ujar Hamin.

"Kan kita baru je beli baju baru haritu," ujar Hyunjin.

"Ala, biar je lah. Jom, tu kat sana ada kedai baju,"

Hyunjin akur dan mengikut langkah Yoori ke butik pakaian kanak-kanak itu. Dia menurunkan Hamin dan anaknya itu terus menarik tangan Yoori masuk ke dalam. Senyuman lantas terukir di bibir Hyunjin.

"Hamin suka warna apa?" soal Yoori.

"Hmm, biru. Hamin nak baju warna biru,"

Yoori mengangguk dan mula membelek baju-baju di situ. Seperti yang diinginkan Hamin, dia mencari baju dengan rekaan baby shark.

"Hamin, ni Appa dah jumpa,"

Hyunjin muncul dengan sehelai baju tshirt dengan gambar kartun kesukaan anaknya itu.

"Yeay!" Hamin bersorak suka.

"Jom, kita cuba dulu," dia menghulurkan tangannya pada si anak.

"Yoori, saya ke fitting room sekejap,"

Yoori mengangguk. Kesempatan itu digunakan olehnya untuk melihat pakaian-pakaiann yang ada di situ.

"Comel. Jihoon mesti suka,"

Dia mengambil sepasang baju tidur dengan corak dinasour. Teringat yang anaknya Jihoon begitu suka dengan dinasour. Hanpir separuh dari mainannya adalah patung dinasour pelbagai bentuk dan saiz.

Sedang sibuk dia memilih baju, dia tersentak bila kakinya dipeluk seseorang. Terus dia memandang ke bawah dan pandangan jatuh pada Jihoon.

"Omma!"

"Jihoon! Macam mana Jihoon boleh ada dekat sini?" dia menyamakan ketinggian mereka.

"Jihoon nak beli baju baru lah. Baju lama Jihoon dah tak muat," ujar anak kecil itu.

"Na Jihoon!"

Dua beranak itu menoleh ke arah datangnya suara itu. Dan Yoori sedikit terkejut melihat gerangan pemilik suara itu.

"Nakyung,"

"Bae Yoori?" Nakyung juga terkejut melihat dia.

"Nakyung, jumpa tak?"

Jaemin muncul di situ juga. Dan dia juga terkejut saat perasan kehadiran Yoori di situ.

"Appa, tengok ni, Jihoon jumpa Omma," ujar Jihoon teruja.

"Jihoon sayang, jom kita pergi makan. Tadi Jihoon kata Jihoon lapar," Nakyung cuba mengambil Jihoon yang masih melekat dengan ibunya itu.

"Tapi, Jihoon nak beli baju baru dengan Omma," Jihoon memeluk erat lengan Yoori.

Jaemin sudah bingung dengan situasi itu. Dia mahu membiarkan Jihoon terus bersama Yoori tetapi dia risau jika Nakyung terasa hati.

Pada masa yang sama, Hyunjin dan Hamin juga muncul. Hamin terus berlari mendapatkan Yoori.

"Aunty!" terus dipeluk lengan Yoori yang lagi satu.

"Hamin,"

Jaemin mengerutkan dahinya melihat anak kecil yang tiba-tiba muncul itu. Begitu juga dengan Hyunjin yang berdiri di sebelah Yoori saat itu.

"Aunty, dia siapa?" Soal Hamin sambil memandang Jihoon.

"Saya Jihoon. Ni Omma saya! Awak siapa?" soal Jihoon.

"Tipu! Aunty Yoori ni Aunty saya! Bukan Omma awak!"

"Mana ada saya tipu!" jerit Jihoon lalu mengemaskan pelukan pada lengan Yoori.

"Aunty," Hamin merengek perlahan lalu menangis.

"Hamin ah," Yoori mula cemas.

Dan tanpa sedar, dia menarik lengannya dari pelukan Jihoon lalu memujuk Hamin. Jihoon yang melihat itu ikut ingin menangis.

"Hamin," Hyunjin segera mengangkat anaknya itu.

"Jihoon, sini kat Appa," Jaemin menarik paksa tangan Jihoon ke arahnya.

"Jihoon-," Yoori ingin mendapatkan Jihoon kembali.

Namun, Nakyung terus mengambil Jihoon dari pegangan Jaemin dan membawa dia keluar dari situ walaupun Jihoon meronta minta dilepaskan.

"Mianhei, Jihoon dah ganggu masa korang. Korang boleh sambung semula apa yang terganggu tadi," usai menghabiskan ayatnya, Jaemin pergi dari situ.

"Yoori," bahunya disentuh Hyunjin.

"Hyunjin ah, mianhei. Tapi, boleh tak kita balik sekarang?"

My Heart Where stories live. Discover now