"Mianhei,"
Nakyung memandang Jaemin.
"Untuk?"
"Sebab saya tak pernah cuba untuk buka hati saya pada awak. Saya tahu perasaan awak, tapi saya buat bodoh," ujar Jaemin.
Nakyung menggenggam skirt yang dipakainya di bawah meja sana. Perasaannya saat itu cuba dikawal agar dia tidak menangis di hadapan lelaki itu.
"Awak dah berbaik dengan Yoori?"
Jaemin mengangguk.
"Kami dah bersedia untuk bersama semula,"
Lagi sekali, Nakyung dapat rasakan kesakitan di hatinya.
"Baguslah. Mesti Jihoon happy," dia tersenyum nipis.
"Ya. Kami buat semua ni untuk Jihoon,"
"Jaemin ah, awak dah habis cakap kan? Kalau dah, saya nak balik,"
Nakyung mencapai beg tangannya.
"Nakyung tunggu!"
Jaemin menahannya.
"Gomawo. Sebab ada dengan saya selama ni. Saya hargai semua pertolongan awak. Awak banyak berjasa pada saya dan Jihoon,"
Nakyung menoleh memandang Jaemin.
"Sama-sama. Terima kasih juga sebab awak pernah buat saya rasa bahagia,"
Jaemin mengangguk.
"Awak perempuan yang baik Nakyung ah. Saya harap awak akan jumpa dengan lelaki yang baik juga,"
---
"Dah lama sampai?"
Nakyung menggeleng.
"Baru je," ujarnya.
Yoori mengambil tempat di sebelah Nakyung. Mereka kini berada di sebuah taman rekreasi berdekatan dengan syarikat keluarga Bae. Nakyung yang meminta untuk bertemu dengan Yoori di situ.
"Aku dah dengar dari Jaemin sendiri yang korang akan berkahwin semula bulan depan,"
Yoori terdiam. Tidak menyangka Jaemin sudah memberitahu Nakyung.
"Nakyung ah,"
"Kau beruntung Yoori. Sebab lepas apa yang jadi pun, Jaemin tetap pilih kau. Kau hancurkan dia, kau huru-harakan hidup dia. Kau biarkan dia uruskan Jihoon sorang-sorang. Kau biar dia belajar sendiri macam mana nak uruskan anak. Dan aku, aku yang ada dengan dia waktu tu. Aku jadi saksi betapa hancurnya seorang Na Jaemin waktu tu. Dengan harapan, aku mampu ambil tempat kau dalam hati dia,"
"Bila aku hampir berjaya, kau datang balik. Peluang aku hilang macam tu je. Semudah tu, kau ambil dia dari aku," sambung Nakyung lagi.
"Aku minta maaf Nakyung," ujar Yoori serba salah.
Nakyung mengetap bibirnya dengan tangan yang digenggam. Rasa marahnya cepat-cepat ditepis.
"Gwaenchanha. Aku dah boleh terima pun semua ni. Kalau aku meroyan macam orang gila pun, takkan ada yang berubah," Nakyung tersenyum nipis.
"Aku bukan minta maaf sebab Jaemin pilih aku je. Tapi untuk semua benda buruk yang aku pernah buat pada kau juga. Dari zaman sekolah, sampailah waktu kau kerja bawah aku dulu. Aku tahu, aku tak layan kau dengan baik,"
Nakyung ketawa perlahan.
"Yoori yaa, tak perlu lah ungkit apa yang dah lepas. Aku memang marahkan kau, tapi bila aku tengok Jihoon perasaan tu semua hilang. Mana mungkin aku sayangkan Jihoon kalau aku benci Omma dia,"
Yoori akhirnya ikut tersenyum.
"Oh ya, aku ada sesuatu nak bagi pada kau,"
Nakyung mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya lalu diserahkan pada Yoori. Yoori mencapai kertas yang berlipat kemas itu lalu membukanya.
"Omo,"
Dia menekup mulutnya saat melihat isi kertas itu. Ianya adalah lukisan seorang kanak-kanak bersama ibu bapanya.
"Jihoon yang lukis waktu dia mula-mula masuk sekolah dulu. Dia bagi pada aku. Tapi rasanya, kau lebih layak simpan,"
Yoori terus memeluk tubuh Nakyung.
"Gomawo Nakyung ah,"
"Kau ingat free ke aku buat semua ni?" Nakyung meleraikan pelukan.
"Kau nak apa?" soal Yoori.
"Boleh tak kalau aku nak terus jumpa Jihoon lepas ni? Keluar dengan dia macam selalu? Aku tak rasa yang aku boleh teruskan hari macam biasa tanpa tengok dia. Boleh kan?"
Yoori tersenyum lalu mengangguk.
"Yaa, asalkan kau tak culik dia bawa lari jauh-jauh, aku izinkan je,"
Nakyung tersenyum mendengar itu.
"By the way, aku nak jumpa Ryujin dengan Yeji lepas ni. Kau nak join?"
"Boleh ke?" soal Nakyung.
"Apa pula tak boleh? Jom,"
Nakyung memandang tangan yang dihulurkan Yoori itu. Lalu, dia menyambutnya. Sesungguhnya, rasa benci dan marah pada Yoori yang pernah disimpan dahulu hilang begitu sahaja.
YOU ARE READING
My Heart
Fanfic"You broke my heart, but I still love you with all the pieces," Start|30/3/2022| End |19/5/2022|