Jaemin berdiri di luar kamar milik Yoori. Dia masih teragak-agak sama ada mahu masuk ke situ atau tidak.
"Masuk je Na. Dia dah jadi isteri kau sekarang," katanya pada diri sendiri.
Tombol pintu dipulas dan nasibnya baik kerana ia tidak berkunci. Dia melangkah masuk ke dalam kamar milik Yoori yang sudah sah menjadi isterinya sejak lima jam yang lalu.
Yoori pada saat itu sedang tertidur dalam keadaan meringkuk di atas katil. Tubuhnya masih berbalut gaun pengantin. Mana taknya, habis sahaja majlis tadi, Yoori terus naik ke bilik.
Sebuah senyuman terukir di bibir Jaemin lalu dia mendekati gadis itu. Dia duduk di pinggir katil lalu tangannya mengusap kepala Yoori lembut.
Mungkin terganggu, Yoori membuka matanya perlahan-lahan. Gadis itu lantas duduk tegak di atas katil.
"Kenapa tak tukar baju dulu?" soal Jaemin.
"Tak payah sibuklah," Yoori turun dari katil lalu ke hadapan meja solek.
Tangannya bergerak ke belakang badan untuk menarik turun zip gaunnya namun ianya tidak berhasil.
"Haish!" dia merungut tanpa sedar.
Baru teringat yang punca dia tertidur tadi adalah kerana tiada orang yang mahu membantunya menanggalkan gaun itu. Jadi dia menunggu sesiapa sahaja yang mungkin akan masuk ke biliknya.
"Na! Tolong sekejap," panggilnya.
Jaemin dengan pantas bergerak ke arah gadis itu. Tangannya menarik turun zip di belakang gadis itu.
Pap!
Yoori memukul tangan Jaemin yang ingin menarik turun tali gaun dari bahunya.
"Jangan nak melebih," ujarnya.
"Pusing belakang," tubuh Jaemin ditolak dan lelaki itu hanya akur.
Yoori mencapai tuala yang tersangkut lalu dengan laju gaunnya dilucutkan dan tubuhnya kini berbalut tuala dan singlet sahaja.
"Aku nak mandi, kau pergilah mandi kat bilik kau," katanya lalu masuk terus ke bilik mandi yang berada di dalam biliknya.
———
Jaemin meletakkan bagasi terakhir milik Yoori di ruang tamu rumah miliknya. Dilihatnya gadis itu hanya duduk di sofa sambil termenung.
"Marah lagi ke?" dia mengambil tempat di sisi isterinya itu.
"Hmm," balas Yoori pendek.
"Marah sebab kita kena paksa kahwin atau sebab kita kena pindah dekat rumah aku?" soal Jaemin lagi.
"Dua-dua!" Yoori bangun dan menarik bagasinya ke arah tangga.
"Yoori!" Jaemin menahan lengan gadis itu.
"Tak boleh ke kau terima je semua ni?" soalnya sambil memandang wajah Yoori.
"Terima semua ni?" Yoori tergelak sinis.
"Kau nak aku terima yang aku kena mengandungkan anak kau and kahwin dengan kau? Macam tu?"
"Yoori,"
"Na, kau tahu kan aku sayangkan Jaehyun Oppa lebih dari perasaan sayang pada adik-beradik? How could you do this to me?" dada Jaemin dipukul.
"Sebab aku pun sama. Aku sayangkan kau lebih dari perasaan sayang pada adik-beradik," kata Jaemin perlahan, namun masih mampu didengar oleh Yoori.
"Kau—merepek apa ni Na?" Yoori memandang lelaki itu.
"Aku sayangkan kau Yoori," pinggang Yoori dipeluk erat.
"Berhentilah cakap pasal Jaehyun Hyung je. Dia dah ada isteri, dia dah bahagia dengan pilihan dia," wajah Yoori dipegang.
"Kau rasa dia bahagia?" soal Yoori.
Jaemin mengangguk.
"Aku boleh nampak yang Jaehyun Hyung betul-betul cintakan Miyeon Noona," katanya lagi.
"Jangan sakitkan hati aku boleh tak?" soal Yoori geram.
"Kalau kau boleh terima aku, mesti perasaan sakit hati kau tu akan hilang nanti," ujar Jaemin.
"Na—,"
Jaemin menolak tubuh Yoori ke dinding dan mencium bibir gadis itu.
Pang!
Jaemin terkedu bila tubuhnya ditolak dan Yoori menampar pipinya.
"Tolonglah Na! Jangan layan aku macam ni!" jerit Yoori.
"Mianhei," kata Jaemin perlahan.
"Aku nak naik," Yoori berlalu untuk ke tingkat atas.
"Yoori, last. Sekali lagi aku nak tanya,"
Yoori berhenti di anak tangga kelima tanpa menoleh memandang Jaemin.
"Betul ke yang aku memang takde peluang nak ambil tempat Jaehyun Hyung?" soal Jaemin.
"Jawapan aku tetap sama Na," Yoori meneruskan langkahnya kembali.
YOU ARE READING
My Heart
Fanfiction"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|