06

247 41 7
                                    

Yoori memicit kepalanya yang terasa sakit. Sambil itu dia berjalan ke arah dapur untuk membasahkan tekak dan mencari ubat tahan sakit yang disimpannya.

"Haish, rasa macam ada simpan kat sini," dia merungut sambil menutup setiap kabinet yang dibukanya.

Ubat yang dicari tidak ditemui menyebabkan dia kini hanya duduk di kerusi di meja dapur itu. Air suam diteguknya lagi.

Sejak semalam dia rasa kurang enak. Badannya terasa begitu lemah. Dia hanya makan beberapa suap makanan semalam. Itupun pada malamnya, dia memuntahkan semua itu kembali.

Dan hari ini, dia tidak masuk ke pejabat. Tenaganya semakin berkurangan. Nak berjalan dalam rumah pun dia sudah rasa lelah, inikan pula ingin memandu ke pejabat.

"Na," tanpa sedar dia menyebut nama itu.

Selalunya kalau dia sakit, Jaemin pasti menjaganya. Memanggilkan doktor buatnya dan memastikan dia makan ubat.

Tetapi sejak kejadian di Jeju hampir sebulan lepas, hubungannya dan Jaemin makin jauh. Dia yang menjauhi lelaki itu. Semuanya kerana rasa marah atas apa yang terjadi.

Sebut tentang kejadian itu, Yoori tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Mulutnya ditekup sebelum dia bangun dan menuju ke bilik.

Kalendar yang berada di meja kerjanya dicapai lalu dia meneliti setiap tarikh di situ.

"Aniya, tak mungkin," kepalanya digeleng berkali-kali.

---

"Jeno, macam mana?"

Jeno mengetap bibirnya sebelum dia memberi arahan kepada pembantunya untuk keluar dari bilik itu.

"Aku tak tahu pula kau dah ada boyfriend," ujar Jeno sambil memandang Yoori.

Lee Jeno, salah seorang kawan baik Jaemin. Dan sudah tentunya dia juga berkawan dengan Yoori.

"Apa maksud kau?" soal Yoori lagi.

"Kau mengandung Yoori. Dah tiga minggu usia kandungan kau," ujar Jeno.

Yoori terdiam. Perkara yang paling dia takuti terjadi juga.

"Yoori? Bae Yoori!"

Jeno memetik jarinya di hadapan wajah Yoori sehingga gadis itu tersedar dari lamunan kecilnya.

"Eo?"

"Kau okay?" Soal Jeno risau.

"Entah," balas Yoori jujur.

Jeno mengerutkan dahinya.

"Jangan cakap dengan aku yang kau tak expect kau akan mengandung?"

Yoori diam lagi.

"Jeno yaa, tolong aku. Rahsiakan tentang ni dari semua orang. Terutama sekali Jaemin," rayu Yoori.

"Kenapa? Kau takut Jaemin belasah lelaki yang dah buat kau mengandung ni?"

Yoori menggeleng. Dia tidak pasti sama ada dia patut berterus terang pada Jeno atau tidak.

"Bukan macam tu. Anak ni sebenarnya-," Yoori tidak mampu menghabiskan ayatnya.

Tidak. Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima yang dirinya kini sedang mengandungkan anak lelaki yang dia sudah anggap seperti adik-beradik sendiri.

"Seolma-" Jeno seperti sudah dapat meneka.

"Itu anak Jaemin?"

Perlahan, Yoori akhirnya menganggukkan kepalanya.

"Korang bercinta dalam diam ke? Kenapa tak bagitahu aku dengan yang lain?"

"No! Jangan salah faham. Kitorang tak bercinta!" laju Yoori menafikannya.

"Habis tu?" soal Jeno masih keliru.

"It was a mistake. Kitorang tak sengaja,"

"Tak sengaja? Sampai mengandung macam ni?"

"Mwolla. Apa yang jadi ni, terlalu complicated untuk aku jelaskan. Just bear in your mind, that everything was a mistake. There's nothing special between me and him aside from our sibling relationship," jelas Yoori bersungguh.

"Tapi Yoori, benda ni serius tau. Takkan kau tak nak Jaemin tahu tentang kewujudan anak dia?"

Yoori menggeleng.

"Dia tak perlu tahu. Atau aku dengan dia akan jadi orang asing lepas ni,"

Jeno mengetap bibir. Dia mula rasa berbelah bagi. Jaemin itu kawan baik dia. Tapi Yoori itupun kawan dia juga.

"Jeno, please. Rahsiakan tentang ni,"

Jeno mengangguk akhirnya.

'Maaf Yoori, aku takkan bagitahu Jaemin. Tapi aku akan bagitahu pada orang yang boleh buat Jaemin tahu tentang ni,'

My Heart Where stories live. Discover now