05

269 41 16
                                    

"Enough Yoori, enough," Jaemin menarik botol bir yang ingin dicapai lagi oleh gadis di sisinya itu.

"Ah wae?" Yoori menyoal geram.

Jaemin menggelengkan kepalanya melihat gadis itu. Mereka masih lagi di Jeju dan malam itu Yoori mengajaknya ke bar yang berada di hotel tempat mereka sekeluarga menginap.

Dia tahu Yoori ingin menghilangkan rasa kecewanya setelah Jaehyun rasmi bergelar suami kepada gadis lain. Sangkanya menangis pada majlis tengahari tadi sudah mampu membuat gadis itu lega ternyata tidak.

Mujur sahaja pasangan Bae tiada kerana mereka makan malam di rumah keluarga Miyeon. Yoori yang berkeras tidak mahu ikut menyebabkan Jaemin harus berbuat yang sama. Tuan Bae cukup bimbang untuk membiarkan anak perempuannya itu sendirian di pulau itu.

"Kau dah mabuk teruk ni. Jom, kita balik," Jaemin bangun terlebih dahulu.

Tubuh Yoori dipapah seperti biasa keluar dari pusat hiburan itu.

"Na," Yoori merengek manja sambil memeluk lengan Jaemin ketika mereka sudah masuk ke dalam lif untuk ke bilik mereka.

"Yoori, kenapalah suka siksa diri sendiri macam ni?" rambut gadis itu diusapnya.

Bila sampai di tingkat 10, mereka keluar dan berjalan ke arah bilik mereka. Bilik Yoori dan Jaemin bersebelahan manakala bilik Pasangan Bae di tingkat 9. Jaemin mengambil akses kad dari beg tangan Yoori lalu mengimbasnya pada pintu. Tubuh Yoori yang separuh sedar itu dibawa masuk ke dalam.

Jaemin meletakkan Yoori ke atas katil setelah mereka masuk. Beg tangan gadis itu diletakkan di atas sofa yang tersedia di dalam ruangan mewah itu.

Seperti biasa, dia akan menanggalkan kasut yang dipakai Yoori dan memastikan gadis itu sudah dalam keadaan yang selesa untuk tidur.

"Na," Yoori tiba-tiba memanggilnya perlahan.

"Wae? Nak air ke?" soal Jaemin.

Yoori segera memegang tangan Jaemin yang ingin mengambil air dari peti ais yang tersedia di dalam bilik itu. Jaemin memandang ke arahnya dan dia menggeleng perlahan.

"Habis tu, nak apa?" soal Jaemin.

Dia duduk di pinggir katil gadis itu. Yoori juga sudah bangun dan duduk.

"Jaehyun Oppa-,"

"Haish, dah lah Yoori. Jangan sebut pasal tu lagi," Jaemin bersuara dengan nada serius.

"Dia memang anggap aku ni adik dia je kan?" ujar Yoori lalu ketawa sedikit.

Sah, gadis itu sebenarnya masih mabuk lagi.

"Dah, berhenti fikir semua ni. Baik kau tidur sekarang," kata Jaemin sambil mengusap kepala gadis itu.

"Na, jangan tinggalkan aku malam ni boleh?" soal Yoori dengan sayu.

Jaemin mengangguk.

"Aku tidur kat sofa sana. Kalau nak apa-apa, panggil je,"

Jaemin ingin bangun namun Yoori menahan tangannya.

"Jangan tinggalkan aku Na. Tolong aku lupakan Jaehyun Oppa malam ni. Please," pinta gadis itu.

---

Yoori membuka matanya perlahan sambil memegang kepalanya. Rasa pening sedikit gara-gara minuman keras yang diminumnya semalam.

Dia memandang sekeliling biliknya sehinggalah matanya jatuh pada sesuatu. Rasa gelisah mulai muncul bila dia melihat pakaian yang dipakainya semalam berada di lantai.

Comforter yang menutupi tubuhnya diselak dan dia mengenggam erat tangannya saat melihat tubuhnya tanpa pakaian langsung di bawah sana.

Merasakan ada pergerakan di sebelahnya dia menoleh ke sisinya. Mulutnya ditekup bila melihat Jaemin yang masih tidur dengan hanya berseluar pendek tanpa baju. Dan sama sepertinya, pakaian yang dipakai Jaemin semalam berada di lantai.

"Jangan tinggalkan aku Na. Tolong aku lupakan Jaehyun Oppa malam ni. Please,"

"Apa aku dah buat ni?" soal Yoori dengan esakan.

"Kau bodoh ke Bae Yoori? Kenapa kau buat semua ni?" air matanya mula mengalir.

"Yoori?" suara Jaemin yang baru bangun tidur kedengaran.

Dia dapat merasakan pergerakan lelaki itu yang sudah duduk di atas katil.

"Na, apa yang kita dah buat?" soalnya tanpa memandang lelaki itu.

"Yoori," Jaemin dengan cepat segera menyentuh wajahnya dan menyeka cairan jernih itu.

"Na, kenapa? Kenapa kita macam ni?" soal Yoori lagi.

"Yoori, semalam-,"

"Kalau Appa dengan Omma tahu macam mana? Ani, kalau Jaehyun Oppa tahu, apa yang dia fikir. Mesti dia fikir aku ni perempuan menjijikkan,"

Jaemin tercengang seketika. Jadi, Yoori risaukan tanggapan Jaehyun terhadapnya. Gadis itu masih sentiasa berfikir tentang Jaehyun dalam keadaan itu.

"Kalau macam tu, kita kahwin untuk tutup semua ni," kata Jaemin.

"Kau gila ke Na? Kita berdua tak boleh kahwin," kata Yoori dengan nada serius.

"Habis tu? Kau harapkan apa? Kau akan kahwin dengan Jaehyun Oppa? Yoori, kau sedar tak yang kau sendiri suruh aku tolong kau lupakan dia semalam? Kau yang minta aku jangan tinggalkan kau? Kau lupa?" soal Jaemin juga dalam nada yang sama.

"Tapi kau boleh tolak kan? Kau tahu yang aku tengah mabuk semalam. Kenapa kau ikut je?" Yoori memandang lelaki itu tajam.

"Jadi, kau nak cakap yang ni salah aku?" soal Jaemin.

"Yes! Semua ni salah kau! Kau patut kawal nafsu kau semalam and tinggalkan je aku macam selalu kau buat bila aku mabuk selama ni!"

"Yoori, aku-,"

"Balik bilik kau Na. Sekarang!" Yoori menunjuk ke arah pintu.

"Yoori,"

"Pergilah!" Yoori menjerit kuat menyebabkan Jaemin terdiam.

Lelaki itu turun dari katil dan memakai pakaiannya kembali. Setelah itu dia terus melangkah keluar dari bilik milik Yoori. Yoori yang ditinggalkan mulai menangis diselangi dengan jeritan tanpa henti.














Jujur, setakat lima chapter ni okay tak?

My Heart Where stories live. Discover now