43

234 33 1
                                    

"Omma!"

"Jihoon!"

Terus tubuh Jihoon diangkat dan dicium pipi si anak bertalu-talu. Baru dua hari tidak bertemu, rasa rindu buat si anak menggunung tinggi.

"Jihoon rindu Omma,"

"Omma pun rindu anak Omma ni. Rindu sangat-sangat,"

"Ehem,"

Jaemin yang berdiri di situ sejak tadi berdehem perlahan.

"Appa Jihoon tak rindu?" soalnya.

"Tch, jangan nak merepeklah. Jom Jihoon, kita pergi dapur. Halmeoni ada buatkan kek coklat kesukaan Jihoon tadi sebelum dia keluar,"

Jaemin memerhatikan dua beranak itu berjalan ke dapur meninggalkannya. Dia ke ruang tamu dan duduk di sofa.

Saat itu, matanya jatuh pada telefon bimbit Yoori yang berada di atas meja di situ. Laju tangannya mencapai alat komunikasi itu. Tersenyum dia saat melihat gambar Jihoon sewaktu bayi yang dijadikan sebagai wallpaper telefon oleh Yoori itu.

"Kalau gambar kita bertiga, mesti lagi cantik," ujarnya perlahan.

Dia ingin meletakkan semula telefon bimbit itu, namun satu pesanan yang tiba-tiba masuk menghentikannya.

Hwang Hyunjin
Awak dah fikirkan tentang lamaran
saya tu? Atau awak masih perlukan
masa?

Tanpa sedar, Jaemin menggenggam tangannya erat menahan rasa sakit hati. Telefon bimbit milik Yoori diletakkan kembali di tempatnya. Dia bangun dan ke dapur.

"Appa!" Jihoon tersenyum suka melihat bapanya.

"Nak makan?" soal Yoori yang sedang melayan Jihoon itu.

Jaemin menggeleng.

"Kau tahu kan Omma balik esok?"

"Tahu. Omma bagitahu tadi,"

"Tolong tengokkan Jihoon. Aku ada hal sikit kat luar. Maybe malam baru aku balik,"

Yoori sekadar mengangguk.

"Jihoon, jangan nakal-nakal. Dengar cakap Omma sayang. Malam nanti kita makan sama-sama," kepala Jihoon diusap sebelum dia melangkah pergi dari situ.

---

"Dia pergi mana?"

Yoori memandang jam di dinding ruang tamu. Sudah hampir jam dua belas malam, namun bayang Jaemin masih belum kelihatan.

Bunyi pintu yang dibuka menyentakkannya. Terus dia bangun dan ke sana.

"Yaa! Kau pergi mana? Kau tahu tak Jihoon tunggu kau? Kesian dia nak makan malam sama-sama dengan kau!"

"Aku ada hal," ujar Jaemin.

"Hal apa yang penting sangat sampai abaikan Jihoon?"

Jaemin meraup wajahnya. Dia nampak tidak terurus saat itu.

"Yoori yaa, teman aku minum jom?"

Yoori mengerutkan dahinya.

"Tak nak. Aku nak-."

"Sekejap je," pinta Jaemin.

Yoori memandang lelaki itu yang nampak seperti dilanda masalah. Dia akhirnya bersetuju.

Mereka berdua kemudian ke sofa ruang tamu. Jaemin meletakkan botol wain yang diambil di dapur lalu menuangkannya ke dalam gelas.

"Yoori yaa,"

Yoori yang baru meneguk minumannya itu menoleh ke sisi.

"Siapa Hwang Hyunjin? Lelaki hari tu ke?"

"Kau tengok telefon aku?" soalan dibalas soalan.

"Tertengok," Jaemin menuang lagi cairan merah itu ke dalam gelasnya.

"Kau tak perlu tahu,"

"Siapa cakap? Dia lamar kau kan? Aku kena tahu,"

"Wae? Bagitahu aku kenapa kau kena tahu?" Yoori membalas tatapan lelaki itu.

"Kau tak faham? Atau buat-buat tak faham?"

"Aku cemburu Yoori yaa,"

Yoori diam. Dia meneguk lagi minumannya. Malah, ditambahnya lagi wain ke dalam gelasnya.

"Cemburu? For what? Kau kan dah ada Nakyung," Yoori tergelak perlahan.

"Aku dengan Nakyung takde apa-apa hubungan selain kawan,"

"Kawan? Tch. Kawan ke kalau gambar dia ada dalam iPad kau? Bukan satu dua, tapi banyak,"

"Kau pun curi-curi tengok barang aku?"

"Ani! Jihoon yang tunjuk pada aku. Kau ingat aku ada masa nak curi-curi tengok barang orang?"

"Yoori yaa, kau dengan Nakyung tak sama,"

"Memang lah tak sama. Aku jahat, dia baik. Dia pandai jaga hati kau, ambil berat tentang kau. Bukan macam aku. Aku asyik sakitkan hati kau dari dulu," laju Yoori memotong.

"Bukan tu maksud aku Yoori yaa,"

Yoori lantas bangun.

"Aku kena ke Busan lusa. Jadi malam ni, aku nak tidur dengan anak aku,"

Habis sahaja ayatnya, Yoori terus pergi dari situ. Gelas wain miliknya juga dibiarkan di situ.

"Kau dengan dia memang tak sama Yoori. Nakyung buat baik macam mana pun dengan aku, aku tetap tak boleh terima dia. Tapi kau, kau tak perlu buat apa-apa untuk ada dalam hati aku,"

My Heart Where stories live. Discover now